Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

Han OthmanBy Han Othman02/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMBREK sebenarnya memerlukan skil walaupun nampak macam mudah dan remeh dilakukan. Sama seperti skil lain, ia perlu dipraktis supaya dapat diasah dengan betul. Malangnya, ramai pemandu tidak tahu bagaimana membrek dengan tepat, betul dan selamat.

Tabiat membrek betul bukan saja menyelamatkan anda dan kenderaan yang dipandu, tetapi juga pengguna jalan raya lain. Ini termasuk memanjangkan jangka hayat sistem brek anda. Jangan berlengah lagi, artikel kali ini akan membantu anda bagaimanakah membrek dengan betul:

1. BREK AWAL

Jika anda mula melihat kenderaan di depan sedang perlahan atau lampu breknya menyala, jangan tunggu hingga detik akhir untuk menekan brek. Brek mengejut bukan hanya menghauskan pad brek, ia juga berpotensi menyebabkan kemalangan melibatkan kenderaan belakang yang mungkin tidak sempat membrek. Elakkan bahaya dengan melepaskan kaki daripada pedal minyak dan memijak pedal brek sebaik saja melihat kenderaan di depan sedang perlahan.

BACA >>>ย Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?

2. BREK DENGAN RELAKS


Melainkan anda perlu berhenti mengejut, anda sebenarnya tidak perlu menekan brek dengan keras atau kata orang, pijak sampai cecah lantai. Cukup saja melepaskan pedal minyak dan menekan brek dengan daya sederhana. Jika anda dapati perlu kerap menekan brek secara keras, itu mungkin menunjukkan jarak kereta anda terlalu rapat dengan kenderaan depan. Jadi, cuba jarakkan sedikit, dan jangan elakkan tabiat ‘menyucuk’.

3. BREK SEBELUM BELOK

Apabila perlu membelok, perlahankan dulu kenderaan hingga mencapai kelajuan diperlukan sebelum beberapa meter sampai di selekoh. Elakkan membrek secara mengepam (injak pedal beberapa kali) di selekoh, kononnya itu teknik yang biasa dilakukan pelumba sebelum melayan corner.

BACA >>>ย #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS

Ingat, teknik tersebut sebenarnya khas untuk pelumba profesional di trek lumba saja. Jalan raya biasa bukan trek berlumba dan tiada siapa sedang mengejar anda di belakang.

4. JANGAN BREK ATAS PERMUKAAN JALAN LICIN


Nampak agak teknikal yang memerlukan penilaian intuitif, tetapi faktanya, membrek atas jalan licin boleh menyebabkan kereta anda tergelincir. Cara paling baik ialah memandu dalam gear rendah (menurunkan gear) dan biarkan enjin perlahan sendiri untuk mengelak risiko gelincir.

5. DEKATKAN KAKI DENGAN PEDAL BREK

Ini paling penting jika anda memandu menggunakan ciri kawalan jelajah atau cruise control yang membolehkan anda melepaskan kaki dari pedal minyak apabila kelajuan spesifik sudah diset. Sistem ini mungkin membuatkan anda leka mengawal kaki, jadi berhati-hati.

BACA >>>ย #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

Jika kaki terlalu jauh dari pedal brek, anda berpotensi ‘hilang pedal’ apabila berdepan situasi kecemasan yang memerlukan kereta dibrek mengejut.


Ingat semua tip diberikan ini dan pandulah dengan selamat dan cermat sepanjang masa demi keselamatan sendiri, termasuk penumpang dan pengguna jalan raya lain. Tidak susah pun hendak membrek dengan betul dan selamatkan? ๐Ÿ™‚

apa nak buat autotainment brek Cara Membrek cara membrek betul Cara Membrek Selamat Roda4 tip tip automobil tip brek tip memandu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lampu isyarat biru di jalan raya
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

25/06/2026
Elektrifikasi

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 โ€“ Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.