Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
Autotainment

#ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/03/20208 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBARANG simbol yang menyala pada panel meter kereta tidak boleh dipandang ringan. Sama macam manusia, kereta pun ada ragam tersendiri. Jadi sebagai pemilik, anda sepatutnya peka dengan jenis simbol tersebut yang berfungsi sebagai indikator masalah kereta.

Antara indikator yang selalu menimbulkan kerisauan dan kegelisahan ialah simbol bateri. Ini kerana bateri ialah komponen penting dalam sistem penjanaan enjin kereta. Kekerapan simbol bateri menyala sebenarnya bergantung kepada cara anda menyenggara komponen kuasa itu.

Indikator bateri menyala tidak semestinya menandakan jangka hayat bateri sudah di hujung nyawa, tetapi boleh jadi disebabkan masalah seperti berikut:

  • Sistem pendawaian kuasa
  • Alternator
  • Fius
  • Simpanan kuasa bateri

Bagaimanakah hendak memeriksa dan mengenal pasti masalah tersebut?

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Elak Bateri Kereta ‘Kong’ Tiba-Tiba?

1. INDIKATOR BATERI KELIP-KELIP

Simbol bateri berkelip-kelip menandakan terdapat masalah pada sistem sambungan wayar dari alternator ke bateri. Periksa kondisi wayar yang disambungkan. Adakah terlalu KETAT atau LONGGAR? Jika longgar, ketatkan. Masalah ini kerap berlaku bawah fius di tepi bateri.

1.1. JIKA IKATAN WAYAR TERLALU KETAT?

MASALAH: Sambungan wayar mungkin reput dan berkarat kerana sudah berusia. Wayar akan jadi sangat panas kerana menahan arus elektrik tinggi hingga mencapai tahap maksimum 80amp ke dalam bateri. Ditambah wap yang terhasil daripada bateri, proses pereputan helaian wayar berlaku cepat hingga kuasa alternator tidak stabil.
PENYELESAIAN: Kikis dan bersihkan hujung wayar sampai berkilat. Kemudian, sambungkan hujung wayar itu dengan kepala pengikat kaki fius 80amp menggunakan besi pateri (soldering iron). Ini lebih selamat dan kuat. Lepas siap dipateri, tutup dan lilit kembali kotak fius dengan pita supaya kemas.

1.2. JIKA IKATAN WAYAR LONGGAR?

MASALAH: Ikatan wayar dalam kotak fius 80amp longgar boleh menjejaskan kestabilan arus elektrik yang menyebabkan indikator bateri berkelip-kelip.
PENYELESAIAN: Ketatkan skru penyambung antara wayar dan kaki fius.

1.3. KEPALA BATERI LONGGAR

MASALAH: Kepala bateri yang tidak diikat sempurna juga boleh menyebabkan indikator bateri berkelip. Kepala bateri bahagian bumi (grounding) jika tidak diikat kuat akan menyebabkan masalah seperti radio kurang dapat signal atau berbunyi desir.
PENYELESAIAN: Ketatkan skru kepala bateri di bahagian grounding.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Panjangkan Hayat Bateri Sel Basah


2. INDIKATOR BATERI MENYALA SELEPAS ENJIN DIHIDUPKAN

Ini menunjukkan kuasa kereta anda sedang mengalami kerosakan kekal. Periksa setiap komponen untuk mengesan punca kerosakan tersebut. Berikut langkah pemeriksaan yang boleh dibuat:

  • ALTERNATOR: Tanggalkan sambungan bateri tanpa perlu mematikan enjin, Jika enjin masih terus hidup, maka alternator masih baik. Jika enjin terus mati, alternator anda rosak.
  • FIUS: Kerosakan fius dapat dilihat dengan mata kasar. Anda boleh lihat jika wayar halus yang menjadi penyambung sudah putus.
  • BATERI: Guna multimeter, seeloknya jenis digital supaya mudah dibaca. Paling mudah, pergi kedai bateri dan minta mekanik periksa. Jangan lupa tanya berapa peratus kuasa bateri masih ada, dan minta dia tunjukkan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?

SUMBER: KhairulAzman

apa nak buat autotainment punca lampu simbol bateri kereta menyala simbol bateri menyala tahukah anda tentang bateri kereta tip kereta
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026

    8 Comments

    1. Redha on 21/08/2020 00:15

      Kereta proton gen2 saya mengalami simbol bateri meyala terus selepas enjin dihidupkan. Saya dah buat cabut sambungan alternator semasa enjin hidup, periksa fius semua ok. Tapi simbol tu tetap menyala. Hampir 2 tahun saya guna kereta simbol bateri menyala. Masalah menggangu pandangan mata bila tgk simbol tu.

      Reply
    2. CHAIRUL AKBAR on 22/01/2022 19:44

      Proton saga flx, lampu battery berkedip bila setiap tukar battrry baru, menyala bila signal kiri atau kanan on, blower akan naik turun mengikut rentak signal

      Reply
    3. Ezadshah on 28/06/2022 10:19

      Selepas saya tukar bateri lampu bateri tu kerap berkelip kelip. Kadang kadang ada kadang xdo..adakah bateri tersebut kurang baik..alternatir last year sudah tukar

      Reply
    4. Nizam on 06/02/2023 08:31

      Assalamualaikum dah tau punca ke masalah saya sama dengan kereta tuan.boleh share x AP masalah.

      Reply
    5. perodua ipoh on 09/07/2023 01:24

      terima kasih dan sangat membantu

      Reply
    6. ISMAIL BIN SAMAT on 11/07/2023 12:38

      Simbol bateri menyala jika saya terus memandu adalah ianya boleh merosakan enjin atau bateri

      Reply
      • Azhan O on 01/09/2023 10:16

        Tak. Cuma ada risiko kereta berhenti tiba2

        Reply
    7. Nabil (bukan nama sebenar) on 25/10/2024 16:54

      Proton exora cps, lampu bateri menyala malap.. kalau jalan rpm tinggi, lampu xmenyala..rpm rendah menyala malap balik..kadang2 jek menyala terang waktu berhenti traffic light.. alternator dah tukar 2bulan lepas..lepas tu jadi balik.. cabut bateri,engine hidup.. fuuhhh..pening.. sbb pernah bateri low,xboleh start..dah la timing rendah..tengah berhenti kat roundabout,engine mati lepas tu xboleh start dah..sbb bateri low.. bateri xsampai 1tahun lg.. pening..pening…😭

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.