Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar ‘Coolant’ Kereta
Autotainment

#ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar ‘Coolant’ Kereta

Abang HirataBy Abang Hirata22/12/201819 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NEGARA kita kini sudah menghampiri musim panas, dan cuaca agak kering. Bagi menyejukkan badan, kita biasanya akan minum air sejuk. Jika mahu lebih lagi, kita pesan pula aiskrim atau air batu campur – ABC. Boleh juga layan laicikang, cendol atau air Katira atau…. Mmm, dahaga pula tekak ini.

Bercerita tentang menyejukkan benda panas, tahukah anda bagaimana enjin kereta yang panas itu disejukkan? Jawapannya, mungkin sudah diketahui mereka yang arif, tetapi jika kurang faham, enjin kereta disejukkan sistem radiator.

Komponen itu terletak di sebalik bampar dan semua kereta (kecuali kereta klasik) tidak kira sama ada berharga puluhan ribu atau jutaan ringgit mempunyai radiator sendiri untuk menyejukkan enjin. Komponen penyejukan enjin pula terdiri daripada beberapa sub komponen seperti kipas, pam air, termostat dan bahan paling utama – air.

LAKUKAN BILA-BILA MASA

Kereta masih tiada apa-apa kalau tiada minyak, tetapi jika tangki radiator kosong, kereta anda boleh rosak teruk dengan menelan kos baik pulih yang tinggi. Jadi, apabila terdengar perbualan supaya ‘check air’ antara tuan kereta dan mekanik, itu bermaksud mekanik disuruh supaya memeriksa paras atau keadaan air dalam tangki simpanan kecil warna putih, atau dalam takungan radiator.

Mahu nampak lebih advanced, ada pula minta check coolant (penyejuk), merujuk kepada cecair berwarna yang dimasukkan bersama air ke dalam radiator supaya penyejukan enjin lebih cekap.

Tugas memeriksa air atau coolant (bendalir penyejuk) boleh dilakukan sendiri (DIY) pada bila-bila masa, terutama jika sudah lama tidak diperiksa. Bagi mereka yang berminat buat sendiri, kami bawakan kepada anda 14 langkah DIY mudah tentang bagaimana menukar cecair coolant enjin.

Semua langkah-langkah di bawah ini dikongsikan Mohd Farhan Alias yang sebelum ini pernah berkongsi 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM dengan pembaca semua.

DIY TUKAR CECAIR COOLANT

Apabila ada masa lapang, cuba periksa kondisi cecair coolant yang boleh berubah warna asal (merah, hijau, biru) dan jadi lebih cair. Jika itu berlaku, anda disarankan supaya mencuci keluar (flushing) cecair itu. Proses berkenaan boleh dianggap sebagai antara usaha penyenggaraan awal atau preventive maintenance.

Sebagai makluman, penggunaan cecair coolant yang baik dapat memanjangkan jangka hayat enjin anda. Berikut ialah 14 langkah DIY mudah tentang bagaimana menukar cecair coolant enjin:

1. Buka bonet. Pastikan enjin sejuk terlebih dahulu. Kalau tersilap buat, boleh melecur!
2. Pulas penutup radiator untuk membuka.
3. Periksa kondisi cecair. Dalam kes ini, memang tiada campuran cecair coolant. Apa yang tinggal hanya air.
4. Cari tangki simpanan air berwarna putih. Buka penutup.
5. Tarik tangki keluar. Perlukan sedikit tenaga sebab biasanya agak ketat.
6. Cuci tangki dengan air atau berus supaya keladak dikeluarkan. Guna pasir pun boleh. Goncangkan hingga keluar.
7. Cari penutup bagi mengeluarkan air terkumpul. Biasanya terletak di bawah radiator. Penutup Saga BLM terletak di bawah sebelah kanan. Buka guna tangan. Gunakan playar kalau ketat.
8. Air akan keluar daripada radiator. Biarkan sampai habis.
9. Apabila air habis dikeluarkan, julurkan paip getah ke dalam tangki radiator dan alirkan air. Pada masa sama, hidupkan enjin supaya pam air berfungsi. Biarkan dua minit.
10. Air sedang mengalir keluar daripada bawah tangki. Kemudian, tutup pili air dan biarkan habis hingga kering.
11. Jangan hilangkan penutup ini. Tutup semula bahagian bawah radiator dengan kemas. Jangan terlalu ketat hingga rosakkan alur skru.
12. Isi cecair coolant. Cecair ini boleh dibeli di pusat servis, stesen minyak atau kedai alat ganti kenderaan.
13. Masukkan air dan cecair coolant dalam nisbah 50:50.
14. Tutup semula penutup radiator. Pasang semula tangki simpanan. Tambah cecair coolant dalam tangki simpanan kepada takat maksimum. Siap! Selepas selang dua atau tiga hari, periksa sekali lagi tahap cecair coolant dan air. Tambah jika perlu.
autotainment cara tukar cecair penyejuk kereta cara tukar coolant DIY Roda4 tip automobil tip mudah tip senggara
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

