BAYANGKAN situasi begini, anda sedang seronok memandu sambil melayan lagu kegemaran di satu kawasan perumahan Kerinchi, Kuala Lumpur, dan tiba-tiba GEDEGANG!!!
Sebuah kereta entah datang dari mana menghentam but kereta anda. Lebih menyakitkan hati, si pelanggar itu datang mengetuk-ngetuk tingkap kereta anda dengan muka tidak puas hati. Kononnya anda bersalah. Relaks, jangan gelabah.
Mari kami ajarkan langkah demi langkah apa yang perlu anda lakukan apabila berdepan situasi seperti itu. Tarik nafas...
1. BAWA BERTENANG, JANGAN KONFRONTASI
Dari segi undang-undang jalan raya, secara teknikalnya anda tidak bersalah. Asalkan anda berada dalam laluan memandu yang betul dan bukannya menukar lorong secara tiba-tiba. Jadi, jangan takut dan cuba berkonfrontasi. Keluar kereta dengan tenang, beri salam dan cakap;
Boleh kita settle kat balai?
Jangan sesekali minta maaf kerana itu hanya menunjukkan anda bersalah, sekali gus membuatkan pelanggar cuba menguasai anda.
2. JADI FOTOGRAFER, AMBIL GAMBAR
Takkanlah kamera telefon bimbit anda untuk selfie saja? Sekarang, inilah masa untuk berbakti. Ada 3 kriteria gambar penting perlu diambil kira:
i) Gambar dekat (close-up) - Impak kemalangan ke atas kereta anda dan kereta pelanggar. Contoh: bampar kemek, lampu pecah, tayar pecah, pintu tercabut, dan lain-lain.
ii) Gambar jauh - Keadaan kemalangan yang menampakkan kereta anda dan kereta pelanggar dalam satu bingkai gambar. Ambil segenap sudut (hadapan, tepi dan belakang) dan jangan lupa nombor plat kereta pelanggar.
iii) Cukai jalan - Ramai selalu terlupa hal ini bila panik. Jika pelanggar memandu tanpa cukai jalan sah, anda memiliki kelebihan! Anda boleh buat penyelesaian luar balai dengan minta ganti rugi tunai!
3. PATUTKAH SAYA SETTLE LUAR?
Ada 2 situasi boleh berlaku, iaitu:
i) Pelanggar minta anda bayar ganti rugi
Ingat sekali lagi, secara teknikalnya anda tidak bersalah. Jadi tidak usah peduli jika dia mendesak anda bayar ganti rugi. Beritahu dia begini;
Saya tak ada cash. Apa kata kita buat claim insurans?
Jika dia berdegil, anda boleh saja terus ke balai polis untuk buat repot. Sedarlah, anda layak menuntut ganti rugi daripada insurans pelanggar tanpa menjejaskan nilai diskaun tiada tuntutan (NCD) kereta anda.
ii) Pelanggar mahu bayar ganti rugi
Jika pelanggar mahu bayar ganti rugi, itulah sebaik-baik penyelesaian. Kereta anda tidak perlu bermalam lama di bengkel sementara menunggu selesai proses tuntutan insuran dan baik pulih.
TETAPI, pastikan pelanggar bayar ganti rugi yang mencukupi. Jika sukar buat anggaran, bawa dia bersama pergi ke mana-mana bengkel cat kereta dan minta tuan kedai berikan sebut harga. Minta pelanggar bayar seperti apa yang dinyatakan. Jika pelanggar tidak sanggup bayar, tiba masanya anda buat tuntuan insurans.
4. TOWING KE BALAI POLIS
Pandu sendiri ke balai polis cawangan trafik terdekat sekiranya kereta anda boleh dipandu. Jika sebaliknya, gunakan khidmat trak tunda. Kebiasaannya, sebaik saja kemalangan berlaku, ada saja trak tunda meluru datang.
Jangan gopoh. Anda sepatutnya menelefon pihak insurans dan minta dihantarkan trak tunda yang menjadi wakil panel. Kenapa bazirkan duit sedangkan anda boleh dapat khidmat trak tunda percuma (dalam purata jarak sekitar 60km) tanpa perlu bayar apa-apa. Tempoh menunggu biasanya 30-45 minit, bergantung lokasi kemalangan.
Yakinlah diri sendiri. Sekarang pergi beritahu brader-brader towing yang sedang merayu;
Bro, saya dah telefon towing truck sendiri.
Pada peringkat pertama, kereta anda akan ditunda dari lokasi kemalangan ke balai polis cawangan trafik terdekat.
5. BUAT REPOT
Semoleknya buat repot di balai polis cawangan trafik terdekat. Jika agak jauh, anda boleh saja buat repot di mana-mana balai polis terdekat. Jumpa abang polis di kaunter dan buatlah repot. Jelaskan apa sebenar yang berlaku. Abang polis akan keluarkan satu salinan repot bernombor dan uruskan janji temu anda dengan pengawai penyiasat (IO). Biasanya berpangkat Sarjan.
