Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 10 Tip Elak Mengantuk ketika Menunggang Jarak Jauh
Autotainment

#ApaNakBuat: 10 Tip Elak Mengantuk ketika Menunggang Jarak Jauh

WahidBy Wahid19/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI sering mengaitkan situasi mengantuk dengan pemandu kenderaan empat roda seperti kereta dan lori, tetapi faktanya, penunggang motosikal juga tidak terkecuali. Tambahan lagi jika musim panas, memang mudah rasa mengantuk jika menunggang jarak jauh.

Ramai mungkin sudah tahu tentang bahaya mengantuk ketika menunggang. Ini kerana menunggang memerlukan fokus sepenuhnya sepanjang masa kerana risiko kemalangan dan kecederaan adalah lebih besar berbanding kenderaan empat tayar ata jalan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!

Kami kongsikan 10 tip apa yang perlu dilakukan penunggang jika mengantuk ketika menunggang.

1. Berhenti dan Rehat

Ini cara paling baik dan selamat. Sebenarnya, buat apa pun tidak berguna jika badan dan otak kita sudah lesu, memang tetap mengantuk dan hilang fokus.

Apabila ini berlaku, lebih baik berhenti saja dan berehat sekejap. Tetapi pilihlah tempat berhenti yang selamat seperti stesen minyak yang ada kerusi dalam kedai atau kawasan Rehat dan Rawat (RnR). Pastikan segala barang yang dibawa bersama selamat.

2. Hidrasi

Badan yang mengalami dehidrasi, atau kekurangan air dalam badan akan membuatkan kita lebih cepat hilang fokus dan mengantuk. Ini kerana badan menghasilkan lebih banyak hormon melatonin yang menyebabkan mengantuk apabila kekurangan elektrolit.

Elektrolit ialah air garam dalam badan yang membolehkan sel-sel berhubung. Hormon melatonin membuatkan kita mengantuk supaya badan dapat berehat. Jadi, pastikan minum banyak air ketika menunggang. Kami pernah memaparkan artikel mengenai apa yang patut diminum ketika menunggang sebagai panduan.

BACA >>> #TahukahAnda: Nak Menunggang Jauh? Apa yang Boleh, Tak Boleh Minum?

3. Senam Ringan dan Regang Otot

Anda sepatutnya buat senaman ringan dan ‘stretching’ sebelum memulakan perjalanan sebagai isyarat kepada otot dan otak supaya  ‘bangun’. Anda juga lebih relaks kerana otot tidak tegang ketika menunggang. Ini sama juga apabila anda rasa mengantuk ketika menunggang. Berhentikan motosikal, dan lakukan beberapa senaman ringan.

4. Makanan yang Ringan Sahaja

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana ada banyak makanan enak dan unik seluruh negara. Jadi aktiviti berkonvoi ke sana-sini banyak menumpukan kepada aktiviti menikmati makanan lazat seperti ‘breakfast ride’, ‘ride udang galah’, dan sebagainya.

Sebenarnya, makanan berat seperti nasi dengan lauk pedas dan berminyak akan membuatkan kita mengantuk lebih cepat. Jadi, janganlah makan terlalu kenyang. Namun, ini terpulang kepada tahap fizikal seseorang individu. Ada jenis mudah mengantuk, dan ada tidak. Gunalah pertimbangan sendiri.

5. Pakai Palam Telinga (Earplug)

Ramai mengecam apabila kami siarkan artikel mengenai keperluan memakai palam telinga (earplug) ketika menunggang.

Masalahnya ramai tidak pernah mencuba dan terus menghukum. Tetapi tidak apalah, terpulang kepada diri masing-masing. Pemakaian earplug dapat mengurangkan stres disebabkan bunyi bising yang menjadikan anda mengantuk. Penulis sudah memakai earplug selama 10 tahun dan tidak pernah mengalami situasi mencemaskan kerana ‘tidak dapat dengar’.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Patut Pakai Palam Telinga?

6. Gunakan Peranti Bluetooth

Motosikal tidak dipasangkan radio (kecuali model jelajah seperti Gold Wing, Electra Glide, R 1250 RT, K 1600, dan sebagainya), tetapi bukan bermaksud kita tidak dapat menikmati lagu ketika menunggang. Caranya, pasanglah peranti Bluetooth pada helmet.

Pengunaan peranti itu dapat memainkan lagu (boleh karok sekali) dan berkomunikasi dengan rakan yang juga menggunakan peranti tersebut. Anda juga boleh buat panggilan telefon. Tetapi tahap bunyi didengari itu janganlah terlalu kuat hingga tidak kita tidak dapat dengar bunyi persekitaran.

7. Mulakan Perjalanan Lebih Awal/Lewat

Cuaca panas mudah membuatkan kita mengantuk. Jadi bertolaklah pada waktu lebih awal. Malah, udara pun lebih segar dan nyaman, dan masih belum banyak trafik lain atas jalan. Anda boleh juga bertolak lewat petang tetapi pastikan tidak rasa mengantuk pada waktu malam kerana sudah biasa dengan waktu tidur.

8. Buka Visor Helmet

Jika pakai helmet muka penuh (full-face), bukalah visor sedikit untuk merasakan angin di muka. Selain itu, jika memakai balaklava muka penuh, boleh basahkan penutup muka itu dan pakai semula. Rasa sejuk di muka boleh membuatkan kita lebih segar.

9. Ubah Kelajuan/Jalan

Kta mungkin bosan apabila mengikut haluan atau kelajuan sama untuk jarak jauh. Jadi, ubahlah kelajuan dan laluan jalan jika mengantuk. Contohnya, kita bosan di lebuh raya lurus. Jadi apa kata ambillah jalan lama yang berselekoh. Ini membolehkan otak memproses maklumat berbeza.

10. Fikir Positif

Tip ini mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya sangat berkesan. Jika selalu merungut pasal penat atau mengantuk, kita memang rasa penat dan mengantuk.

Sebaliknya, jika fikir positif, contohnya, “Masih ada 100km lagi, tetapi aku sudah lepas 200km,” kita pasti lebih gembira. Penulis pernah menunggang dengan rakan yang asyik mengeluh penat dan minta berhenti. Akhirnya kami sampai di Pulau Pinang dari Kuala Lumpur dalam 8 jam walaupun menunggang motosikal besar!

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Tip Mudah Hilangkan Calar, Retak Panel Meter Motosikal

apa nak buat autotainment Mengantuk Ketika Menunggang tip
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Toyota Hilux BEV offroad
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

    09/04/2026
    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.