Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Cara Betul Pilih, Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)
Autotainment

#ApaNakBuat: Cara Betul Pilih, Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)

Azizi HBy Azizi H01/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JARANG statistik kemalangan jalan raya menunjukkan angka penurunan. Apa membimbangkan adalah peningkatan jumlah kematian dalam kalangan bayi dan kanak-kanak yang sepatutnya dapat dikurangkan jika ibu bapa mengambil langkah proaktif memasang kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

Ada pelbagai jenis kerusi CRS dijual di pasaran yang mana pemilihan produk sesuai dan cara pemasangan tepat adalah sangat penting untuk keselamatan si kecil.

Pemasangan kerusi CRS memerlukan komponen sokongan seperti tali keledar 3-poin, ISOFIX dan pautan atas (top-tether). Mari kita huraikan secara terperinci mengenai cara pemilihan dan pemasangan kerusi CRS yang betul.

BACA >>> Kerusi Kereta Kanak-Kanak, Pelaburan Keselamatan Demi yang Tersayang

1. PILIH KERUSI CRS IKUT KATEGORI KANAK-KANAK

Berdasarkan Peraturan UN R44 atau R129, kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 135cm ke bawah diwajibkan menggunakan kerusi mengikut tahap ketinggian dan berat. Penggunaan dan pemasangan pula perlu merujuk manual kerusi CRS itu dan rekomendasi pengeluar.

Rujuk gambarajah di bawah supaya lebih jelas:

2. LAIN JENIS KERUSI CRS, LAIN CARA PASANG

Jenis pemilihan kerusi CRS turut mempengaruhi cara pemasangan yang berbeza. Bagaimanapun, komponen sokongan kekal sama seperti dijelaskan paragraf pengenalan di atas tadi.

i) Kerusi Hadap Belakang
  • Kerusi CRS untuk penumpang kumpulan 0/0+ mesti diletakkan dan dipasangkan menghadap ke belakang (rujuk gambar).
  • Kerusi CRS hadap belakang TIDAK BOLEH diletakkan di kerusi depan yang ada beg udara aktif atau jika tiada suis nyah aktif beg udara.
  • Anda boleh letak di kerusi depan jika tiada beg udara ATAU boleh dimatikan fungsi.
  • Mesti guna pengikat (harness) 3- atau 5-poin untuk penumpang kumpulan 0/0+ mengikut jenis kerusi CRS.
ii) Kerusi Hadap Depan
  • Digalakkan letak kerusi CRS depan di tempat duduk belakang.
  • Jika perlu letak di depan, laraskan kerusi ke belakang pada posisi paling jauh dari beg udara (ikut manual kenderaan).
  • Mesti guna pengikat 5-poin yang datang bersama kerusi CRS Kumpulan 1, Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 (anggaran berat 9-36kg), mengikut lubang tali keselamatan disediakan.
3. PASANG IKUT BARIS TEMPAT DUDUK DALAM KENDERAAN

Garis panduan ini untuk menjelaskan penggunaan kerusi CRS pada kenderaan penumpang dengan tiga baris tempat duduk seperti kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) atau kereta jenis wagon.

Tempat paling sesuai memasang kerusi CRS pada kenderaan jenis ini ialah di bahagian kerusi penumpang belakang yang selari kerusi penumpang depan.

i) Baris Pertama

Bagi kerusi CRS hadap belakang, umumnya tidak dibenarkan letak di tempat duduk paling depan atau baris pertama KECUALI dalam situasi berikut:

  • Tiada beg udara penumpang depan
  • Ada suis nyah aktif beg udara sama ada manual atau automatik (seperti foto atas)

Kerusi CRS hadap depan boleh diletakkan di kerusi depan yang seeloknya dianjakkan ke posisi paling belakang.

ii) Baris Kedua

Bagi kenderaan keluaran 2015 dan ke atas, ada minimum dua sistem ISOFIX di kerusi kiri dan kanan dengan ciri pautan atas (top-tether).

  • Kerusi CRS hadap belakang dan depan dibenarkan dipasangkan pada kerusi di baris kedua.
  • Ada dua cara pemasangan, iaitu guna sistem ISOFIX atau tali keledar 3-poin.
  • Tali keledar 2-poin tidak dibenarkan digunakan untuk memasang kerusi CRS kerana tidak menepati spesifikasi pemasangan semua jenis kerusi CRS yang diluluskan.
iii) Baris Ketiga

Tempat duduk baris ketiga dan seterusnya bagi kebanyakan kenderaan hanya dilengkapi tali keledar 3-poin.

  • Kerusi CRS hadap belakang dan depan dibenarkan dipasangkan pada tempat duduk baris ketiga.
  • Kerusi CRS hadap depan perlu ada jarak sekurang-kurangnya 55sm, antara penyandar depan dan penyandar belakang kerusi.
  • Tali keledar 2-poin tidak dibenarkan digunakan bagi pemasangan kerusi CRS kerana tidak menepati spesifikasi pemasangan semua jenis kerusi yang diluluskan.
4. IKUT BILANGAN PENUMPANG

Garis panduan ini juga sangat penting untuk dituruti semua ibu bapa dan penjaga mengenai cara menyusun kanak-kanak mengikut bilangan dan usia mereka.

Kenderaan di atas ini hanya dapat menempatkan maksimum empat penumpang kanak-kanak.

Kenderaan di atas ini hanya boleh menempatkan maksimum enam penumpang kanak-kanak.

Kenderaan di atas ini pula dapat memuatkan maksimum tujuh penumpang kanak-kanak.


CARA PASANG GUNA ISOFIX ATAU TALI KELEDAR

Contoh pautan top-tether pada belakang penyandar kerusi
Kerusi CRS dengan pautan ISOFIX.

Sistem ISOFIX dan tali keledar ialah komponen pautan atau penambat yang digunakan untuk mengikat kerusi CRS pada tempat duduk. Berbanding diikat menggunakan tali keledar semata-mata, kerusi CRS yang dipautkan pada sistem ISOFIX dan top-tether adalah lebih kukuh dan kuat, sekali gus memberikan lebih keselamatan kepada kanak-kanak.

i) Guna Sistem ISOFIX

Sistem ISOFIX berfungsi memastikan kerusi CRS dapat diikat kukuh supaya tidak bergerak dan berputar sekiranya berlaku perlanggaran. Sistem ini boleh digunakan dalam dua cara:

  • Pautan ISOFIX dengan penambat atas (top-tether)
  • Pautan ISOFIX dengan kaki penahan

Pautan ISOFIX perlu dipasangkan sempurna pada kedua-dua sisi. Penambat top-tether disediakan di bahagian berbeza mengikut jenis model kenderaann seperti di belakang kerusi, atau bumbung.

Kerusi perlu diikat kemas pada penambat top-tether yang sesetengahnya disediakan indikator untuk menunjukkan sudah diikat kemas. Bagi kerusi CRS dengan kaki penahan pula perlu dilaraskan supaya tidak bergerak (foto atas).

ii) Guna Tali Keledar

Kaedah pemasangan tali keledar perlu dirujuk kepada manual produk itu dan label panduan pemasangan yang terdapat pada kerusi CRS tersebut. Ini kerana setiap produk kerusi CRS ada laluan pemasangan tali keledar berbeza.

SUMBER: MIROS

apa nak buat autotainment Baby Seat child seat Kerusi kanak-kanak Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.