• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: 2 Tip Mudah Hilangkan Calar, Retak Panel Meter Motosikal

#ApaNakBuat: 2 Tip Mudah Hilangkan Calar, Retak Panel Meter Motosikal

October 24, 2020 By AI Leave a Comment

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEDAR atau tidak bahagian cermin panel meter motosikal yang sudah berusia akan jadi kusam dan muncul kesan retak halus. Ini berlaku akibat terdedah lama kepada persekitaran panas dan lembab.

Tergores objek tumpul juga boleh menyebabkan kesan yang sama. Pendek kata, ada macam-macam punca masalah itu berlaku yang sampai tahap tertentu menyukarkan kita melihat jarum dan nombor meter.

Apa kata ikut tipu jimat dan mudah ini untuk bersihkan permukaan cermin panel meter anda:

BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna HDEO Sebagai Minyak Enjin Motosikal?

1. GUNA MINYAK ENJIN BAHARU DAN TISU

spedoo-mio
kain lap
periksa minyak enjin (2)

Cermin spidometer kusam boleh diatasi dengan menggunakan bahan mudah didapati seperti minyak enjin baharu dan tisu/kain lap bersih. Hanya sapukan rata minyak enjin pada cermin meter. Kemudian biarkan selama sejam. Selepas itu, bersihkan dengan kaip lap bersih atau tisu.

Bagi mendapatkan hasil maksimum, lakukan tiga kali seminggu. Dijamin cermin panel meter yang kusam itu akan kembali bersinar. Oh ya... Selepas selesai mengelap minyak, sapu pula ubat gigi selama 30 minit supaya mendapatkan hasil lebih baik.

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Pantas Cuci Kerusi Fabrik Kereta

2. BERSIHKAN BAHAGIAN RETAK DENGAN MINYAK TERPAKAI

Selain kusam, cermin panel spidometer motor juga boleh retak. Permukaan yang banyak garis halus itu mengganggu pandangan mata. Cara ini pula berbeza, iaitu guna minyak terpakai. Langkah pertama sapukan rata beberapa titik minyak menggunakan jari pada cermin dan usap perlahan, berulang-ulang.

Biarkan 2-3 jam sebelum dilap hingga bersih dan kering. Pastikan guna kain lap bersih dan rata ketika mengelap supaya dapat hasil maksimum dan dapat menutup kesan retak yang ada.

Selamat mencuba! Kalau masih btidak puas hati, beli set meter baharu. Gerenti berkilat!

BACA >>> Suzuki GSX-250R Dah Masuk Malaysia?

SUMBER: NaikMotor

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: apanakbuat, autoterkini, meter laju, panel meter digital penuh, pengelap cermin, speedometer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my