Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Hon Motor Tak Berbunyi, Apa yang Perlu Diperiksa?
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Hon Motor Tak Berbunyi, Apa yang Perlu Diperiksa?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/07/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JARANG mat motor mahu bersembang pasal hon, tetapi kalau hon sudah jem memang menyakitkan hati juga. Bayangkan nak hon ajak member pergi lepak mamak pun tak boleh. Ye lah, dia membuta serupa sudah meninggal dalam rumah, telefon pula haram tak dengar. Itu belum lagi dilema nak hambat lembu melintas lenggang kangkung menyeberang jalan. Rider kampung katakan… Hmm…

Walaupun pengguna jalan raya Malaysia terkenal dengan sikap berbudi bahasa kerana jarang sekali membunyikan hon, tetapi selalu juga hon dijadikan alat memaki kenderaan lain. Lebih-lebih lagi jika terserempak mereka yang menukar, memotong atau memasuki lorong kita tanpa beri lampu signal.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Terjadi Kalau Sengaja Tidak Mahu Guna Bateri Motosikal?

Kalau hon sudah jahanam, boleh saja digantikan baharu. Tetapi, sebelum itu apa kata periksa dulu punca kenapa komponen kecil berbunyi kuat itu tidak berfungsi:

1. PERIKSA BATERI, LEMAH ATAU TIDAK?

Hon mendapat kuasa daripada bateri dan jika bateri lemah, bunyi yang terkeluar akan kedengaran begitu sayup atau langsung tidak berbunyi. Sesetengahnya berbunyi sempit dan terkepit seperti itik dicekik lehernya.

Apapun, mujurlah ada hon kerana antara tanda-tanda bateri lemah ialah hon motor kita tidak berbunyi selain lampu jadi tidak terang dan sukar hendak menghidupkan enjin.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Terjadi Kalau Sengaja Tidak Mahu Guna Bateri Motosikal?

2. PERIKSA KABEL/WAYAR

Periksa kabel yang disambungkan ke hon. Secara umum, hon terdiri daripada dua kabel iaitu elektrik dan massa. Kalau salah satu atau kedua-duanya tercabut atau rosak, itulah punca hon tidak berbunyi.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Laraskan Brek Dram Motosikal di Rumah

3. PERIKSA BOLT PLATINUM

Tidak hanya kabel, bolt platinum yang terletak di belakang hon juga boleh jadi punca. Posisi bolt yang berubah kerana penggunaan motor atau bengkok boleh menyebabkan hon tidak berbunyi. Jadi buka skru kunci dan pusingkan bolt dengan spanar supaya kembali semula pada posisi asal. Setkan bolt ketika menekan butang hon.

4. PERIKSA SUIS

Bahagian akhir harus diperiksa ialah kondisi suis hon pada hendal. Fungsi punat hon boleh terjejas jika ada kotoran atau karat. Cabut perumah punat daripada hendal motor dan bersihkan dengan kertas pasir halus atau cecair anti-karat.

BACA >>> Hong Leong Bank Tawar Pembiayaan Mudah untuk Kedai Motor PKS Bernilai RM5j

SUMBER: Suzuki.co.id

apa nak buat apanakbuat hon hon motor Hon Motosikal Hon Tidak Bunyi roda2 tip motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026

    5 Comments

    1. Ashraf on 27/05/2020 15:50

      SAYA TA PAHAM DENGAN AYAT NIE, BOLEH TERANG KAN SIKIT DENGAN LEBIH TERPERINCI ?

      “Posisi bolt yang berubah kerana penggunaan motor atau bengkok boleh menyebabkan hon tidak berbunyi. Jadi buka skru kunci dan pusingkan bolt dengan spanar supaya kembali semula pada posisi asal. Setkan bolt ketika menekan butang hon”

      Reply
      • AO on 29/05/2020 11:18

        Bolt ni pengikat skru untuk ketatkan unit hon. Make sure ketatkan dengan baik.

        Reply
    2. razali on 15/07/2020 12:07

      kalau horn berbunyi sendiri semasa bawak motor rosak apa ye ?

      Reply
    3. Penn on 12/08/2020 16:04

      HI…Selalu kedai caj berapa ye utk baiki hon … Kalau tukar battery berapa ye

      Reply
    4. Adi jula on 06/05/2024 21:47

      Itu kena panggil bomoh untuk scanning

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.