• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PHSAM Kini Pengedar Rasmi Jenama Audi di Malaysia, Bakal Bawa Pembaharuan

PHSAM Kini Pengedar Rasmi Jenama Audi di Malaysia, Bakal Bawa Pembaharuan

July 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGEDAR rasmi jenama kenderaan Audi di Malaysia ialah PHS Automotive Malaysia (PHSAM) iaitu sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya Porsche Holding Salzburg (PHS).

Pengedar baharu itu akan menguruskan semua perkara berhubung jualan borong, pemasaran dan khidmat selepas jualan berkait Audi untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Untung Duduk dalam Kumpulan Sama, Ketua dari Audi Dilantik CTO Lamborghini
BACA >>> Audi Fokus Trenkuasa Elektrik, Henti Bangunkan Enjin Pembakaran Dalaman Bermula 2026

Firma itu akan diterajui dua Pengarah Urusan iaitu Erik Winter dan Kurt Leitner yang juga menjawat jawatan sama di Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Erik dan Kurt sebenarnya membantu jenama Volkswagen mencapai kejayaan di Malaysia, termasuk meluaskan program pemasangan tempatan (CKD).

Eric berkata:

“Landskap automotif premium cukup kompetitif dan kami ada banyak perkara untuk dilakukan dan berdepan cabaran akan datang. Namun, kami ada komitmen penuh untuk membantu pertumbuhan jenama Audi.

“Audi juga terkenal sebagai antara jenama premium terkemuka dunia dan ada pengikut tersendiri dari pelbagai lapisan generasi. Ini menandakan ada potensi pasaran yang masih belum diteroka di Malaysia.

“Fokus kami adalah untuk menguatkan barisan SUV (kenderaan utiliti sukan), siri S dan quattro dengan elektrifikasi memainkan peranan penting dalam pelan masa depan syarikat.

“Berbekalkan kekuatan pasukan berpengalaman kami dan sokongan PHS, kami yakin untuk mengekalkan pertumbuhan mampan jenama Audi.”

MODEL APA DIJUAL

  • Barisan kenderaan sedia ada ialah pelbagai model sedan, sportback dan SUV termasuk A5, A7, Q3, Q5 dan Q8 serta barisan model berprestasi RS.

APA SEDANG BERLAKU

  • Proses pengurusan sudah bermula dengan beberapa penekanan dibuat untuk mengembangkan khidmat selepas jualan. Usaha menguatkan rangkaian pengedar Audi sedia ada giat dilakukan untuk mencapai perolehan menguntungkan.

JAMINAN DAN SERVIS

  • Setiap model Audi yang dibeli bermula 1 Julai 2022 akan didatangkan bersama jaminan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, waranti tanpa had perbatuan 5 tahun dan bantuan tepi jalan 5 tahun.

  • Ada tiga premis untuk servis kenderaan Audi iaitu di Audi Centre di Juru (Pulau Pinang) dan Glenmarie (Selangor).
  • Ada sebuah pusat servis bertauliah Audi di Ipoh (Perak).
  • Audi Centre di Setia Alam (Selangor) akan menyambung semula operasi bermula 1 Ogos 2022.

BACA >>> Audi RS3 Saloon - Kompak Terpantas di Nürburgring! Lebih Laju daripada A45 S 4Matic+
BACA >>> Audi Mahu Caj RM352 Sebulan untuk Aktifkan Fungsi Navigasi
BACA >>> Kajian: Kenderaan Besar Lebih Selamat untuk Pemandu Baharu dan Remaja
BACA >>> #TahukahAnda: Kelebihan dan Kekurangan Sedan AWD

Artikel Berkaitan

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Audi Malaysia, autoterkini, Erik Winter, Kurt Leitner, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), Porsche Holding Salzburg (PHS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my