Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi Malaysia Perkenalkan Barisan SUV Mewah Q Series
Roda4

Audi Malaysia Perkenalkan Barisan SUV Mewah Q Series

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUDI Malaysia agak lama menyepi di pasaran Malaysia sejak tahun lalu. Sebagai permulaan 2019, wakil pengedar itu melancarkan barisan model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Q-Series. Kehadiran model Q2, Q5, Q7 dan Q8 bakal memenuhi  keperluan pengguna yang lebih menyeluruh selain menjadi permulaan baru jenama mewah dari Jerman itu di pasaran tempatan.

Audi Q Series ialah barisan SUV mewah yang dibangunkan dengan rekabentuk slik praktikal dan lengkap dengan kehalusan buatan, teknologi inovatif dan kemampuan pemanduan berprestasi. Walaupun tampil dengan DNA rekabentuk sama, tetapi setiap model  datang dengan personaliti dan gaya tersendiri.

BACA >>> Audi Bangunkan Teknologi TLIS, Masa Menunggu Lampu Isyarat Kini di Skrin Kereta

AUDI Q2


ENJIN: Audi Q2 1.4 TFSI COD S Tronic (Sport) dilengkapi enjin 1.4 TFSI berkuasa 150hp dan tork 250Nm dengan ciri nyahaktif silinder COD (cylinder on demand) serta dipadankan transmisi klac kembar S tronic 7-kelajuan. Sistem COD akan menyahaktifkan silinder kedua dan ketiga pada beban hingga 100Nm dan ketika bergerak dalam kelajuan enjin antara 1,400-3,200rpm.

HARGA: RM219,900

BACA >>> Audi A1 Sportback (2019) Tampil Lebih Menggoda

LUARAN: Imej tegap diserlahkan menerusi gril frem tunggal dan bentuk oktagon dengan bukaan udara yang luas. Garis bumbung rendah juga menjadi daya tarikan unik yang berakhir pada pilar-C warna kontras. Bahagian belakang menampilkan bentuk dinamik dengan spoiler warna badan dan difuser bampar belakang.

Q2 mempunyai dimensi tinggi 1,510mm meter, lebar 1,790mm dan panjang 4,190mm, manakala jarak roda 2,6o0mm.


AUDI Q5


ENJIN: Audi Q5 2.0 TFSI Pacuan Quattro menggunakan teknologi ultra sebagai ciri standard untuk enjin 2.0 TFSI berkuasa 252hp dan tork 370Nm. Kawalan tork ke atas roda terpilih juga ciri standard model ini yang memberikan pengendalian lebih sempurna. Perisian pintar pula memberikan pengalaman pemanduan dinamik, tepat dan sentiasa berada dalam kawalan.

HARGA:  RM339,900

BACA >>> Lamborghini Urus ST-X Concept – Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

LUARAN: Rekabentuk fasia depan dengan gril frem tunggal terbuka luas melambangkan keyakinan penampilan aerodinamik. Garis badan berlekuk yang menonjol dan tersendiri memberikan struktur kukuh jika dilihat dari sisi. Ini ditambah dengan gerbang roda lebar.

Garis horizontal belakang turut menyerlahkan imej lebar SUV ini. Posisi lampu tinggi hadir bersama lampu signal dinamik sebagai ciri pilihan. Pintu belakang seakan bersambung sekali ke pilar-C yang menjadi ciri khas barisan famili Audi Q Series. Dimensi juga bertambah, dengan panjang 4,660mm, lebar 1,890mm dan tinggi 1,660mm, manakala jarak roda 2,820mm.


AUDI Q7


ENJIN: Audi Q7 3.0 TFSI Quattro dengan enjin 3.0L TFSI berkuasa 333hp dan tork 440Nm membolehkan SUV ini memecut 0-100 kmj dalam masa 6.3 saat. Enjin berprestasi unggul ini dipadankan transmisi Tiptronic 8-kelajuan baharu, sistem pacuan semua roda (AWD) Quattro dipertingkat dan casis lebih ringan.

HARGA: RM599,900

LUARAN: Fizikal ringan menjadikan ciri asas Q7, cuma seberat di bawah 2 tan (tanpa pemandu), iaitu 325kg lebih ringan berbanding model lama (bergantung versi enjin). Bahagian badan dibina menggunakan bahan multimaterial yang menyumbang kepada pengurangan berat sebanyak 71kg. Ditambah pula pintu aluminium, berat dikurangkan 95kg lagi.

BACA >>> Nissan Rogue Sport – X-Trail Versi Adik untuk Pasaran Amerika

Dengan panjang Q7 ialah 5,050mm, lebar 1,970mm dan tinggi 1,740mm, Audi Q7 ialah model SUV mewah saiz penuh paling ringan dalam kelas. Wajah depan menonjol dengan elemen frem tunggal pada gril terbuka luas menjadi antara unsur utama SUV ini. Gerbang roda besar dan bahagian bahu maskular memberikan penampilan tegap.


AUDI Q8


ENJIN: Audi Q8 3.0 TFSI Quattro dijana enjin 3.0L TFSI Quattro berkuasa 340hp dan tork 500Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 saat dan kelajuan maksimum 250kmj. Transmisi Tiptronic 8-kelajuan menyalurkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda (AWD) Quattro. Sistem janaan kuasa ini sangat cekap dengan bantuan teknologi hibrid ringan @ mild hybrid (MHEV).

Sistem elektrik 48V terdiri daripada dua modul penting: bateri litium ion dan penghidup tali sawat alternator. Ketika membrek, ia menjana semula kuasa 12kW dan disalurkan kepada bateri. Teknologi MHEV membolehkan fasa pergerakan sekata lebih panjang dengan enjin dinyahaktifkan, dan jarak mula-henti bermula 22kmj. Model ini mampu mengurangkan kadar penggunaan bahan api hingga 0.7 liter per 100km.

HARGA: RM727,900

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC40 – Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

LUARAN: Dengan frem bingkai tunggal oktagon menonjol, Q8 ialah ahli baharu dalam barisan famili Audi Q-Series. Gril radiator yang jelas mendominasi dengan lid bampar depan, dan bukaan udara besar memberikan personaliti berbeza. Garis bumbung yang berakhir kemas pada  pilar-C dan gerbang roda yang memuatkan tayar bersaiz 22 inci menyumbang kepada profil sisi serba  elegan.

Audi Audi Malaysia Audi Q Series Audi Q2 Audi Q5 Audi Q7 Audi Q8 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.