Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sejarah Ute @ Kereta Pikap, Kenapa Begitu Popular di Australia?
Autotainment

#RetroAuto: Sejarah Ute @ Kereta Pikap, Kenapa Begitu Popular di Australia?

Han OthmanBy Han Othman07/06/20202 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL ini akan menghuraikan sedikit sebanyak tentang ute, antara segmen baharu kenderaan yang unik. Apakah sejarah dan dari manakah asal usul ute? Bagaimanakah orang Malaysia menggelarkan ute?

Proton Arena ialah contoh paling mudah untuk memberikan gambaran ringkas mengenai ute. Namun, jika anda pencinta ute, anda mungkin biasa mendengar model ute legenda tempatan seperti pikap Daihatsu Hijet dan siri Datsun seperti 720, 620 dan 520.

UTE MENURUT PANGGILAN MALAYSIA

TOYOTA HILUX
TOYOTA TOYOACE

Di kalangan kebanyakan orang Malaysia, ute biasanya dipanggil pikap yang turut berkongsi istilah sama dengan kumpulan kenderaan komersial lain sama ada dalam bentuk rupa badan seperti Toyota Hilux atau Toyota ToyoAce (foto atas). Asalkan ada ruang kargo terbuka di belakang dan bersaiz tidak terlalu besar, rata-rata orang Malaysia memanggil kenderaan itu sebagai pikap. Jika terlalu besar, biasanya dipanggil trak atau lori.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimana Menyebut Ute dengan Betul Seperti Orang Australia?

Bagaimanapun, bagi membezakan rupa pikap antara ute dan Hilux, sesetengah orang menggelarkan ute sebagai kereta pikap.

* Entri selepas ini, ute akan dirujuk sebagai kereta pikap.

ETIMOLOGI DAN TERMA

proton-jumbuck
Istilah ute adalah singkatan kepada ‘utility’ atau ‘coupe utility’, berasal dari Australia dan New Zealand. Ute biasanya merujuk kepada kenderaan penumpang jenis pacuan dua roda (2WD) dengan ruang kargo terbuka di belakang yang bersambung terus dengan badan kereta. Sebaliknya, ruang kargo terbuka pada trak pikap seperti Hilux tidak bersambung dengan badan kereta.

Di Afrika Selatan, ute dipanggil ‘bakkie’. Namun, pengeluar General Motors (GM) memasarkan model kereta pikap di negara itu seperti Australia Holden dengan nama ‘ute’, manakala kereta pikap Chevrolet yang dibawa masuk dari Brazil dipanggil ‘utility’. Namun, dua panggilan itu (ute dan utility) cuma diguna pakai GM, sebaliknya pengguna Afrika Selatan kekal menggelarkan kereta pikap sebagai bakkie.

SEJARAH BERMULA DI AUSTRALIA

lewis-bandt-dan-v8-coupe-ute
Lewis Bandt dengan ute v8 Coupe pada 1934.

Sejarah kereta pikap (ute) bermula pada 1932 apabila seorang isteri kepada petani di Victoria menulis surat kepada Ford Australia meminta dibina sebuah kenderaan yang boleh dipandu ke gereja dan pada masa sama boleh juga memuatkan ternakan babi ke pasar.

Balasan kepada surat itu, pereka Ford, Lewis Bandt membina sebuah kenderaan berasaskan permintaan tersebut sehingga terhasilnya model V8 Coupe (dipanggil coupe utility pada masa itu) pada 1934.

BACA >>> #RetroAuto: Holden – Sejarah Kereta Nasional Australia dan Masa Depan yang Tidak Pasti

Pada 1951, Holden mengeluarkan model ute khas berasaskan sedan 48-215 (rujuk foto bawah). Ini secara tidak langsung mengukuhkan istilah kereta pikap itu sendiri sebagai kenderaan tradisi Australia dalam rupa kenderaan penumpang dua pintu daripada casis sedan dengan ruang kargo di belakang.

Holden 48-215
Holden 48-215 Ute

Tidak lama kemudian, panggilan ute mula menggantikan terma coupe utility di kalangan penduduk Australia. Jadi, tidak hairanlah ute begitu popular di Australia disebabkan nilai sejarah kenderaan itu sendiri di negara kanggaru itu. Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, ute di Australia membawa maksud lebih besar yang turut merujuk kepada kereta pikap seperti Holden Commodore Ute hingga trak pikap seperti Ford F-Series.

UTE SELURUH DUNIA

Negara-negara Eropah seperti Britain juga menggelarkan ute sebagai pikap. Di Amerika Syarikat (AS) disebut kenderaan utiliti coupe (coupe utility). Bagaimanapun, beberapa kenderaan di Amerika Utara seperti Chevrolet El Camino, Ford Ranchero, Dodge Rampage, Honda Ridgeline dan Subaru Baja tidak diklasifikasikan sebagai pikap atau trak pikap walaupun memiliki ruang kargo terbuka di belakang. Ini kerana rekabentuk dan pembinaannya tidak memenuhi kriteria ‘trak’. Ini meletakkan model-model tersebut dalam kumpulan utiliti coupe, iaitu kereta pikap @ ute!

Sebabnya, walaupun El Camino dan Ranchero dibina dengan arkitektur frem badan (body-on-frame), pembinaan dua model itu (atau model lain seumpamanya) adalah berasaskan platform station wagon sedia ada, manakala Ridgeline menggunakan casis keluli monokok kimpalan, sama seperti kereta penumpang moden.

Trak biasanya memiliki casis tiub (tubular) atau rel alur (channel rail) dengan kabin apungan penuh dan bahagian kargo terpisah untuk memberikan fleksibiliti casis selain menghalang kepingan logam meleding.

CHEVROLET EL CAMINO… Body-On-Frame
HONDA RIDGELINE… Casis Monokok

JADI, MAHU SEBUT APA?

Kami rasa panggilan ute (disebut ‘Yut’) paling tepat untuk merujuk kepada kereta pikap dan sepatutnya dipopularkan sebagai istilah automotif atau kejuruteraan selain kata nama lain seperti pikap, trak pikap dan trak.

BACA >>> 5 Sebab Ute aka Kereta Pikap Tidak Popular di Malaysia

Namun, tidak salah jika mahu memanggil ute sebagai pikap atau kereta pikap. Lagipun setiap negara memang ada istilah automotif berbeza. Jadi, bukan masalah besar. 🙂

autotainment coupe utility kereta pikap pikap proton arena Proton Jumbuck Retro Auto Roda4 Trak pikap ute utiliti coupe
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.