• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aprilia Shiver 900 (2019)- Sport Naked Bukan Konvensional Kini di Malaysia, RM72k Sahaja

Aprilia Shiver 900 (2019)- Sport Naked Bukan Konvensional Kini di Malaysia, RM72k Sahaja

January 30, 2019 By AI Leave a Comment

585
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN motosikal hari ini benar-benar kompetitif kerana pengguna bukan sekadar mahukan jentera yang sporty dan lincah, tetapi juga inginkan keselesaan maksimum tanpa kompromi. Output kuasa bertenaga sudah jadi satu kemestian dan juga aneka ciri elektronik motosikal moden.

Model ini mungkin mampu memenuhi kehendak bakal pembeli di atas. Sekarang ucapkan selamat datang kepada Aprilia Shiver 900 (2019) ke pasaran tempatan. Seperti apakah kemas kini yang dilakukan terhadap model ini?

ENJIN

Aprilia Shiver 900-8
Aprilia Shiver 900-2
Aprilia Shiver 900-7

Enjin bersesaran 896.1 cc V-Twin bukan saja menawarkan peningkatan kuasa, tetapi juga hantaran tork maksimum dalam pelbagai peringkat julat rev. Kuasa 95.2hp @ 8,750rpm dan tork 90Nm @ 6,500rpm disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan. Selain itu, komponen trenkuasa seperti 2-silinder, 4-injap DOHC penyejukan cecair turut mengalami beberapa peringkat perubahan bagi mengurangkan geseran piston.

Enjin kini didatangkan dengan ciri nyah mampat automatik bagi memudahkan operasi menghidupkan jentera ketika sejuk. Komponen klac direka semula untuk disesuaikan dengan kapasiti enjin 900cc, manakala beban ke atas tuil klac dikurangkan 15 peratus.

BACA >>> #Intermot2018: Aprilia Shiver 900 (2019) Dikemas Kini dengan Ekzos, Skema Warna Baharu

REKAAN SPORT NAKED LUAR DARI KONVENSIONAL

Shiver 900 (2019) menekankan rekabentuk tersendiri menerusi saluran ambilan udara sisi yang memeluk bahagian depan dan bahagian belakang yang kompak. Kedudukan paip ekzos bawah pelana memberikan karakter garang, manakala keaslian bentuk Shiver 900 diserlahkan menerusi struktur pelindung sisi tangki, panel sisi dan madgad depan. Karakter sporty dapat dilihat pada penggunaan silinder kembar Noale dan absorber spring serta pelindung kepala silinder yang dicat merah.

KEMAS KINI PERALATAN ELEKTRONIK

shiver_900_cruscotto
Aprilia Shiver 900-5
Aprilia Shiver 900-2

Dibawakan Didi Resources Sdn Bhd, Shiver 900 (2019) menampilkan Sistem Kawalan Traksi Termaju (ATCS) boleh dilaras tiga tahap ataupun dimatikan. Kehadiran Sistem Brek Anti Kunci (ABS) Continental dual saluran menawarkan keyakinan menunggang.

Unit kawalan Marelli 7SM ECU menjadikan kawalan traksi semakin lancar. Sistem kawalan dan pengurusan enjin yang sebelum ini bekerja berasingan daripada dua unit kawalan elektronik (ECU), tetapi kini digabungkan menjadi satu komponen tunggal.

BACA >>> #EICMA2018: Benelli 752s - Naked Middleweight yang Mempesona

Padanan sistem terotel ride-by-wire elektronik membolehkan nisbah campuran minyak/udara yang tepat, termasuk bukaan injap terotel suntikan bahan api. Ada tiga pilihan mod tunggangan: Sport, Touring dan Rain.

KAWALAN INSTRUMEN TERKINI

Bagi versi 2019, Shiver 900 didatangkan dengan paparan TFT 4.3 inci untuk pelbagai maklumat motosikal seperti indikator gear, spidometer, suhu coolant, suhu air, angka rev, jam dan pilihan mod enjin. Tidak ketinggalan, sistem konektiviti, Aprilia MIA membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar ke skrin untuk melihat panggilan masuk dan memainkan muzik.

Aplikasi dikawal menerusi telefon pintar itu  juga boleh dijadikan alat navigasi selain berkongsi maklumat penggunaan bahan api, jalan raya, kelajuan dan lokasi servis Aprilia.

BACA >>> Jika 3 Sportbike Ini Ada di Malaysia, Mana Satu Pilihan Anda?

HARGA

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna: perak, hitam dan merah, Shiver 900 (2019) dijual pada harga RM72,000 seunit (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

GALERI

Artikel Berkaitan

585
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia Shiver 900, Aprilia Shiver 900 (2019), Didi Resources Sdn Bhd, roda2, sport naked

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!
    Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!
  • Kajian: Kereta Putih Paling Popular di Dunia untuk 10 Tahun Berturut-Turut
    Kajian: Kereta Putih Paling Popular di Dunia untuk 10 Tahun Berturut-Turut

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my