Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir
Autotainment

#ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir

Azizi HBy Azizi H04/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI warga Kuala Lumpur, setiap kali hujan lebat muncul, hati pasti dirundung bimbang kerana memikirkan masalah banjir yang mungkin datang. Apa paling dirisaukan bukan saja masalah kesesakan teruk, tetapi juga risiko kenderaan mereka mungkin ditenggelami banjir.

Kalau kereta sudah dimasuki air sampai ke dalam ruang kabin, apa boleh buat. Terpaksalah pasrah dan berdoa. Namun, ada beberapa ikhtiar yang boleh dilakukan dengan harapan kereta kita masih dapat dipulihkan dan beroperasi seperti sedia kala.

Ikut 9 tip di bawah ini:

1. HUBUNGI SYARIKAT INSURANS

Perkara pertama harus dibuat, hubungi syarikat insurans. Ada insurans menawarkan perlindungan banjir dalam pakej komprehensif, tetapi ada yang mengenakan caj tambahan berasingan. Apapun, sila tanya pegawai khidmat pelanggan insurans anda.

Sekiranya tiada, anda masih ada peluang meminta khidmat menunda kereta anda ke bengkel. Ini servis standard yang biasa ditawarkan semua syarikat insurans, tetapi berbeza mengikut jarak tundaan dibuat.

 

2. JANGAN HIDUPKAN ENJIN

Antara kesilapan besar dilakukan pemandu adalah cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci kereta sebaik saja selepas abnjir reda. Cubaan ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan lebih teruk yang menelan kos baik pulih lebih mahal. Ikut langkah-langkah betul di bawah.

3. KENAL PASTI KEDALAMAN KERETA TENGGELAM

Selepas banjir surut, lumpur dan selut akan meninggalkan garis air pada bahagian luaran dan dalaman kereta. Syarikat insurans akan menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda. Kos baik pulih akan lebih tinggi jika kereta ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka.

Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta anda biasanya masih selamat untuk dibaik pulih.

4. KERINGKAN KABIN KERETA

Garis lumpur dan selut hanya berguna untuk menilai tahap kenderaan ditenggelami air. Namun, kita tidak tahu seberapa banyak air yang masih ada dalam kereta. Jadi, pintu dan tingkap perlu dibuka, serta letakkan tuala atas lantai untuk mengesan sebarang kehadiran air dalam kabin.

Ini juga membantu anda menggantikan barangan yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu, dan pelapik kerusi. Ingat, kerosakan itu mungki n turut dilindungi polisi insurans komprehensif anda.

5. PERIKSA MINYAK DAN  PENAPIS UDARA

Jika nampak titis air pada dipstik (atau tolok minyak) atau paras minyak enjin tinggi, atau terdapat air dalam penapis udara, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin.

Terus tunda kereta ke bengkel untuk menyingkirkan air dan menukar minyak enjin, termasuk bendalir lain. Jika mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi pastikan semua komponen enjin kering.

6. PERIKSA SEMUA BENDALIR

Sistem bahan api pada model kereta baharu biasanya ditutup rapi, tetapi komponen itu pada model lama mungkin perlu dikeringkan. Brek, klac,  stereng kuasa, dan tangki pendingin (coolant) perlu diperiksa supaya tiada pencemaran.

Sekali lagi, tugas memeriksa ini sepatutnya dilakukan mekanik bertauliah. Lebih elok jika kereta ditunda ke pusat servis rasmi untuk dilakukan diagnosis menyeluruh.

7. PERIKSA SEMUA SISTEM ELEKTRIK

Kemudian, periksa semua sistem elektrikal. Pulas kunci pencucuh atau cara lain untuk menghidupkan kereta. Periksa setiap komponen elektrik satu persatu daripada lampu depan, signal belok, penyaman udara, stereo, kunci kuasa, tingkap dan kerusi, dan lampu kabin.

Jika anda perasan sebarang kekurangan seperti kelancaran enjin dan anjakan gear, itu mungkin menandakan berlaku masalah elektrikal. Segera hantar ke mekanik, dan ingat, kereta anda mungkin dilindungi insurans.

8. PERIKSA RODA DAN TAYAR

Sebelum memandu, cari kesan lumpur dan selut yang mungkin terkumpul sekitar roda, brek, dan bawah kereta. Malah, kesan lumpur yang sudah mengeras, atau ranting kecil boleh menyebabkan kereta bergegar ketika memecut. Jika perlu, ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim dengan berhati-hati.

9. ISYTIHAR ‘TOTAL LOSS’ KALAU TIDAK YAKIN MAMPU BAIK PULIH KERETA

Kereta ditenggelami banjir boleh mengalami masalah berbulan atau bertahun lama selepas kejadian. Jika yakin bengkel tidak dapat membaik pulih sebaiknya, mungkin boleh meminta syarikat insurans menimbang untuk mengisytiharkan kereta anda sebagai rugi penuh (total loss).

Selain memerlukan kos baik pulih tersembunyi yang tinggi, pengisytiharan total loss mungkin dapat menyelamatkan anda daripada sakit kepala.

Info Kereta Terpakai

Ada banyak kes longgokan kereta dijual semula selepas berlaku masalah banjir di satu-satu tempat. Sebelum beli kereta terpakai, periksa dulu sejarah kenderaan tersebut. Jika ia dipindahkan dari negeri yang terkesan akibat banjir, kemungkinan besar penjual cuba mengelak kerosakan akibat banjir.

SUMBER: LiveAbout.com
apa nak buat autotainment Banjir Kilat Kereta Banjir Kereta Masuk Air Kereta Tenggelam Air Kereta Tenggelam Banjir
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.