Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4×4, 2×4 dan AWD?
Autotainment

Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4×4, 2×4 dan AWD?

Han OthmanBy Han Othman25/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH ramai yang salah faham dan keliru tentang konsep kenderaan 4×4 (four-by-four) dengan beranggapan semua tayar kereta 4×4 berpusing dalam kelajuan sama secara serentak, sedangkan fakta itu merujuk kepada jentera pacuan semua-roda (AWD). Apa yang sama antara AWD dan 4×4 ialah kedua-dua sistem pacuan itu berada dalam kategori pacuan empat roda (4WD).

Cuma kebiasaannya, apabila menyebut 4WD, jenis kenderaan yang dirujuk ialah 4×4, sebaliknya AWD tidak disebut 4WD (walaupun AWD juga 4WD secara terma). Malah, anda juga jauh terpesong kalau menyebut kereta AWD sebagai 4×4. Pening? Bertenang, sekarang mari kita hadam perlahan-lahan perbezaan antara 4×2, 4×4, 4WD dan AWD. 😀

BACA >>> Siapa Paling Pantas? – AWD vs RWD vs FWD (Ford Focus RS vs BMW M140i vs Honda Civic Type R

APAKAH 4×2?

Terma 4×2 juga boleh ditulis sebagai 2WD, bermaksud transmisi pacuan dua-roda (two-wheel drive) yang dipecahkan kepada dua lagi pacuan berbeza: pacuan roda depan (FWD) dan pacuan roda belakang (RWD).

FWD (contoh: Ford Fiesta, Proton Persona) ialah sistem yang menghantar kuasa kepada dua roda depan kenderaan. Kelebihan FWD ialah kos pengeluaran dapat dikurangkan, termasuk berat kenderaan, sekali gus memberikan penggunaan bahan api lebih cekap selain traksi yang lebih baik. Ini kerana berat enjin dan transmisi disalurkan terus kepada roda pacuan.

BACA >>> Suzuki Hustler Tough Wild Edition – SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja

RWD (contoh: Ford Ranger, Nissan GT-R) pula menyalurkan kuasa kepada dua roda belakang kenderaan. Berbanding FWD, kelebihan RWD ialah kuasa pecutan tinggi dan agihan berat yang seimbang kerana berat enjin bertumpu pada bahagian depan, manakala transmisi di belakang. Ini secara tidak langsung memberikan kawalan pengendalian dan keseimbangan kenderaan yang lebih baik.

Bagi trak, sistem RWD sangat penting kerana belakang kenderaan jenis itu secara asasnya lebih ringan berbanding depan. Sebuah trak FWD hampir mustahil untuk dipandu kerana roda belakang akan mudah hilang sentuhan dengan permukaan jalan walaupun hanya melalui sedikit bonggol.

Kini, dengan pembangunan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi (TRC) untuk menambah baik kualiti pengendalian kenderaan 4×2, sistem 2WD boleh dianggap paling sempurna dan sesuai bagi kebanyakan pemandu.


APAKAH 4×4?

Terma 4×4 juga boleh ditulis sebagai 4WD, bermaksud transmisi pacuan empat-roda (four-wheel drive). Di bawah 4WD ini juga terdapat subkategori lain, iaitu pacuan semua-roda (AWD) yang memiliki konfigurasi berbeza walaupun berada dalam kategori induk – 4WD – yang bergerak dengan empat roda.

Asasnya, 4WD (contoh: Ford Ranger, Toyota Hilux) ialah sistem yang menghantar kuasa transmisi kepada kotak hantaran (transfer case) dan kemudian akan mengarahkan keempat-empat roda berputar dalam kelajuan sama. Namun, situasi itu menyebabkan beberapa masalah ketika mengambil selekoh kerana roda dalam perlu berputar lebih perlahan berbanding roda luar supaya kereta dapat membelok sempurna.

Jadi, kenderaan moden masa kini memiliki fungsi 4WD dengan punat atau suis yang boleh diaktifkan apabila berdepan kondisi jalan teruk seperti berlumpur, berbatu atau bersalji. Apabila sudah selesai digunakan, fungsi tersebut sepatutnya dimatikan untuk kembali semula kepada pemanduan normal dan mendapatkan tahap penjimatan bahan api seperti sedia kala.

Sementara itu, AWD (contoh: Honda CR-V, Volkswagen Golf R) pula ialah inovasi baharu daripada sistem konvensional 4WD yang boleh diaktifkan dan dimatikan. Bezanya, walaupun AWD juga berfungsi menghantar kuasa kepada keempat-empat roda, tetapi tidak seperti 4WD kerana sistem AWD memberikan lebih banyak kuasa kepada roda secara individu dengan tambahan traksi untuk membantu roda yang menggelincir mendapatkan kuasa.

Di  atas laluan off-road, AWD sebenarnya tidak banyak kelebihan berbanding 4WD. Sebaliknya atas permukaan jalan berturap, jentera AWD dapat dipandu dengan mudah dan bersahaja walaupun laluan itu basah atau berais.

SUMBER: Salsburys.com

2WD 2x4 4WD 4x4 apakah 2x4 apakah 4x4 apakah AWD autotainment AWD perbezaan 4WD dan 2WD
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.