    30/03/2026

    19 Comments

    1. man tompok on 28/02/2017 09:02

      terima kasih..

      Reply
    2. Lampam on 01/03/2017 08:59

      Step 9 hidupkan enjin.

      Tak perlu matikan semula?

      Reply
      • abang waja on 26/12/2017 17:39

        Rasanya lepas dah setel bersihkan radiator boleh matikan enjin balik. Then tutup pili air. Ikut common sense je ni

        Reply
    3. Somad on 22/03/2017 08:52

      Good info. Jelas dan bergambar mudah untuk DIY. Kalau ada yang lain cara servis apa2 pun elok juga tuan kongsi di sini.

      Reply
    4. Azhar on 27/03/2017 00:49

      Saga flx perlukan berapa liter coolant? Cth sy nk pakai coolant toyota tu, mmg perlu cmpurkn dgn nisbah air atau x perlu? Terime kasih.

      Reply
      • alfaizal on 13/01/2019 12:30

        masukkan sebotol hbis lepas tu topup air batery..air batery air suling semula jadi..air bersih tanpa chemical tambhan

        Reply
        • zac adli on 22/01/2019 01:25

          masukkan sebotol coolant , lepas tu topup distilled water sampai penuh? betul ke mcm ni? radiator saga flx ni berapa jumlah liter untuk penuh?

          Reply
    5. din on 20/08/2017 16:18

      berapa liter coolant harus digunakan utk m.pv yg cc n ya 2000 keatas?.saya pakai utk innova sebanyak 2 lt,

      Reply
    6. Jaafar on 26/12/2017 01:30

      Terima kasih.sangat bermanfaat

      Reply
    7. Adam on 05/05/2018 09:11

      Agak2 berape liter coolant utk Satu kete?

      Reply
      • alfaizal on 13/01/2019 12:29

        sebotol je bang

        Reply
    8. pendekar-laut on 21/08/2018 10:20

      cara ni x complete & ade risiko temperature akan naik turun (x stabil).. klo da bkk skru butterfly bwh radiator tu, kene buat bleeding.. utk buang angin/udara dlm hos..

      Reply
      • alfaizal on 13/01/2019 12:28

        tau xpe..kena buat bleading air dulu..mgkin admin lupa kot…hahaha

        Reply
        • usen on 19/07/2019 14:15

          mcm mana cara nk buat bleading tu ye??

          Reply
    9. alfaizal on 13/01/2019 12:28

      klu rajin masa nk isi air dgn coolant tu..buat la bleading air dulu..keluarkan angin2 dlam radiator..bukan susah mana pun..start engine smpai engine panas kipas pusing 2,3kali…air akan kurang pastu tunggu angin keluar pastu topup lagi…

      Reply
    10. amir on 17/01/2019 12:16

      nak tanya klau air coolent saya diisi dan surut dgn serta merta apa punca dia. adakah sebab kebocoran.

      Reply
    11. wan on 30/03/2019 22:18

      apabila kurang Air coolant dlm kotak simpanan tu,boleh x isi shj coolant?

      Reply
    12. Zuhairi on 14/07/2020 11:15

      Coolant tu di isi tempat tangki air spair atau dlm radiator

      Reply
    13. Bob on 09/12/2020 18:35

      Klau saya letak air shaja dalam coolant tu boleh ke?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.