Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aston Martin Valkyrie – Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!
Auto Terkini

Aston Martin Valkyrie – Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!

Abang HirataBy Abang Hirata04/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kereta ternama dunia sekarang ada saingan baharu dalam menunjukkan kehebatan masing-masing. Bukan lagi kereta super tetapi kereta hiper dengan kuasa menggila! Ini sebenarnya boleh dicapai menerusi kombinasi enjin konvensional dan elektrik.

Aston Martin bakal membuktikannya menerusi pembinaan kereta hiper dipanggil Valkyrie. Sementara menunggu prototaip pertama model tersebut disiapkan, pengeluar British itu mengambil kesempatan mendedahkan kuasa yang dijana daripada trenkuasa hibrid.

Tanpa berselindung, Aston Martin mendakwa Valkyrie menggunakan enjin binaan Cosworth 65° aspirasi natural (NA) bersesaran 6.5L V12! Putaran enjin sangat tinggi dan setara enjin Formula Satu (F1) era 90-an yang dikemas kini melalui kemajuan selama 20 tahun dalam rekabentuk, bahan dan kepakaran pembuatan. Enjin itu juga bakal menetapkan aras baharu dalam  rev (rpm) maksimum dan berat.

BACA >>> Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition Angkat Kehebatan Pasukan Aerobatik Udara Britain

Dengan output kuasa puncak 1,000hp (153.8hp per liter) @ 10,500 rpm, enjin Valkyrie boleh mencecah maksimum rev 11,100rpm! Menariknya, ini pencapaian pertama untuk kereta NA dengan tahap emisi yang melepasi piawaian pemanduan atas jalan raya biasa.

Tork puncak pula ialah 740Nm @ 7,000 rpm yang datang daripada enjin pembakaran dalaman dan boleh ditingkatkan lagi melalui penggunaan sistem bateri hibrid.

Berikut Ciri Menarik Aston Martin Valkyrie

  • Turut dibangunkan bersama Red Bull Advanced Technologies yang mempunyai kepakaran dalam F1.
  • Enjin V12 dan kotak gear turut digunakan sebagai struktur kereta seperti poin cagak suspensi belakang.
  • Kaedah ini memberikan lebih kekuatan struktur dan mengurangkan berat jentera tanpa tambahan subfrem belakang.
  • Sistem trenkuasa tambahan ala KERS seperti kereta F1.
  • Sistem hibrid dibangunkan dua rakan teknikal: Integral Powertrain Ltd – membekalkan motor elektrik buatan khas, dan Rimac – membekalkan sistem bateri ringan.
  • Sistem hibrid penuh menambah kuasa sedia ada sebanyak 160hp dan tork 280Nm.
  • Gabungan enjin pembakaran dalaman dan hibrid kuasa Valkyrie ialah 1,160hp @ 10,500rpm.
  • Dengan kuasa penuh sistem hibrid, tork maksimum ialah 900Nm @ 6,000rpm.
  • Pembangunan Aston Martin Valkyrie diteruskan di bawah panduan Aston Martin Lagonda, Red Bull Advanced Technologies dan rakan projek, AF Racing.

Harga kereta ini semestinya sangat tinggi kerana ia turut dikeluarkan dalam jumlah terhad. Adakah ada bilionair tempatan yang sudah menempah kereta ini sama seperti Mercedes-AMG Project One?

BACA >>> Aston Martin DB6 MkII Volante dengan Enjin EV! Enjin Asal Masih Boleh Pasang Semula

Aston Martin Aston Martin Valkyrie Hyper Car Kereta Hiper Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.