Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi RS 6 Avant GT, Projek Perantis Jadi Kenyataan, 4.0L V8, Lebih RM1 Juta!
Auto Terkini

Audi RS 6 Avant GT, Projek Perantis Jadi Kenyataan, 4.0L V8, Lebih RM1 Juta!

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AUDI RS 6 Avant GT ibarat mimpi jadi kenyataan. Asalnya adalah sebuah projek perantis RS 6 GTO concept pada 2020.

12 perantis terlibat dan mereka belajar untuk bekerja sebagai mekanik badan dan pembinaan kereta, mekanik kereta, pengecat kereta dan mekanik perkakasan selama enam bulan dan dibantu Audi Design.

Mereka mengambil ilham dari kereta lumba Audi 90 quattro IMSA GTO tahun 1989. Projek ini juga menjadi bukti bagaimana bakat muda boleh menyumbang kepada syarikat walaupun sebagai perantis.

Audi RS 6 Avant GT tampil berbeza dengan bahagian depan yang garang dan diubah suai dari RS 6 GTO.

Jeriji signatur Audi, Singleframe dan liang udara diwarnakan hitam kilat dan menjadikan kereta ini lebih rendah dan lebar.

Bilah menegak pada apron depan, jeriji kemasukan udara baharu dan bibir depan disatukan dengan bampar untuk wajah yang lebih garang. Model asal sudah pun garang dan bampar baharu ini mudah dihadam.

Lagi ciri-ciri Audi RS 6 Avant GT:

Luaran

  • Bonet direka semula sepenuhnya dan dibuat dari gentian karbon – pertama untuk Audi Sport GmbH.
  • Liang udara keluar di sebelah rim depan berfungsi mengurangkan tekanan udara di dalam lengkungan roda dan menambah baik penyejukan brek.
  • Gerbang roda juga dibuat dari gentian karbon dan pertama kali digunakan.
  • Rim 22 inci yang dibuat khas untuk RS 6 Avant GT.
  • Difuser belakang dengan bilah menegak dan lampu pemantul cahaya.
  • Sayap belakang dengan rekaan hampir menyamai model konsep perantis.
  • Rel bumbung ditanggalkan untuk badan yang lebih sporty – pertama untuk RS 6 Avant.
  • Warna badan Arkona White dengan grafik Audi Sport, hitam, kelabu dan merah juga untuk logo depan dan belakang. Rim warna putih kilat.
  • Warna badan Nardo Grey atau Mythos Black dengan grafik hitam dan kelabu, rim hitam kusam. Logo empat cincin depan dan belakang warna hitam.

Dalaman

  • Dilengkapi perkakasan dan riasan RS design package plus.
  • Dalaman hitam dengan riasan merah dan tembaga.
  • Pelapik kaki dengan logo TS 6 GT.
  • Kerusi bucket RS dengan balutan kulit Dinamica dan logo RS 6 GT.
  • Perehat tangan, papan pemuka, konsol tengah dan pintu dibalut mikrofiber hitam Dinamica.
  • Tali pinggang keledar warna Crimson Red.
  • Konsol tengah dengan nombor siri.

Trenkuasa dan pacuan

  • Enjin 4.0 liter TFSI V8, 630 PS, 850Nm.
  • 0 – 100 kmj dalam masa 3.3 saat.
  • Kelajuan maksimum 305.7 kmj.
  • Kotak gear Tiptronci lapan kelajuan.
  • Pacuan semua roda kekal quattro.
  • Diferensial pengunci tengah terbaru seperti RS 6 Avant Performance.
  • Pembahagian kuasa enjin depan ke belakang dengan nisbah 40:60 atau sehingga 70 peratus ke depan dan sehingga 85 peratus ke belakang bergantung kepada keadaan atau gelinciran.
  • Talaan diferensial quattro pada gandar belakang dibuat khas untuk model ini dengan lebih lincah dan bias pada bahagian belakang di dalam mod Dynamic.

Suspensi, tayar dan brek

  • Penyerap hentak boleh laras – pertama kali digunakan dan khusus untuk RS 6 Avant GT.
  • Kadar kekenyalan pegas gegelung lebih tinggi, penyerap hentak tiga larasan dan penstabil lebih tegar (30% lebih tegar di depan dan 80% di belakang). Mengurangkan olengan badan.
  • Tayar Continental Sport Contact 7 285/30 R22.
  • Sistem brek seramik RS.
  • Jarak pembrekan dengan tayar baharu lebih pendek atau sehingga dua meter (100 – 0 kmj).

Perbezaan di antara RS 6 Avant Performance dan RS 6 Avant GT juga melibatkan tempat pemasangan dan bukan disiapkan sepenuhnya di kilang Neckarsulm.

Selepas badan dan cat disiapkan, kereta ini dihantar ke Böllinger Höfe yang juga tempat pemasangan Audi R8 dan Audi e-tron GT.

Lokasi itu tidak jauh daripada Neckarsulm dan mempunyai kemudahan yang lebih anjal untuk kereta sebegini.

Pemasangan akhir dibuat oleh tujuh pekerja berpengalaman di tiga stesen pemasangan yang diwujudkan khusus untuk Audi RS 6 Avant GT.

Kesemua perkakasan khas dipasang dengan tangan seperti bonet, lingkungan roda, panel alang sisi, sayap belakang, bibir depan dan belakang dan penyerap hentak boleh laras.

Sebagai model terhad, Audi RS 6 Avant GT dikeluarkan sebanyak 660 buah sahaja (60 untuk United Kingdom) dan dijual pada harga GBP£176,975 (RM1,057,202).

Audi RS 6 Avant GT:

Audi RS 6 Avant GT, Audi RS 6 GTO Concept dan Audi 90 quattro IMSA GTO:

Audi Audi 90 quattro IMSA GTO Audi RS Audi RS 6 Audi RS 6 Avant Audi RS 6 Avant GT Audi RS 6 GTO
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.