Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aprilia Bangunkan Teknologi Fork Anti-Junam
Auto Terkini

Aprilia Bangunkan Teknologi Fork Anti-Junam

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/03/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APRILIA dilaporkan sedang membangunkan sistem suspensi anti-junam, dinamakan Aprilia Anti-Dive (AAD) yang menggunakan cecair hidraulik dalam fork. Teknologi tersebut menggunakan komponen pautan (linkage) mekanikal yang dipasangkan luar suspensi [73].

Menurut portal Bennetts, sistem brek dengan kaliper radial, iaitu braket mounting [56]  boleh berpusing beberapa darjah (º) pautan spindel roda depan dan pautan yang menghubungkan kaliper ke bahagian atas fork.

Apabila brek diaplikasikan, kaliper dan braket akan berpusing mengikut arah tayar dengan menghantar tekanan brek kepada pautan fork [73]. Daya itu berfungsi melawan gerakan junam. Namun bukan semudah itu, Aprilia turut menambah pautan yang akan mengemas kini tahap anti-junam mengikut jumlah tekanan fork.

Aprilia turut membangunkan pautan yang boleh mempelbagaikan ‘gaya anti-junam’ mengikut seberapa keras penunggang membrek. Jadi, antara kaliper braket [56] dan rod pautan  [73], ada tambahan pautan [68] seakan garis parit seperti slot lekuk sebagai perumah roller [80,84] yang bergerak dalam ‘parit’ itu.

Rekabentuk parit itulah yang akan mempelbagaikan gaya anti-junam. Ini memberikan kesan junam yang berbeza ketika membrek mengejut. Teknologi ini mampu mengelak situasi fork tenggelam hingga menjejaskan kestabilan ketika membrek mengejut.

BACA >>> Lakaran Paten Pengganti Hayabusa Bocor?

Seberapa dalam fork tenggelam adalah bergantung kepada rekabentuk sesebuah model motosikal. Fenomena itu sudah cuba ditangani banyak pengeluar. Contohnya Suzuki memperkenalkan ANDF (Anti Nose Dive Forks), Kawasaki AVDS (Automatic Variable Damping System) dan Honda TRAC (Torque Reactive Anti-dive Control).

Namun sistem Aprilia ini menggunakan cecair hidraulik dalam fork yang secara mekanikal membuatkan redaman jadi lebih keras, terutama ketika membrek kuat.

BACA >>> Kawasaki Patenkan Teknologi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk Motosikal

Anti-Junam Aprilia Aprilia Anti-Dive Auto Terkini autotainment Fork Anti-Junam Gambarajah Paten paten roda2 sistem suspensi suspensi Suspensi Anti-Junam Teknologi Motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 18/03/2020 22:16

      Menarik bila tgk ada perkembangan baru dalam dunia motosikal, maklumlah reka bentuk motosikal hampir tak berubah sejak sekian lama.

      mungkin BMW boleh majukan semula Telelever suspension mereka, dan mungkin lebih banyak perlumbaan perlu menggalakkan penggunaan hub center steering 😀

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.