Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»APAD Batal Lesen Pengendali Syarikat Terlibat Nahas Enam Beranak Maut di Segamat
Auto Terkini

APAD Batal Lesen Pengendali Syarikat Terlibat Nahas Enam Beranak Maut di Segamat

Han OthmanBy Han Othman26/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali Syarikat Sepadu Ikhlas Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat susulan kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori dikendalikan syarikat itu di KM5 Jalan Segamat-Kuantan, Segamat yang menyebabkan enam beranak maut pada 1 September lalu.

Menurut APAD, hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen ditetapkan.

Pembatalan lesen berkenaan atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan pemanduan secara berbahaya.

“Kedua, gagal mematuhi syarat lesen keperluan keselamatan seperti mana senarai di bawah pemeriksaan dan audit keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Ini termasuk gagal memperbaharui lesen kenderaan bermotor (LKM) bagi kenderaan lori yang tamat tempoh ketika kemalangan berlaku,” kata kenyataan APAD, hari ini.

Menurut APAD lagi, pihaknya turut mendapati syarikat tersebut turut mempunyai rekod saman lampau tinggi.

“Selepas pembatalan tersebut, sebarang transaksi berhubung Lesen Pengendali bagi syarikat berkenaan tidak dibenarkan.

“Kementerian Pengangkutan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.”

APAD turut mengingatkan mana-mana pengendali berlesen supaya memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dan memastikan aspek keselamatan dan kebajikan pemandu terjaga setiap masa.

Enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan tersebut terdiri daripada pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46 tahun, dan Norahimah Noor Muhammad, 43 tahun, serta empat anak mereka – Fatimatulzahrah, 17 tahun; Seri Khadijah Aqilah, 13 tahun; Rufaidatul Asyariyah, 10 tahun, dan Muhammad Assyakrawi, 5 tahun.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Alza dinaiki bertembung sebuah lori. Selain lori dan Alza mangsa, tiga kenderaan lain turut terlibat dalam nahas berkenaan, iaitu sebuah Honda HR-V, sebuah Proton Wira dan sebuah Perodua Bezza.

SUMBER: Awani

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) APAD Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ kemalangan jalan raya Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) Nahas Enam Beranak Segamat Sepadu Ikhlas Sdn Bhd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam21/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.