Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bagaimanakah Elak Bateri Kereta ‘Kong’ Tiba-Tiba?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Elak Bateri Kereta ‘Kong’ Tiba-Tiba?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/11/20188 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BATERI kereta boleh rosak dengan pelbagai cara. Bateri, seperti komponen kereta lain juga memerlukan penyelenggaraan supaya tidak mudah rosak dan mampu bertahan lama. Faktanya, walaupun anda menjaga enjin dengan baik, tetapi jika bateri rosak, enjin yang baik itu pun tidak dapat hendak dihidupkan.

Bateri yang rosak pada waktu pagi memang menyakitkan hati, apatah lagi kalau berlakukan ketika mahu pergi kerja. Justeru, wajib setiap pemilik kereta menyelenggara kondisi bateri kereta masing-masing supaya sentiasa berada pada tahap terbaik.

BACA >>> 5 Perkara Penting Tentang Bateri Kereta yang Perlu Anda Tahu

Bateri rosak juga antara faktor utama kepada sekian banyak insiden kereta tersadai di tepi jalan. Sebenarnya ada tip yang boleh anda ikut untuk mengelak masalah bateri kereta rosak tiba-tiba.

1. TERUSKAN MEMANDU

Bateri lebih kerap berada dalam tegangan tinggi untuk pemanduan jarak dekat. Ini kerana enjin dan komponen alternator tidak mampu atau tidak sempat mengecas semula bateri kepada kapasiti sepatutnya. Cuba lakukan perjalanan lebih jauh untuk memberi peluang kepada kereta mengecas semula bateri tersebut. Ataupun gunakan pengecas bateri luaran seperti yang ada di  bengkel kereta.

2. SENTIASA MATIKAN KENDERAAN SEPENUHNYA

Kebanyakan kereta moden hari ini dilengkapkan teknologi penyuraian tenaga.  Jika enjin dibiarkan dalam posisi ignition on tanpa dihidupkan sepenuhnya, bateri boleh ternyahcas dengan pantas. Lampu dan pemanas (kereta luar negara) juga menjadi ancaman terbesar kepada bateri, begitu juga port USB atau bekalan 12V yang mampu menyahcas bateri dengan lebih cepat.

BACA >>> Cara-Cara Jumper Bateri Kereta Dengan Betul & Selamat

Kesilapan atau kecuaian membiarkan lampu terbuka semalaman memang sudah diketahui umum sebagai punca utama kereta tidak dapat dihidupkan pada keesokan hari. Mesti sentiasa fokus dan jangan leka.

3. KURANGKAN TEGANGAN

Memijak klac bagi pemilik kereta manual ketika menghidupkan enjin mampu membantu mengurangkan tegangan bateri. Selain mengurangkan beban kerja menghidupkan enjin, cara ini juga mengurangkan beban ke atas bateri kereta.

4. PERIKSA BATERI

Sentiasa periksa bateri kereta ketika membuka bonet bagi mengenal pasti jika ada bahagian berkarat. Atau hantar saja diperiksa mekanik. Jika baru beli kereta terpakai, periksa manual untuk memastikan pemilik lama menggunakan jenis bateri betul untuk kereta tersebut. Bateri lama sudah semestinya perlu ditukar dengan bateri baharu.

5. PERIKSA SISTEM LAIN BERKAITAN BATERI

Jika masih ragu-ragu, gunakan bantuan pakar untuk memeriksa alternator, sistem penghidup, dan sistem pengecas untuk kereta dan bateri. Jika komponen itu sudah tidak dapat berfungsi baik, bateri berisiko terlebih cas, kurang cas atau tidak dapat dicas langsung. Semua faktor itu turut mempengaruhi jangka hayat bateri kereta.

6. SERVIS KERETA

Kenderaan yang tidak diselenggara baik juga dapat memberikan tegangan ke atas bateri, termasuk tayar yang tidak bergerak tanpa tekanan angin mencukupi hingga enjin yang dipaksa bekerja melampau batas. Kondisi bateri kereta lebih baik dalam persekitara panas berbanding sejuk.

7. KENALI TANDA AMARAN

Bunyi asing seperti ‘klik’ ketika menghidupkan enjin, paparan jam atau maklumat pada kluster meter semakin malap atau enjin berputar perlahan ketika dihidupkan ialah antara tanda amaran bateri sudah semakin lemah sebelum rosak sepenunnya.

8. JANGAN TERLALU MENCUBA

Sebuah bateri tidak boleh dicas semula sekiranya sudah rosak. Tidak perlulah terlalu mencuba kerana anda hanya akan membantu melemahkan kuasa bateri tersebut tanpa sebarang sebab. Situasi ini kerap berlaku pada bateri yang ternyahcas secara total.

9. UTAMAKAN KESELAMATAN

Jika kereta sudah tidak dapat bergerak ataupun rosak di kawasan tidak sepatutnya, seperti di tengah persimpangan, pastikan kereta ditolak atau ditunda ke kawasan lebih selamat.

10. SIAP SEDIA ‘JUMP START’

Sewaktu kecemasan, anda mungkin perlu menghidupkan kereta menggunakan teknik jump start. Sentiasa bawa dan simpan kabel pelompat (jumper) dalam bonet dan belajar prosedur melakukannya.

SUMBER: AutoExpress

autotainment Bateri bateri kereta cara jaga bateri kereta Roda4 tip automobil
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026

    8 Comments

    1. Carian Semasa on 24/07/2018 14:21

      info yang sangat bermanfaat..

      Reply
    2. RoslanJ. on 13/06/2019 08:21

      Tuan, boleh ke tak kereta lama di wiring semula atau ganti wiring system yg baharu? Batari cepat rosak walaupun tak bergerak dalam dua hari.

      Reply
      • ABG GYL on 13/06/2019 14:20

        Mungkin alternator. Dah pernah check ke?

        Reply
    3. RoslanJ. on 13/06/2019 08:22

      Adakah kos wiring baharu ini memakan kos yg tinggi?

      Reply
    4. Hakim on 13/09/2019 14:02

      Air beteri dh kering tp td sy tambah balik. Dan jump start. Msih elok lg ker bateri tu.?

      Reply
    5. Stanley on 08/08/2021 06:24

      Nak Tanya. Kenapa bila nak start balik lepas parking stngah jam mcmtu kereta tak nak Hidup. Lepas Cuba 3-5 kali nak Hidup kan battery terus weak. Trpaksa main sorong untuk Hidupkan. Mohon pencerah dari pada yg brpengelama

      Reply
    6. Khairil Abdullah Sani on 17/06/2022 07:06

      bateri kong…beli bateri baru….kereta parking lepas 2 hari…bateri baru terus kong…lampu x pasang…dan kereta tak bergerak…masalah wiring ke tu

      Reply
      • AO on 10/08/2022 20:20

        Mungkin lampu kabin. Cuba check betul-betul

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.