Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Komponen Motor Mesti Diperiksa Sebelum Menunggang Jauh
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Komponen Motor Mesti Diperiksa Sebelum Menunggang Jauh

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP penunggang mesti buat pemeriksaan motosikal sendiri sebelum memulakan sebarang perjalanan jauh. Ini bukan saja untuk pulang ke kampung semata-mata, tetapi juga kepada penunggang yang gemar menyertai konvoi hujung minggu. Demi keselesaan dan keselamatan, tidak salah meluangkan sedikit masa untuk memeriksa 5 komponen utama motosikal ini:

1. PERIKSA TAYAR

 

Perhatikan bunga tayar sama ada masih tebal atau tidak. Ini dilakukan supaya tayar dapat mencengkam secara optimum ketika membrek atau ketika menunggang atas jalan basah. Perhatikan indikator haus bunga (TWI) pada dinding tepi tayar. Adakah sudah sama dengan tinggi tayar? Gunakan saiz tayar standard mengikut saranan pengeluar dan pastikan tekanan angin yang tepat.

BACA >>> Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

2. PERIKSA BREK

Kehausan pad brek dapat dikesan dengan mengenal pasti ketebalan minimum kurang 2mm. Pastikan juga minyak brek berada pada paras ditetapkan, terutama motosikal yang berusia lebih dua tahun.  Jika tuil brek terlalu keras atau terlalu dalam, segeralah lakukan servis.  Bagi brek dram, periksa tanda anak panah pada tuil dram sudah bertemu indikator pada dram. Jika bertemu, segera ganti baharu.

3. PERIKSA TEROTEL DAN TUIL KLAC


Periksa terotel dengan memulas penuh dan lepaskan. Lihat, adakah terotel itu cepat kembali kepada posisi asal? Jika tidak, itu bermaksud kabel mungkin sudah karat, segera buat servis. Bagi motosikal klac manual, jika kabel sudah berkarat, segera baiki atau ganti baharu supaya tidak putus. Bagi mendapat keselesaan tunggangan optimum, jarak bebas (free) tuil terotel ialah 2-6mm, manakala tuil klac 10-20mm.

4. PERIKSA INDIKATOR, LAMPU


Pastikan keadaan lampu depan, belakang dan lampu sisi dalam keadaan baik dan menyala. Periksa indikator minyak, pasti ia dapat beri maklumat paras minyak dalam tangki dengan betul. Jangan lupa lihat juga baki kuasa bateri, cukup atau tidak?

5. PERIKSA SISTEM PACUAN

Jika skuter, pastikan sistem belting CVT tidak haus atau lusuh. Prosedur pemeriksaan tali CVT mesti dilakukan setiap 8,000km dan diganti setiap 24,000km. Jika motosikal biasa yang dipacukan rantai, perhatikan simptom haus pada komponen itu.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

Lakukan penyenggaraan berkala menggunakan minyak. Bagi keselesaan, tetap jarak bebas utama atau kendur rantai yang tertera pada maklumat yang terdapat pada swing arm.

SUMBER: NaikMotor

apanakbuat autotainment brek Bunga Tayar Klac Komponen Motosikal tip tip motosikal Tip Sebelum Menunggang Jauh tips
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.