Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: BMW 428i Convertible (2014)
Roda4

PREVIU: BMW 428i Convertible (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

5D3_0549

5D3_0904      5D3_0895

5D3_0812  5D3_0830  5D3_0807  5D3_0832

SELAIN melancarkan 2 Series Coupe, BMW Group Malaysia turut melancarkan varian 4 Series Convertible menerusi model 428i Convertible sempena BMW Open Malaysia 2014. Model pengganti BMW 3 Series Convertible ini terus mewarisi rupa jentera berbumbung boleh dibuka bersama nilai estetika dan dinamik tersendiri. Selain prestasi dipertingkatkan, 4 Series Convertible adalah model paling menarik dan menawan dalam segmen kompak eksekutif.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils berkata, pengenalan model terbaharu ini mengukuhkan lagi kejayaan model 3 Series dalam mempertahankan penguasaannya selaku peneraju segmen sejak dilancarkan 1986. Menurutnya, BMW 4 Series Convertible serba baharu memiliki segala yang diperlukan, sekali gus menjanjikan keseronokan pemanduan.

“Kami yakin penambahan ahli keluarga baharu BMW ini mampu mengukuhkan posisi sebagai pembuat kenderaan premium nombor satu negara ini. Suku pertama 2014, kami menjual 1,972 unit kenderaan, merangkumi 1,735 BMW, 132 MINI dan 108 BMW Motorrad,” katanya.

PRESTASI

Dipadankan teknologi BMW TwinPower Turbo bersama transmisi automatik 8-kelajuan, enjin 4-silinder bersesaran 2.0L mampu menghamburkan kuasa 245hp dan tork 350Nm. Pecutan statik hingga 100kmj mampu dilakukan dalam 6.4 saat dengan kelajuan maksimum, 250kmj. Penggunaan bahan api pula mencatatkan 6.6L per 100km dengan emisi 154g/km. Jika mahukan pengalaman pemanduan berbeza, pilihlah tiga ciri BMW EfficientDynamics berbeza, Sailing, Route-Ahead Assistant dan ECO PRO Route.

Didatangkan dalam versi standard bersama barisan Luxury, 428i Convertible serba baharu menggunakan rim aloi ringan multijejari 18-inci, manakala kemasan luaran barisan ini datang bersama kemasan krom dan trim dalaman Fineline Anthracite yang cukup menyerlah. Turut mempesona adalah sistem bunyi hi fi dikuasakan sembilan unit pembesar suara.

5D3_0799  5D3_0823

Bumbung jentera ini pula boleh dibuka dan ditutup yang dikawal menerusi butang kawalan pada bahagian konsol tengah. Dalam tempoh masa 20 saat, bumbung yang dibuka akan disimpan sepenuhnya di ruangan but.

Pelbagai penambahbaikan, termasuk aspek mekanikal bumbung turut diutamakan. Bumbung boleh direndahkan apabila bergerak pada kelajuan sehingga 18 kmj. Halangan angin kenderaan dengan bumbung dipasang 0.28 cd dan kadar itu hanya menjadi 0.33cd apabila bumbung dilipat. Apabila tidak digunakan, penghalang angin boleh disimpan di belakang tempat duduk belakang untuk menjimatkan ruang dan inilah antara ciri baharu 4 Series Convertible.

BUT LUAS

Walaupun bumbung disimpan dalam but, ruangan simpan barang masih luas. Dengan keluasan 220L, posisi bumbung dalam but boleh dilaras mengikut kesesuaian. Namun apabila bumbung dibuka sepenuhnya, volum ruangan simpan barang bertambah menjadi 370L, iaitu 20L lebih luas berbanding model 3 Series Convertible.

Ruang kabin dipadankan material berkualiti tinggi selain tempat duduk ergonomik. Ambien premium kereta ditingkatkan melalui stereng sport dan set tempat duduk belakang boleh dilipat untuk menghasilkan ruang kargo lebih besar. Fiil menyenangkan nyata dikekalkan sama ada ketika bumbung dibuka atau tutup. Dengan harga jualan RM428,800 (tidak termasuk insurans), BMW 428i Convertible menawarkan empat pilihan warna menarik; hitam, putih, biru dan kelabu.

5D3_0863  5D3_0843  5D3_0872  5D3_0819

5D3_0854  5D3_0835  5D3_0839  5D3_0805

5D3_0901

SPESIFIKASI
ENJIN 2.0L 4-silinder bersama teknologi BMW TwinPower Turbo
TRANSMISI Automatik 8-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 245hp
TORK MAKSIMUM 350Nm
0-100KMJ 6.4saat
KELAJUAN MAKSIMUM 250kmj
CIRI Bumbung boleh dibuka, rim aloi ringan multijejari bersaiz 18-inci, sistem bunyi hi fi dengan 9 unit pembesar suara.
HARGA RM428,800 (tidak termasuk insurans)

BMW BMW 4 series BMW 428i Convertible BMW Group Malaysia BMW Malaysia BMW Open Malaysia 2014
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.