Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apple CarPlay [SIRI 2/2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya
Autotainment

Apple CarPlay [SIRI 2/2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya

Han OthmanBy Han Othman30/05/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI dijelaskan dalam artikel sebelum ini, Apple CarPlay ialah aplikasi sambungan kereta bercirikan bebas tangan yang ditawarkan banyak pengeluar automobil masa kini. Sudah tentu ialah menjadi ciri yang amat dialu-alukan pemilik telefon pintar jenama Apple.

Tetapi tahukah anda bagaimana menggunakan Apple CarPlay? Apakah kelebihan yang ditawarkan ciri baharu itu? Kita sambung siri kedua tentang Apple CarPlay:

BACA >>> Ketahui Sejarah dan Apakah Itu Apple CarPlay?

BAGAIMANA SAMBUNGKAN APPLE CARPLAY

Pertama sekali, apa yang perlu anda ada ialah:

  • Kereta yang siap terbina ciri Apple CarPlay.
  • Telefon pintar iPhone5 atau lebih baru.
  • Kabel iPhone.

Hampir semua kereta yang ada ciri Apple CarPlay memerlukan sambungan USB, di mana kereta anda mesti ada sekurang-kurangnya satu port USB. Model Audi misalnya, membolehkan pengguna menyambung aplikasi Apple CarPlay menerusi mana-mana port USB dalam kereta. Sebaliknya, ciri Apple CarPlay dalam Honda Civic Hathcback baharu hanya boleh disambungkan menerusi port di bawah konsol tengah.

Perisian pula sudah siap terbina dalam sistem operasi (OS) telefon pintar anda – iOS. Apabila skrin Apple CarPlay terpapar daripada peranti disambung, Apple CarPlay akan mengemaskini apa yang dikemaskini telefon pintar anda. Aplikasi Siri juga mesti dibenarkan untuk menyambungkan Apple CarPlay.

Namun, sekiranya iPhone sudah disambungkan dan tiada respon, sistem infotainment akan memaparkan perjanjian supaya anda mengizinkan konektiviti Apple CarPlay dibuat. Anda akan ditanya sama ada  bersetuju untuk berkongsi beberapa data anonim dengan Apple, ataupun sebaliknya. Kemudian, kereta anda sepatutnya sudah dapat mengecam peranti sendiri pada setiap kali Apple CarPlay disambungkan, sebelum terus memaparkannya pada skrin utama Apple CarPlay di papan pemuka.

Jika anda menyambungkan Apple CarPlay kepada BMW 5-Series, prosesnya adalah sedikit berbeza. Sistem BMW akan memaparkan langkah berbeza yang disertakan bersama sambungan Bluetooth. Jadi, sebaik saja telefon pintar anda disambungkan, kereta anda akan memaparkan ciri Apple CarPlay secara wayarles tanpa memerlukan sebarang kabel.

BAGAIMANA GUNA APPLE CARPLAY?

Apple CarPlay boleh dikawal menerusi kawalan input infotainment kereta, termasuk daripada punat kawalan roda stereng, skrin kapasitif dan kawalan suara (menerusi Siri). Semua aplikasi dalam Apple CarPlay dapat diakses menerusi telefon pintar Apple selagi anda memuat turun sokongan Siri.

Susun atur skrin utama direka ringkas dengan memaparkan senarai aplikasi yang ada. Disebabkan Apple CarPlay hanya beroperasi dengan perisian sendiri, anda tidak boleh sembarangan menggunakan ciri-ciri lain pada panel infotainment kereta. Jika mahu juga, anda perlu mematikan terlebih dahulu operasi Apple CarPlay.

Bagi fungsi segera dan pantas, anda boleh menggunakan kawalan suara untuk memberikan arahan, seperti ‘navigate to Kodiang.’ Siri kemudian akan prom dan menunjukkan arah jalan menggunakan AppleMaps. Ya, Apple CarPlay tidak akan menggunakan sistem navigasi dan data peta yang disediakan pengeluar. Jadi, telefon pintar anda perlu sentiasa siap sedia dengan sambungan data mobil mencukupi untuk memudahkan navigasi.

