Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Indikator Brek Tangan Menyala Tak Padam-Padam?
Autotainment

#ApaNakBuat: Indikator Brek Tangan Menyala Tak Padam-Padam?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUATU malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Shah Alam ke Subang lebih kurang jam 11 malam saya terperasan indikator brek tangan menyala pada panel meter.

Namun, brek tangan sudah pun dilepaskan. Terus saja mata yang layu jadi segar bugar sambil hati berkata; “Dia main lampu pula gaiss… Menyala gaiss!” Entah bila menyala pun saya tidak tahu, tetapi saya teruskan saja memandu macam biasa.

Saya cuba bertenang. Saya perhatikan lagi, memang brek tangan sudah diturunkan dengan sempurna. Saya cuba periksa pedal brek, alhamdulilah masih berfungsi. Jika berada dalam situasi begini jangan cemas. Hanya ada dua kemungkinan iaitu:

  1. Minyak brek di paras rendah.
  2. Master brek pam rosak, iaitu berlaku kebocoran.

Namun, dalam kes yang saya hadapi, mekanik mendakwa pad brek kereta haus. Saya tidak dapat mengesan masalah tersebut kerana tiada sebarang tanda dikesan, misalnya bunyi sebagai tanda awal pad brek perlu ditukar baharu. Situasi berkenaan berlaku apabila ketebalan pad brek melepasi tahap minimum. Maknanya, pad brek saya nipis.

BACA >>> Brembo GP4-MS – Kaliper Brek MotoGP Kini untuk Versi Atas Jalan

Disebabkan ketebalan pad brek kurang, paras minyak brek akan menurun yang turut mempengaruhi kuantiti dalam reservoir. Dalam situasi normal, paras minyak brek memang akan berkurangan, tetapi tidaklah sebanyak jika pad brek sangat nipis.

Penyelesaiannya, tukar pad brek baharu dan isi semula minyak brek.

Kebarangkalian kedua yang perlu diperiksa, mungkin sistem brek bocor. Situasi ini boleh terjadi disebabkan hos brek, kaliper brek (cakera), silinder roda brek (dram) atau master silinder.

BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Patut Tukar Pad Brek?

 

Jika mengesan ada ‘basah’ pada sambungan hos brek, itulah tanda berlaku kebocoran. Segera baiki jika tidak mahu berdepan situasi luar jangka seperti kegagalan sistem brek ketika memandu. Selain itu, anda juga boleh periksa tuil brek tangan.

Anda juga boleh cuba menguji brek tangan dengan cara menarik tuil berkali-kali seperti mengepam (tanpa melepaskan punat brek tangan) ketika memandu. Cuba juga periksa adakah punat brek tangan masih berfungsi dengan baik atau sudah rosak.

BACA >>> Tayar Sotong, Tiada Brek Punca Nahas Honda CBR150R, Nyaris Tercampak Masuk Gaung

apanakbuat brek Brek Parkir Elektrik (EPB) brek tangan Indikator Brek Tangan Menyala pad brek Tukar Pad Brek
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    28/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026

    1 Comment

    1. Mohd shanhreend on 19/05/2020 08:07

      Salam.tuan.kereta saya bila waktu pagi bila turun bukit saya tekan break dia bunyi bising.tapi bila dah lama sikit hilang bunyi.disc brake dah tukar..pomen cakap nak grind rata tak boleh..mohon penjelasan

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.