Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAYAR ialah komponen penting kenderaan dan tahap kualiti boleh memberi kesan kepada keselesaan pemanduan, penggunaan minyak dan keselamatan. 

Walaupun penggunaan tayar berkualiti dan dalam keadaan baik itu penting, tetapi tidak semua pemilik kenderaan mampu menukar tayar dengan kerap. Salah satu cara memastikan tayar dapat bertahan lebih lama dalam keadaan baik adalah mengamalkan lima tip mudah di bawah ini:

BACA >>> Michelin Bakal Hasilkan Tayar Guna Sisa Botol Plastik

1. KEKALKAN TEKANAN ANGIN TAYAR

Ini langkah paling penting untuk penjagaan tayar. Apabila tayar kurang tekanan, kapasiti muatan tayar akan berkurangan, manakala rintangan putaran roda akan bertambah. Ini menyebabkan haba bertambah dan berlaku kerosakan mekanikal. 

Cari maklumat tekanan angin pada frem pintu kereta.

Pada masa sama, pastikan tekanan angin tidak diisi berlebihan kerana boleh membuatkan fiil memandu jadi kurang selesa kerana terasa keras dan bergetar. Boleh dapatkan maklumat mengenai jumlah tekanan angin tayar di kereta anda yang biasanya ditampal pada frem pintu, atau rujuk buku manual.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi…
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang Perlu Anda Tahu

2. KERAP PERIKSA TAYAR

Pemeriksaan ini boleh dibuat sebulan sekali, dan juga bergantung kepada kondisi jalan persekitaran. Pastikan tiada sebarang rekahan, benjolan dan mana-mana kerosakan lain pada tayar. Anda boleh menggantikan tayar baharu percuma jika masih dalam tempoh waranti.

Periksa juga geometri suspensi dan penjajaran (alignment) roda kerana sedikit kecacatan sudah cukup menjejaskan prestasi tayar. 

BACA >>> Kenapa dan Apa Perlu Buat untuk Elak Tayar Merekah?
BACA >>> Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?

3. JANGAN KERAP LIGATKAN TAYAR

Walaupun jiwa pelumba kental dalam diri, tetapi gunakanlah tayar dengan cermat. Jika kereta terperangkap dalam pasir atau lumpur, janganlah terus tekan minyak dengan harapan lebih mudah keluar.

Boleh cuba kaedah maju dan undur berulang kali supaya kereta  dapat dipandu keluar dari permukaan jalan yang menyebabkan terkandas. Abaikan jika anda termasuk golongan berduit lebat yang boleh menukar tayar bila-bila masa.

BACA >>> #Videotomotif: Gara-Gara Tidur Mati, Lelaki Tidak Sedar Lakukan Aksi Burnout Epik

4. PASTIKAN TAYAR BERSIH

Rajin-rajinkanlah diri mencucui tayar kereta.

Jika anda penggemar aktiviti off-road, pastikan tayar kenderaan sentiasa bersih setiap kali selesai beraksi bagi memastikan komponen itu sentiasa dalam keadaan baik. Boleh juga bersihkan tayar kereta anda setiap kali selepas memandu melewati kawasan pedalaman yang tidak berturap, ataupun selepas hujan.

5. SILANG TAYAR

Bagi memastikan tahap haus dan lusuh (wear and tear) keempat-empat tayar seimbang, anda dinasihatkan menukar posisi tayar (dipanggil silang tayar) yang boleh lakukan setiap kali perbatuan mencapai angka 8,000km.

Sebabnya, tayar kereta jenis pacuan roda depan (FWD) banyak digunakan untuk membrek, membelok dan mengawal pemanduan, sekali gus menyebabkan masalah tayar haus dan lusuh lebih cepat berlaku. 

Cara silang tayar,  pasangkan tayar belakang pada roda depan, manakala tayar depan pula ditukarkan ke roda belakang. Ini membuatkan tayar di depan dapat bertahan lebih lama. Boleh rujuk gambar rajah di atas.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus

SUMBER: DriveMag.com

apa nak buat autotainment Kereta off-road penjagaan tayar Petua Roda4 Tayar tayar kereta Tip Jaga Tayar Kereta tips
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.