Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Nak Mula Main Motosikal Off-Road? Ikut 4 Tip Ini
Autotainment

#ApaNakBuat: Nak Mula Main Motosikal Off-Road? Ikut 4 Tip Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUKAN lasak motosikal off-road (juga dipanggil motocross) sebenarnya agak berbahaya, terutama kepada mereka yang berstatus amatur atau nubis (newbies). Namun, selagi kita mengetahui had maksimum kemampuan dan memakai sut keselamatan selengkapnya, segalanya akan OK.

Operasi motor trail, dirt bike atau off-road tidaklah begitu berbeza dengan motosikal lain. Perbezaannya hanya kegunaan, iaitu motosikal off-road ditunggang secara ekstrem atas kondisi jalan yang juga ekstrem. Motosikal off-road dibikin untuk tahan lasak dan boleh dilanyak tanpa belas kasihan (asalkan tidak jatuh gaung).

Jadi kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam sukan motosikal off-road ini, jom ketahui beberapa tip asas yang perlu anda kuasai.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?

1.  JANGAN TUNGGANG SAMBIL BERDIRI

Walaupun nampak kool, aksi menunggang motosikal off-road sambil berdiri dengan memijak peg kaki adalah tidak disarankan buat nubis. Kenapa? Sebabnya, apabila kita dalam posisi berdiri, secara automatik berat badan akan tertumpu pada poin terbawah, iaitu kaki.

Anda berisiko hilang keseimbangan badan, terutama ketika melalui permukaan jalan ekstrem. Apa yang perlu dilakukan adalah duduk saja atas pelana ketika menunggang sambil dua paha mengepit tangki, manakala dua kaki memijak peg kaki seperti sepatutnya.

Cara mengepak siku tu dah betul, tapi jangan sesekali pegang hendal sebelah tangan!

Berikan ruang antara hujung tangki dan kelangkang anda, yakni lunjurkan punggung ke belakang pelana. Selain itu, lengan juga harus dibengkokkan, manakala kedua-dua siku jauh dari pinggang seperti aksi mengepak tangan.

Dalam posisi ini, penunggang akan lebih selesa dan selamat. Sekiranya berlaku kemalangan, badan tidak akan menghentam hendal.

2. SELARASKAN PECUTAN, GEAR, BREK SECARA SAMA RATA

Menunggang apapun, tiga aspek ini perlu dikuasai dengan cermat dan saksama. Ini penting untuk mengelak berlaku insiden tidak diingini seperti terpelanting dari motosikal kerana tersilap memulas terotel, menarik dan melepaskan klac atau membrek.

Jika permukaan jalan kurang rata, tungganglah dalam halaju rendah dan kekal dalam gear 2. Membreklah dengan lembut supaya tidak tersentak, sekali gus menyebabkan tergelincir atau terpelanting dari motosikal.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Bulat Jadi Trail Cub 55, Kapcai Rare untuk Penggemar Aktiviti Lasak

3. IMBANGKAN PECUTAN DAN TUBUH

Salah satu cara tepat menguasai permukaan off-road adalah guna gear rendah (1 atau 2). Terotel juga perlu dipulas cermat (bukan terus pulas habis), manakala posisi tubuh perlu responsif dan fleksibel. Dalam bahasa mudah, apabila tubuh dapat menyesuaikan diri dengan lengguk jentera, anda pasti dapat menguasai motosikal dan medan off-road setepatnya.

Ada banyak cara atau strategi untuk mengatasi cabaran off-road. Namun, sebagai nubis, anda perlu terlebih dahulu menjaga posisi pinggang. Tetapkan terotel bersesuaian dengan keperluan dan kekalkan kekuatan lengan supaya dapat mengawal keseimbangan motosikal.

4. JANGAN SHOW OFF

Jangan suka show-off atau menunjuk-nunjuk seperti seorang penunggang profesional lagaknya. Walaupun sudah lama berlatih, lebih baik merendah diri saja. Selain curam, kawasan berlumpur dan berpasir jauh lebih susah untuk ditempuhi kerana tahap kesukaran adalah lebih tinggi.

Insiden begini kerap menimpa penunggang off-road. Beringatlah!

Jadi, anda perlu memposisikan tubuh sedikit ke belakang, gunakan gear terendah dan pulas terotel dengan keras. Hal ini wajib dilakukan supaya roda depan tidak terbenam dalam lumpur atau pasir. Minimumkan juga penggunaan brek kerana lumpur atau pasir boleh menarik roda ke dalam yang menjadikan jentera anda sukar ditarik atau dikendalikan.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tukar Tayar Saiz Besar Lebih Mahal, Jejas Prestasi?
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal

SUMBER: NaikMotor

apa nak buat apanakbuat autotainment dirt bike motocross motor off road motosikal off-road off-road Tip Tunggang Off-Road
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    28/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.