Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aplikasi Mobil ‘Gerak Malaysia’ Sudah Boleh Akses Hari Ini
Auto Terkini

Aplikasi Mobil ‘Gerak Malaysia’ Sudah Boleh Akses Hari Ini

Han OthmanBy Han Othman26/04/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMOHON yang terkandas di kampung halaman sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mahu pulang ke rumah, kini sudah boleh mengakses aplikasi mobil ‘Gerak Malaysia’ bermula hari ini hingga Rabu (29 April).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, aplikasi mudah alih dalam talian itu dapat mengelakkan orang ramai keluar rumah untuk memohon di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak Covid-19.

Melalui aplikasi ini, kod QR (kod respon pantas) unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa anggota bertugas di sekatan jalan raya, sekali gus memudahkan pergerakan pemohon.

Perlu diingatkan permohonan permit pergerakan ini untuk mereka yang sebelum ini terkandas di kampung halaman sebaik saja PKP diumumkan 18 Mac lalu dan mahu pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja,” katanya.

Huzir berkata, aplikasi mudah alih Gerak Malaysia boleh dimuat turun secara atas talian menerusi:

  • Google Play Store (pengguna Android)
  • Apple App Store (pengguna iPhone)
  • HUAWEI AppGallery (pengguna Huawei)

BACA >>> 6 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Pergerakan Rentas Negeri 1-3 Mei Ini

DAFTAR KALI PERTAMA?

Apabila mendaftar kali pertama, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti:

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat
  • Nombor telefon pintar yang digunakan
  • Alamat e-mel

Pengguna juga perlu memberi kebenaran aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS bagi mengesahkan lokasi terkini pemohon dan mendapat kelulusan permit pergerakan.

Permohonan melalui Gerak Malaysia dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti jumlah pemohon dan menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan kelancaran operasi.

Pemohon kemudian hendak mengemas kini permohonan pada tarikh yang dibenarkan bertolak supaya kod QR dapat dijana secara automatik. Bagi memudahkan pergerakan pemohon, PDRM menetapkan jadual perjalanan iaitu:

  • 1 Mei – Perak, Johor, Kelantan
  • 2 Mei – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 3 Mei – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan yang diluluskan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Macam Mana Pelajar IPT Nak Balik Kampung? Baca Syarat Ini!

‘GERAK MALAYSIA’ BUKAN UNTUK RENTAS NEGERI SAHAJA


Selain permohonan permit pergerakan rentas negeri, terdapat beberapa permohonan permit lain disediakan dalam aplikasi itu seperti:

  • Membeli barangan keperluan dalam lingkungan 10km dari rumah
  • Mendapatkan rawatan perubatan
  • Keadaan kecemasan
  • Aktiviti perlu seperti membaiki kenderaan rosak

Bagaimanapun, HANYA permohonan permit pergerakan rentas negeri saja akan diproses buat masa kini.

Orang ramai diingatkan hanya membuat permohonan bagi tujuan perjalanan yang benar-benar perlu seperti ditetapkan di bawah PKP dan tidak menyalahgunakan kemudahan permit pergerakan melalui aplikasi Gerak Malaysia,” kata Huzir.

SUMBER: Bernama

Aplikasi Gerak Malaysia aplikasi mobil Apple Auto Terkini Covid-19 Datuk Huzir Mohamed Gerak Malaysia Google Play Store HUAWEI AppGallery Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026

2 Comments

  1. Eileen goh yee nee on 02/05/2020 14:30

    Salam, may i know why my “generate code” cannot click through even already completed registration?

    Reply
  2. Muniandy Rajagopal on 29/05/2020 05:20

    Dari Bukit Tenggah ke Kuala kangsar membawa ibu umur 73 tahun, dari rumah menantu selama 3 bulan disana

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.