Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aprilia Shiver 750 Jadi Cyclone RA9 Concept, Bakal Masuk Pasaran Asia Tenggara?
Roda2

Aprilia Shiver 750 Jadi Cyclone RA9 Concept, Bakal Masuk Pasaran Asia Tenggara?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

APRILIA sebenarnya terpaksa menamatkan tawaran model naked Shiver pada ketika Kesatuan Eropah memutuskan untuk menguatkuasa standard piawaian emisi Euro5 di negara anggotanya.

Shiver 750 mula diperkenalkan pada 2007 dan menggunakan trenkuasa V-Twin 90º 896cc patuh emisi Euro4 sehingga 2017. Bermula tahun lalu, Aprilia meninggalkan platform lama dan memberi fokus kepada pembangunan motosikal dwi-silinder sebaris 660.

BACA >>> Aprilia Shiver 900 (2019)- Sport Naked Bukan Konvensional Kini di Malaysia, RM72k Sahaja

Ramai peminat beranggapan Shiver 750 sudah berakhir dan tiada peluang kembali ke pasaran. Bagaimanapun, pengeluar motosikal China, Zongshen sudah menggubah tanggapan itu.

Firma China itu ada mempertonton model Cyclone RA9 Concept yang merupakan jelmaan Shiver semasa Ekspo Motosikal Antarbangsa Chongqing (CIMA) tahun ini.

BACA >>> Aprilia Tuono 250 ABS (2022) Bakal Lancar Di China, Kelajuan Maksimum 128kmj

Sebagai jenama premium bawah Zongshen, Cyclone sudah menerima banyak manfaat hasil usahasama dengan pelbagai firma di Eropah. Shiver atau RA9 sebenarnya adalah sebahagian daripada pakatan produksi Zongshen dengan Piaggio iaitu syarikat induk Aprilia.

Mengikut perjanjian, ada beberapa model Aprilia akan dihasilkan di kilang Zongshen di Guangdong, China dan dieksport ke pasaran:

  • Amerika Tengah dan Amerika Selatan
  • Afrika
  • Timur Tengah
  • Asia Tenggara
  • Asia Timur
  • Kepulauan Oceania

Zongshen pula mendapat mendapat akses manfaat membabitkan hasil kerja penyelidikan dan pembangunan Piaggio. Pertukaran itu membawa kepada ciptaan konsep seperti Cyclone RA9. 

Berikut ialah perincian mengenai Cyclone RA9:

  • Menggunakan frem trellis dan enjin V-Twin 90º sama tetapi RA9 menerima peningkatan berbanding Shiver.
  • Kapasiti enjin ditingkat kepada 987cc dan Cyclone mampu ekstrak kuasa 113hp. Spesifikasi asal Shiver (2017) ialah 896cc dan 95hp.
  • Swingarm tunggal digunakan sebagai pengganti swingarm berkembar Aprilia. Rim Cyclone berbentuk seperti bilah kipas. Berat Cyclone RA9 susut 3kg berbanding Shiver (218kg).
  • Desain Cyclone seperti kacukan Shiver-MV Agusta dan berjiwa motosikal naked Eropah.

BACA >>> 5 Motosikal Naked Middleweight Pilihan dengan Bajet RM30k
BACA >>> Aprilia Tuareg 660 (2022) Didedahkan, Advencer Minimalis dengan DNA Tradisi
BACA >>> Aprilia GPR150R (2021) Lancar di China, Harga Mula RM13.6k!
BACA >>> Aprilia GPR250R (2022) Lancar di China, Harga RM17.2k!
BACA >>> Kajian: Jualan Kenderaan Baharu Merudum, Pemilik Lebih Suka Guna Kereta Sedia Ada
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu

SUMBER: RideApart

Aprilia Shiver Cyclone RA9 Concept Ekspo Motosikal Antarbangsa Chongqing (CIMA) Piaggio Zongshen
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.