Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 3 Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terbabas dalam Air
Autotainment

#ApaNakBuat: 3 Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terbabas dalam Air

Han OthmanBy Han Othman23/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA nak buat kalau kereta anda terbabas ke dalam air sama ada sungai, laut, tasik, parit, atau seumpamanya? Tahukah anda, sebaik saja kereta anda mula karam dalam air, tekanan air yang menolak pintu kereta anda ialah seberat 386kg yang bersamaan berat seekor harimau Siberia dewasa!

Jadi, sangat mustahil bagi manusia biasa untuk cuba membuka pintu kereta yang sedang ditenggelami air. Apatah lagi bermimpi mahu menurunkan tingkap kuasa. Melainkan anda manusia super yang boleh mengangkat beban melebihi 400kg!

Jadi apa perlu anda lakukan apabila kereta terbabas ke dalam air?

BACA >>> #TahukahAnda: Tukul Cermin – Alat Kecemasan Berguna yang Ramai Pemandu Tidak Peduli

Berdasarkan bacaan dan kajian kami, terdapat tiga cara asas yang boleh dilakukan apabila kereta anda terbabas ke dalam air. Apapun, langkah awal perlu dilakukan ialah bertenang walaupun ia sesuatu yang sukar dilakukan ketika diri sendiri ditimpa kecemasan. Anda mungkin tidak dapat mengelak diri daripada cemas atau panik, tetapi jangan biarkan situasi itu menghalang diri daripada berfikir waras dan bertindak segera.

1. BUKA PINTU ATAU TINGKAP APABILA KERETA MULA KARAM

kereta-tenggelam-3
Jika anda masih sedar ketika kereta terbabas ke dalam air, anda sepatutnya terus saja membuka pintu atau menurunkan tingkap kereta untuk melepaskan diri. Ini kerana pintu kereta masih boleh dibuka jika air baru menenggelami suku badan kereta, iaitu paras separuh tayar kereta. Tingkap kereta pula masih belum ditenggelami air melainkan kereta gagal berfungsi.

Sebelum itu, jangan lupa tanggalkan tali pinggang keledar. Jika ada penumpang lain, jerit supaya mereka juga bertindak serupa. Dan jika anda terlebih dahulu dapat melepaskan diri, sila bantu penumpang lain untuk keluar. Cara ini memerlukan kepantasan berfikir dan bertindak.

RISIKO: Anda boleh tersepit di pintu kereta atau karam bersama kereta kalau terlambat keluar.

2. TUNGGU KERETA TENGGELAM, DIPENUHI AIR DAN BUKA PINTU

kereta-tenggelam
Tindakan ini boleh dilakukan kalau anda gagal melakukan cara pertama seperti di atas. Namun, cara ini sangat memerlukan ketenangan.

Anda perlu menunggu sehingga kereta tenggelam sepenuhnya kerana tekanan air yang kuat akan menolak pintu kereta dan menghalang anda daripada keluar. Apungkan diri dan tahan nafas sebaik saja air mencecah paras atas siling bumbung kereta. Kemudian, tanggalkan tali pinggang keledar dan bukan pintu kereta. Gunakan kaki dan bahu kalau pintu agak sukar dibuka.

RISIKO: Anda tidak cukup masa untuk bernafas lebih lama sebelum pintu kereta dapat dibuka. Rasa panik boleh menyebabkan anda bernafas lebih pendek.

3. KETUK CERMIN KERETA DENGAN TUKUL KACA

kereta-tenggelam-2
Cara ketiga ini ialah tindakan yang paling cepat, selamat dan berkesan untuk dilakukan. Ingat, perkara penting yang anda perlu buat apabila kereta tenggelam ialah cuba melepaskan diri secepat mungkin. Dan halangan paling sukar ialah keluar daripada kabin kerana tekanan air sedang menolak pintu kereta. Faktanya, pintu kereta cuma dapat dibuka apabila kereta tenggelam sepenuhnya.

Jadi, tukul kaca ialah alatan paling sesuai untuk memecahkan cermin kereta supaya air dapat masuk menenggelamkan kereta dan memudahkan anda membuka pintu kereta. Anda patut menyimpan tukul cermin di bahagian yang mudah dicari seperti dalam laci papan pemuka (glove box) dan fail poket di belakang kerusi penumpang depan (untuk kegunaan penumpang belakang).

BACA >>> 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik

Caranya, sebaik saja kereta karam, terus buka tali keledar dan dapatkan tukul kaca secepat mungkin. Dengan tukul kaca, cermin kereta anda boleh dipecahkan dengan sekali hentakan. Air deras akan menerpa masuk, tetapi jangan mudah panik. Tahan nafas dan buka pintu kereta dengan perlahan. Saranan kami, jangan cuba keluar ikut tingkap atau cermin depan kerana anda berisiko mengalami kecederaan atau tersepit.

RISIKO: Ambil masa lama mencari tukul kaca.


KESIMPULAN

Ya, teori dan cara di atas tidaklah semudah seperti ditulis. Malah, posisi kereta ketika karam dan lokasi sebenar insiden turut mempengaruhi keberkesanan usaha menyelamatkan diri. Semestinya ia sesuatu yang cuba dielakkan setiap pemandu. Namun, walaupun peluang yang ada cuma 9/10, kita seharusnya tidak mengalah dan terus mencuba.

Akhir sekali, sudah tentu anda perlu pandai berenang. Tiada guna ikut semua langkah di atas sekiranya anda sendiri tidak tahu berenang. Mungkin anda perlu bersiap sedia dengan jaket keselamatan. Di bawah ini ialah video tentang cara dan situasi menyelamatkan diri seandainya kereta karam dalam air. Video dilakukan yang dilakukan Adam, hos rancangan sains, MythBusters di Discovery Channel.

Apapun, pandu cermat, jiwa selamat. Tekan pedal dan jangan stres!

apa nak buat autotainment cara selamatkan diri bila kereta tenggelam kereta terbabas dalam air videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.