Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Asbak aka ‘Ashtray’ – Perkakasan Kereta Paling Banyak Disalah Guna, Tetapi Cukup Berguna
Autotainment

Asbak aka ‘Ashtray’ – Perkakasan Kereta Paling Banyak Disalah Guna, Tetapi Cukup Berguna

Han OthmanBy Han Othman08/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA dua jenis asbak (ashtray) kereta iaitu berupa laci buka-tutup siap dipasang (terletak di bawah panel audio atau belakang perehat lengan (armrest) di konsol tengah), dan asbak mudah alih berupa bekas yang boleh dimuatkan dalam pemegang cawan (cup holder) – rujuk foto bawah.

Tetapi, jarang sekali perokok menggunakan asbak kereta mereka. Sebaliknya lebih gemar mengetis abu rokok ke luar tingkap. Agaknya mungkin posisi pemanduan sebelah kanan (right hand drive) yang membuatkan perokok kekok kerana mereka biasanya mengepit rokok di tangan kanan, tetapi asbak pula di sebelah kiri. Ataupun kerana tidak mahu mengotorkan dalaman kereta.

Jenis laci buka-tutup
Jenis bekas mudah alih

Mungkin juga sekadar alasan saja kerana perokok Malaysia sebenarnya memang tidak pernah peduli tentang fungsi asbak. Tak percaya? Tengoklah perokok di kedai makan, rata-rata mereka mengetis abu rokok di bawah meja walaupun asbak ada di atas meja!

BACA >>> Ok atau Tak Cuci Kereta Guna ‘Chemical’? Ketahui 3 Tip Mudah Tanggalkan Kotoran Degil

Jika perokok pun mengabaikan fungsi sebenar asbak, apatah lagi pemandu bukan perokok yang sesetengahnya tidak mempedulikan langsung kewujudan bekas tersebut. Namun, kebanyakan pemandu menukar fungsi asbak kereta mereka kepada fungsi lain seperti di bawah. Apapun, jika merokok, anda sepatutnya mengetis abu ke dalam asbak kereta OK.

1. TABUNG DUIT

asbak-kereta (1)
Syiling paling kerap diisi dalam asbak. Ini mungkin disebabkan ruang atau slot sedia ada tidak cukup dan dirasakan kurang selamat kerana dibiarkan terdedah. Syiling paling banyak dikumpul jika anda pengguna tegar lorong tol tunai. Namun, jumlah tabungan syiling mungkin susah hendak dikurangkan kerana kebanyakan lorong tol masa kini sudah mula melaksanakan akses tanpa tunai seperti Touch n Go dan Smart Tag.

Tetapi selain duit tol tunai (yang sudah tiada), syiling yang disimpan dalam asbak boleh digunakan sebagai duit parkir, derma, belanja sekolah anak atau ‘duit pecah’ untuk beli barang kecil seperti aiskrim, air tin, atau gula-gula.

2. BEKAS SAMPAH

asbak-kereta (6)
Sesuai untuk buang sampah kecil seperti tisu, pembalut coklat dan gula-gula, resit tol dan parkir, atau tag harga. Jangan lupa, abu rokok juga dikategori sebagai sampah. Malangnya, jarang sekali digunakan.

3. CAWAN MINUM

asbak-kereta (5)
Ya, asbak kereta boleh dijadikan cawan minuman dan idea ini paling jarang dibuat orang. Ini mungkin disebabkan faktor kebersihan, tetapi boleh saja dibersihkan bukan? Istimewa tentang asbak kereta sebagai cawan ini ialah penebat aluminium siap ada yang boleh berfungsi seakan termos, sekali gus membuatkan suhu minuman anda dapat bertahan lebih lama sama ada sejuk atau panas. Pernah try tak?

4. BEKAS GULA-GULA

asbak-kereta (4)
Mengantuk ketika kesesakan jalan raya? Anak-anak meragam? Jangan lupa sentiasa penuhkan asbak kereta anda dengan gula-gula. Malah, gula-gula juga memainkan peranan penting untuk hilangkan mulut berbau, terutama selepas makan atau merokok. Jadi, siap sedialah dengan gula-gula ‘angin’ seperti Hacks atau Mentos.

5. PEMEGANG TELEFON BIMBIT

Banyak kereta moden dan mahal menyediakan slot khas untuk letak telefon bimbit, tetapi tidak bagi model lama. Kebiasaannya, pemandu atau penumpang meletakkan telefon bimbit mereka, terutama ketika mengecas ke dalam pemegang cawan, kompartmen konsol tengah yang sempit atau slot khas di bawah panel audio.

Jadi, inilah masanya tukarkan asbak kereta anda sebagai tempat letak telefon bimbit. Boleh juga mengisi pengecaj mudah alih atau power bank. Bagaimanapun, ia terhad kepada telefon bimbit bersaiz tertentu saja yang muat dimasukkan. Kalau besar sangat memang tak muat!

6. KOTAK TISU

asbak-kereta (2)
Situasi orang minta derma dan anda diberikan tisu pek kecil mungkin ada di Malaysia sahaja. Tisu tersebut mungkin dicampak begitu saja dalam glovebox atau diselitkan di belakang poket belakang kerusi. Apa kata selepas ini, isikan tisu tersebut ke dalam asbak kereta? Sekarang, kereta anda sudah ada tisu yang siap sedia digunakan bila-bila masa.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul ‘Glove Box’ yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu

7. ‘CARD HOLDER’ JADIAN

asbak-kereta (3)
Bagi anda yang ada ramai kenalan, asbak kereta paling sesuai dijadikan ‘card holder’ untuk menyimpan kad nama dan bisnes. Tidak perlu lagi simpan di rumah atau beli dompet khas. Tidak perlu juga risau tertinggal maklumat individu penting di rumah.

8. BEG MUNTAH

asbak-kereta (7)
Ada penumpang mabuk perjalanan dan tekak rasa loya mahu muntah? Kalau sudah buntu kerana tiada beg plastik untuk menadah muntah, terus saja ambil asbak kereta dan biarkan mereka membuang segala isi perut ke dalam bekas itu. Tetapi pastikan kapasiti muntahan tidak melebihi had dibenarkan. 😛

BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

Asbak asbak kereta Ashtray autotainment car ashtray fitur asbak kereta fungsi asbak kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.