Sokongan mesej pula membenarkan mesej anda dibaca dan ditulis menggunakan ciri suara-kepada-teks (voice-to-text). Ciri ini turut menyokong aplikasi mesej pihak ketiga seperti WhatsApp, walaupun tiada butang aplikasi utama disediakan, manakala ciri panggilan telefon adalah sama seperti sambungan Bluetooth.

Skrin Apple CarPlay ialah versi separa skrin utama iPhone. Jadi, skrin infotainment anda tidak akan diganggu dengan kehadiran notifikasi atau e-mel daripada telefon pintar. Malah, fungsi lain seperti muzik dan suara navigasi akan disenyapkan seketika apabila ciri keselamatan kereta teraktif. Kamera undur dan sensor parkir pula akan mengambil alih skrin infotainment apabila beroperasi.

APA BOLEH DILAKUKAN APPLE CARPLAY?

Disebabkan CarPlay menggunakan Siri, arahan dalam kereta ialah sama. Berikut ialah beberapa arahan yang boleh digunakan:

  • Call… (panggilan)
  • Send message… (hantar mesej)
  • Find the closest petrol station… (cari stesen minyak terdekat)
  • What’s the weather like… (keadaan cuaca terkini)
  • Play song, artist or genre… (mainkan lagu, artis dan genre)
  • Navigate to favourite restaurant… (cari lokasi restoran kegemaran)
  • Is favourite restaurant open now? (apakah restoren kegemaran dibuka sekarang?)

RANGKAIAN MOBIL DIPERLUKAN?

Sebenarnya, anda tidak memerlukan sambungan rangkaian mobil untuk menggunakan Apple CarPlay, tetapi kebanyakan aplikasi tidak dapat beroperasi dengan baik, kecuali mendengar senarai muzik yang disimpan dalam telefon pintar.

BOLEHKAH SAYA GUNA TELEFON?

Terpulang kepada jenis kereta anda. Sesetengah kereta akan menyekat fungsi telefon dan tidak dapat digunakan apabila dihubungkan dengan CarPlay. Sesetengah kereta lain tiada masalah. Tetapi, jika anda sedang melakukan navigasi menggunakan Apple Maps, dan pada masa sama keluar daripada aplikasi itu untuk buat carian Internet, ciri navigasi secara automatik akan berhenti berfungsi. Asasnya, apa yang perlu anda tahu ialah telefon pintar biasanya tidak dapat digunakan apabila beroperasi dalam mod Apple CarPlay.

APAKAH TELEFON SAYA DICAS JIKA DISAMBUNGKAN APPLE CARPLAY?

Ya, telefon anda akan dicas.

BAGAIMANA DENGAN TELEFON JENIS ANDROID?

Jika anda menggunakan telefon pintar Android, sudah tentu anda tidak dapat menggunakan aplikasi Apple CarPlay. Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan Android Auto jika kereta anda  menawarkan ciri tersebut. (Artikel tentang Android Auto akan menyusul kemudian).

GUNA APPLE CARPLAY PADA PEMAIN STEREO AFTERMARKET? ATAU MUAT TURUN PASANG SENDIRI PERISIAN?

Unit paparan aftermarket, Apple CarPlay Alpine iLX-107

Sesetengah pemain stereo atau headunit aftermarket turut menawarkan aplikasi Apple CarPlay. Namun, sambungan USB memerlukan telefon pintari dihubungkan terus kepada headunit. Sesetengah pengeluar menambah ciri CarPlay dengan menaiktaraf perisian, tetapi itu bukanlah amalan yang biasa dilakukan kebanyakan pengeluar.

APAKAH APLIKASI COOL YANG ADA?

Ciri utama Apple CarPlay adalah integrasi panggilan, mesej, navigasi dan muzik.  Selain itu, tidak banyak ciri lain yang boleh dibuat seperti menonton video atau melayari Internet. Mungkin pada masa hadapan, ciri sebegitu akan ditawarkan.

MODEL KERETA YANG MENYOKONG APPLE CARPLAY

Apple iPhone 5 dan model terkini. Ikut pautan SINI untuk melihat senarai kereta yang menyokong aplikasi Apple CarPlay.

SUMBER: Practical Motoring

Apple Apple CarPlay autotainment cara guna AppleCarPlay iPhone Siri
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook397K
  • Instagram194K
  • YouTube589K
  • TikTok991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.