6. JUMPA PEGAWAI PENYIASAT (IO)
Jika ada IO yang tidak sibuk, anda tidak perlu menunggu lama dan boleh terus berjumpa dengannya.
[PERHATIAN: Repot boleh dibuat di mana-mana balai polis, tetapi siasatan kemalangan cuma akan dilakukan IO yang bertugas dalam kawasan liputan saja.]
Contohnya; Anda kemalangan di Kerinchi dan buat repot di Balai Polis Kerinchi. Tetapi, pihak yang bertanggungjawab menyiasat kes anda ialah IO di Balai Polis Trafik Tun HS Lee (juga dikenali Balai Polis Jalan Bandar).
IO akan menemubual anda dan minta dilukiskan gambarajah bagaimana kemalangan berlaku. Selepas itu, IO akan turun melihat dan mengambil gambar kereta anda (yang ditunda sebentar tadi). Jangan lupa ucapkan terima kasih.
7. CETAK 'REPOT ORI'
Salinan repot yang dikeluarkan Balai Polis Kerinchi bukanlah 'repot ori' dan tidak sah untuk tuntutan insurans. Anda perlu dapatkan 'repot ori' di Balai Polis Trafik Tun HS Lee (tempat IO ambil keterangan). Anda perlu menunggu nombor giliran dan buat bayaran di kaunter. Pastikan ada cop balai kerana itu ialah tanda salinan anda berstatus 'repot ori'. Kalau boleh cetak sekali repot pelanggar. Abaikan jika pelanggar tidak buat repot. Hal itu akan diselesaikan IO.
8. HANTAR KERETA KE BENGKEL
Pada peringkat ini, maklumat kemalangan sudah pun diambil IO yang akan mengeluarkan keputusan siasatan dalam tempoh seminggu (atau lebih cepat). Sekarang kereta anda akan ditunda sekali lagi. Kali ini ke bengkel untuk dibaik pulih. Pastikan dihantar ke bengkel yang menjadi panel sah jenama kereta anda. Jika anda pandu kereta sendiri (yang kemalangan) ke balai polis, sekarang bolehlah pandu sendiri ke bengkel.
BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh 'Claim' atau Tidak?
9. BUAT TUNTUTAN INSURANS
Kebiasaannya, pihak bengkel yang akan membantu anda membuat tuntutan insurans. Anda perlu sediakan:
i) Salinan kad pengenalan
ii) Salinan lesen memandu
iii) Salinan geran kereta
iii) Salinan nota perlindungan (cover note) insurans
iv) 'Repot ori' bercop balai
10. TUNTUT DAHULU INSURANS SENDIRI
Anda mahu kereta cepat dibaiki, sedangkan keputusan siasatan kemalangan hanya dikeluarkan seminggu kemudian. Tahukah anda, kereta anda sebenarnya boleh dibaiki segera menggunakan tuntutan insurans sendiri terlebih dahulu?
Jangan bimbang, anda tetap masih boleh buat tuntutan semula (reclaim) daripada pihak insurans pelanggar selepas keputusan siasatan diperoleh nanti. Namun, jika tidak kisah membiarkan kereta anda berlama-lama di bengkel, boleh saja tunggu keputusan siasatan siap.
11. FOLLOW-UP KEPUTUSAN SIASATAN
Pada perjumpaan pertama dahulu, IO akan berikan tarikh keputusan keluar. Buat panggilan susulan pada tarikh itu. Jika siap, anda perlu pergi sekali lagi ke balai polis cawangan trafik untuk dapatkan 'repot ori' kedua dan ketiga. Ambil nombor giliran dan buat bayaran.
12. DAPATKAN REPOT KEPUTUSAN KEMALANGAN
Selain repot biasa daripada kita, ada 2 repot lagi perlu dicetak bagi kes kemalangan melibatkan pihak ketiga (pelanggar). Kedua-dua repot itu dikeluarkan IO yang bertugas, iaitu:
i) Keputusan bertulis siapa salah.
ii) Gambarajah draf situasi kemalangan.
Pastikan dua salinan di atas dicop sebagai tanda 'ori'.
13. SERAHKAN KEPADA BENGKEL
Serahkan saja dua repot ori bercop tersebut kepada pihak bengkel untuk diuruskan.
14. SELESAI
Balik rumah dan tunggu kereta anda siap dibaiki. Jangan lupa buat panggilan susulan kepada bengkel dalam seminggu sekali atau 3 hari sekali.
Mahu faham lebih jelas? Sila lihat paparan infografik untuk artikel ini dengan klik pautan ini: INFOGRAFIK #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang
zel says
Mohon penjelasan kenyataan di bawah.
iii) Cukai jalan – Ramai selalu terlupa hal ini bila panik. Jika pelanggar memandu tanpa cukai jalan sah, anda memiliki kelebihan!
