Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Periksa 7 Perkara Ini Jika Motosikal Tidak Boleh Dihidupkan
Autotainment

#ApaNakBuat: Periksa 7 Perkara Ini Jika Motosikal Tidak Boleh Dihidupkan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/02/20219 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda kenapa motosikal mogok tiba-tiba? Ingat kata bidalan, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Maknanya, sesebuah motosikal sama sekali tidak akan mogok begitu saja melainkan ada sebab musababnya. Jadi, kita sebagai tuan kepada motosikal perlulah ada inisiatif untuk melakukan diagnosis awal dalam mengetahui punca kepada permasalahan tersebut.

Ini penting supaya kita sentiasa dapat kekal tenang, relaks dan berwibawa. Ingat, motor tidak hidup pasti ada puncanya, tetapi kalau manusia tidak hidup, cuma amalan yang dibawa ke sana.

1. Bateri Sudah Lemah


Bateri sebenarnya nyawa kepada keseluruhan sistem elektrik motosikal. Antara isyarat besar yang boleh dikenal pasti bahawa ajal bateri motor sudah tiba ke penghujung ialah lampu depan tidak lagi dapat dinyalakan atau samar-samar, manakala hon pula tidak berbunyi atau berbunyi ‘semprit’.

2. Minyak Nyawa-Nyawa Ikan

Harga minyak yang naik dan turun sudah menjadi asam garam kehidupan di Malaysia. Tentunya ada kalangan kita yang cuma mengisi minyak sekadar cukup untuk perjalanan pergi-balik kerja saja. Maklumlah menunggu hari minyak turun supaya boleh menuang minyak dalam seliter dua (mililiter je sebenarnya).

Apabila baki minyak tinggal sedikit, antara penyelesaian terbaik ialah menggoncangkan motosikal sambil mendengar bunyi kocakan minyak yang menghentam dinding tangki. Pastikan ada cukup kudrat melakukannya kalau tidak mahu dihempap motosikal sendiri hingga mengundang kecaman pengguna jalan raya lain. Eh, kau ni dah kenapa jatuh tetiba?

 

BACA >>> Minyak Naik Lagi? Ikut 5 Tip Jimat Minyak Ini, Khas Buat Penunggang Motor Kuasa Tinggi

Alternatif lain yang boleh dilakukan ialah menggunakan lampu suluh telefon bimbit untuk melihat ruang dalam tangki minyak. Boleh juga memasukkan lidi atau ranting kayu hingga mencecah dasar tangki dan keluarkannya semula untuk memeriksa aras minyak.

3. Lubang Tangki Minyak Ada Masalah


Adakah tuan-tuan perasan tangki minyak motor kita ada lubang kecil yang fungsinya untuk bernafas? Mungkinkah lubang itu tersumbat. Jadi caranya ialah menggunakan wayar, dawai halus atau apa jua jenis pin untuk melawaskan lubang tersebut.

4. Klac Tidak Berfungsi Baik

Apabila mahu memasukkan gear, tuas klac perlu ditarik dengan betul dan sepenuhnya. Dalam banyak situasi, klac tidak dapat berfungsi dengan baik dan betul. Penyelesaian terbaik adalah betulkan transmisi dan kemudian cuba semula dalam posisi neutral.

5. Intake Tersumbat

Jika kotak angin tersekat, ini juga boleh mengundang masalah besar ketika mahu menghidupkan enjin motor. Jadi, lebih baik bahagian tersebut diperiksa bersama sistem intake dan ekzos untuk mengesan sebarang kehadiran objek tidak diundang.

6. Kabel Palam Pencucuh Longgar


Kadang-kadang kabel palam pencucuh longgar juga boleh menjadi punca utama enjin tidak dapat dihidupkan. Tetapi masalah ini tidak memerlukan bantuan mekanik dan boleh dibaiki sendiri dengan mencabut dan memasang semula kabel tersebut. Kemudian cuba semula hidupkan motosikal.

7. Suis Enjin Cut-Off

Ini juga salah satu punca motosikal tidak dapat dihidupkan disebabkan terlupa menutup butang enjin cut-off. Sesetengah model motosikal tidak dapat dihidupkan jika tidak menutup suis choke (terletak sekitar bahagian enjin atau dekat grip hendal sebelah kiri).

apa nak buat autotainment enjin motosikal motosikal roda2 tip motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    9 Comments

    1. Dekknun on 24/02/2020 10:05

      Tumpang tanya otai ii sekalian kalau enjin ex5 kita tutup lubang nyawa kat kulit yg bahagian ataih tu apa yg terjadi

      Reply
    2. amirul on 11/12/2020 23:50

      kalau lepas but top overhall kalu xpasang batri boleh hidup kee…
      mote ego s paip tangki minyak ke cuberator stret turun ke atau ad off sndri

      Reply
    3. muhammand nasrullah on 08/01/2021 18:46

      bila nk start rasa kosong macam tkda fungsi

      Reply
    4. Pali on 20/02/2021 07:43

      Moto tahun 2000 model Y125z. Bateri dah tukar baru, bila suis kunci dibuka lampu N hidup tiba-tiba terpadam apabila ditekan suis signal kanan/kiri atau suis hon. 3 minit kemudian lampu N kembali hidup dan akan mati jika kembali ditekan suis signal kanan/kiri atau suis hon.

      Reply
    5. Z on 09/03/2021 10:20

      1. CDi
      2. Coil plug
      3. Fuel coil

      Reply
    6. Mohd nazim on 28/01/2023 12:32

      Salam..tumpqng tanya ..moto sya enjin tiba2 mati sendiri walaupun tga jalan..lepas 10 ke 15 minit baru boleh hidup tpi tetap enjin mati bile tga jalan ..apa masalahnya ..time kasih

      Reply
      • Azhan O on 03/02/2023 19:39

        Mungkin masalah ignition, spark plug, atau fuel pump.

        Reply
    7. Cobaindk on 24/03/2023 13:29

      Tumpang tanya Tuan,Jenis motor EX5,nak tanya apa masalah motor jika power injin jadi lemah, sebelum ni motor boleh lari 115km,skrng nak naik 80km pun tak boleh dan susah nak hidupkan.asal hidup je injin akan mati klu tak res..
      Apa punca dan masalahnya Tuan🙏

      Reply
    8. Owner Wave on 07/02/2024 12:08

      Wave100 2005….
      Sebelum ni cemerlang je start senang hidup….
      Tiba2 2,3 hari lepas….start tak hidup…..
      Towing ke bengkel,dah tukar coil plug & bateri baru….esoknya nak start,jadi benda sama…..
      Dah cabut & pasang semula coil plug tetap tak hidup…..sengal kaki towing ke bengkel tak hilang lagi ni……

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.