Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi RS 6 Avant Performance, Audi RS 7 Sportback Performance (2023) Kini Lebih Berkuasa!
Roda4

Audi RS 6 Avant Performance, Audi RS 7 Sportback Performance (2023) Kini Lebih Berkuasa!

Abang HirataBy Abang Hirata05/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUDI mempunyai dua model berbisa, iaitu Audi RS 6 Avant dan Audi RS 7 Sportback yang turut dijual secara rasmi di pasaran Malaysia.

Daripada dua model itu, ada pula varian lebih berkuasa, iaitu Audi RS 6 Avant Performance dan Audi RS 7 Sportback Performance yang ditawarkan di Britain.

BACA >>> PHSAM Kini Pengedar Rasmi Jenama Audi di Malaysia, Bakal Bawa Pembaharuan
BACA >>> Ora Good Cat (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula 139.8k dengan Waranti Bateri 8 Tahun!

Bukan saja lebih berkuasa, Audi juga mengurangkan tebatan bunyi supaya lebih ringan dan bunyi enjin dalam kabin jadi lebih nyaring.

Dari segi sejarah, varian Performance berasal daripada Audi RS 6 Avant Plus yang ditawarkan dalam generasi C5 pada 2004 sebelum ditukar kepada Performance pada generasi C7 2016. Selain menikmati profil wagon (Avant) dan  sportback yang lebih berkuasa, Audi UK membahagikan dua model itu kepada beberapa varian seperti berikut:

i) Audi RS 6 Avant Performance
  • Audi RS 6 Avant Performance: £112,650 (RM610,190)
  • Audi RS 6 Avant Performance Carbon Black: £121,600 (RM658,670)
  • Audi RS 6 Avant Performance Carbon Vorsprung: £130,050 (RM704,560)
ii) Audi RS 7 Sportback Performance
  • RS 7 Sportback Performance: £116,305 (RM630,090)
  • RS 7 Sportback Performance Carbon Black: £125,255 (RM678,515)
  • RS 7 Sportback Performance Carbon Vorsprung: £133,705 (RM724,290)

ENJIN LEBIH BERKUASA

  • Enjin 4.0L V8 Biturbo TFSI berkuasa 621hp, dan tork 850Nm, tambahan 30hp dan tork 50Nm dengan pengecas turbo lebih besar.
  • Tekanan boost dinaikkan 2.4 bar kepada 2.6 bar.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.4 saat.
  • Kelajuan 0.2 saat lebih pantas daripada Audi RS 6 dan Audi RS 7 asas.

LEBIH RINGAN

  • Pengurangan penebat antara bahagian enjin, dalaman dan belakang.
  • Berat badan kini 8kg lebih ringan.
  • Audi RS 6 Avant Performance (2,090kg), Audi RS 7 Sportback performance (2,065kg) – tanpa muatan.

AUDI RS 6 AVANT & AUDI RS 7 SPORTBACK PERFORMANCE

  • Sistem Bunyi Premium Bang & Olufsen dengan bunyi tiga dimensi (3D).
  • Pek Bantuan Parkir (PAP) dengan tambahan bantuan parkir.
  • Papar Pandu.
  • Kamera 360º.
  • Rim 22 inci kelabu kusam dengan tayar saiz 285/30 R22.
  • Logo dan ekzos sport RS hitam kilat.
  • Pakej rekabentuk RS Design dalam warna merah, biru atau kelabu dengan stereng bawah rata Alcantara.
  • 16 pilihan warna badan.
  • Pecutan maksimum dipertingkat kepada 280kmj.
  • Paparan kokpit virtual 12.3 inci dengan indikator anjakan gear yang berkelip dalam mod transmisi manual dan paparan rpm bertukar hijau kepada kuning dan merah, serta berkelip seperti kereta lumba sebagai tanda masa optimum tukaran gear.
  • Kawalan Mula Pandu dan indikator memecut dengan grafik lampu isyarat baharu.

AUDI RS 6 AVANT & AUDI RS 7 SPORTBACK PERFORMANCE CARBON BLACK

  • Rim 22 inci hitam kusam yang 5kg lebih ringan daripada rim aluminium 22 inci Audi RS 6 Avant atau Audi RS 7 Sportback.
  • Berat keempat-empat rim 20kg lebih ringan, sekali gus mengurangkan beban tanpa pegas (unsprung) dan meningkatkan respons terotel.
  • Tayar Continental Sport Contact 7 saiz 285/30.
  • Jarak membrek 100-0kmj hingga 2 meter lebih pendek.
  • Gaya karbon kusam dan pelapik bumbung Dinamica.

AUDI RS 6 AVANT & RS 7 SPORTBLACK PERFORMANCE CARBON VORSPRUNG

  • Bantuan fungsi pandang malam (night vision).
  • Corak karbon twill (2×2).

6 MOD PANDU, PERISIAN TCU

  • Ada enam mod pandu: Efficiency, Comfort, Auto, Dynamic, RS1 dan RS2.
  • Operasi kebuk enjin dimatikan dan kereta meluncur tanpa penggunaan bahan api atau tarikan tork daripada enjin – operasi coasting diaktifkan automatik dalam mod Efficiency (kelajuan hingga 160kmj).
  • Kemas kini perisian unit kawalan transmisi (TCU) menjadikan tukaran gear lebih pantas.

AUDI RS DYNAMIC PACKAGE KINI CIRI STANDARD

  • Kelajuan maksimum dipertingkat kepada 280kmj.
  • Stereng semua roda dinamik menerusi kemas kini perisian RS untuk membantu pemandu dengan pembetulan stereng aktif pada gandar depan dan belakang, serta diferensial Quattro Sport pada gandar belakang.

PILIHAN AUDI RS DYNAMIC PACKAGE PLUS

  • Kelajuan maksimum dipertingkat kepada 304kmj.
  • Brek cakera seramik RS yang 34kg lebih ringan daripada cakera besi.
  • Pilihan warna kaliper brek: kelabu, merah atau biru dengan saiz cakera 440mm (depan) dan 370mm (belakang).

BACA >>> Audi Quattro RR (1990) Kondisi Baik dengan Perbatuan 52,500km Ini Dilelong RM467k!
BACA >>> Audi A6 Avant e-tron Concept Pamer Evolusi EV Gaya Wagon!

Audi RS 7 Sportback Performance dan Audi RS 6 Avant Performance
Audi RS 7 Sportback Performance
Audi RS 6 Avant Performance
Audi Audi RS Audi RS 6 Avant performance Audi RS 7 Sportback Audi RS 7 Sportback performance Audi RS6 Audi RS7 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
    Roda4

    Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Xiaomi SU7 2026 Generasi Baharu Lancar dengan Jarak Pandu Sejauh 902km!

    04/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.