Jika tanpa cukai jalan sah, sudah tentu tiada perlindungan insuran. Macam mana kita hendak claim insuran dari pelanggar tersebut.
AO says
Kelebihan dari segi peluang mendapatkan ganti rugi tunai. Ini kerana pelanggar (yang memandu tanpa cukai jalan) sudah tentu tidak mahu kes di bawa ke mahkamah. Dia akan dikenakan saman mahkamah. Jika degil, anda tetap masih boleh claim insurans sendiri, cuma peratus NCD terjejas. Tetapi pelanggar tetap akan kena saman. Dan jumlah saman itu mungkin lebih tinggi daripada jumlah ganti rugi yang perlu dia bayar.
Isma says
As slm.. Nk mohon pendapat dsini.
2 hari lepas dlm pukul 11 mlm sebuah kereta yg kedengaran memandu laju telah terbabas & melanggar kereta adik yg diparking dekat dgn rumah sy.
Mgkin disebabkan jalan licin & kerosakkan kereta adik sgt teruk.
Masalahnya kereta tersebut tidak mempunyai roadtax & dipandu oleh seorang koperal polis.
Claim insuran xdapat dibuat dan pemandu tersebut ingin melepaskan diri. Dia cuma disaman kerana tidak mempunyai roadtax shj.
Apa yg perlu kami buat untuk wat tuntutan gantirugi.
Masih menunggu hasil siasatan
ABG GYL says
Kami nasihatkan supaya merujuk kepada pihak insurans tuan.
AO says
Boleh rujuk pautan: https://pandulaju.com.my/apanakbuat-kena-langgar-tapi-kenderaan-tiada-insurans-boleh-claim-atau-tidak/
Fazlee says
Tuan , disini saya nak bertanya 4 hari yg lepas saya terlanggar kereta orang menggunakan kereta kawan saya dalam keadaan parking akan tetapi saya tiada lesen dan saya dibawah umur , saya dikenakan ganti rugi sehingga 3 ribu 4 ribu tetapi saya tidak mampu untuk membayar ganti rugi tersebut , dan sekarang saya ditekan untuk membayar ganti rugi tersebut , sila beri saya jawapan anda tuan
Terima kasih tuan
Wem says
Bagaimana pula jika si pelanggar tidak membuat repot polis?. Adakah kita boleh membuat tuntutan daripada insuran si pelanggar?. Mohon pencerahan.
AO says
Tetap boleh buat tuntutan atas insurans pelanggar selagi kereta dia ada insurans. Yang penting ada repot polis yang buktikan kita tidak bersalah
Mat says
Bagaimana kalau kita x sempat ambil no plat kereta dia. Dia lari cepat2. Ty
kayla says
bagaimana nak buktikan kita tak salah jika pelanggar enggan membuat report polis?
adrianna says
Terjadi pd adik sendiri bila kereta yg dibawa dihentam dr belakang. Report telah pun dibuat & mmg kesalahan jelas pd si penghemtam. Apa yg nk dikongsikan di sini, si penghentam telah menyaman adik kerana mengakibatkan kecederaan pd ibunya padahal dia yg menghentam kereta adik. Ncd kereta adik ditolak oleh pihak insurans walhal kesalahan jelas pd si penghemtam. Penghentam telah menggunakan kuasa & pengaruhnya utk mengenakan adik. Nampak x permainan org yg berkuasa? Aniya org di dunia mungkin boleh lepas tp akhirat sendiri jawablah.. Sekadar berkongsi kisah penganiyaan yg terjadi pd adik sy..
ABG GYL says
Pandangan kami, pihak tuan boleh merujuk semula kes sekiranya masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Cara ini lebih baik kami rasakan.
faizal says
saya memandu kereta biras saya,berlaku kemalangan kereta di rempuh di lampu isyarat,tp report polis siap buat dan keputusan saya x bersalah,soalan saya kereta itu diinsuran kan atas nama biras boleh ka saya buat tuntukan ,atau saya dikena kan 400ringgit oleh pihak insuran,sekadar bertanya
mie says
Jika pelanggar tiada lesen memandu yang sah dan tiada cukai jalan. Adakah kita kena failkan saman di mahkamah atau pihak polis sendiri akan menyamannya di mahkamah
AO says
Sepatutnya tugas polis
Adza says
Jika kereta dilanggar pula insurans tamat tempoh, bolehkan yang dilanggar menuntut insurans yang melanggar?
AO says
Insurans tak ada bermaksud tak ada cukai jalan. Siap sedia naik mahkamah kalau buat repot
Aizuddin Sugara says
Salam sejahtera/Assalamualaikum.
Sekiranya kerosakan tidak teruk, boleh tak kita gunakan kenderaan terlebih dahulu sehingga laporan IO siap?
Bagaimana pula dengan tuntutan loss of use semasa proses baik pulih kenderaan di bengkel?
Terima kasih.
Hassan Nawawi says
Pengalaman sendiri. Orang langgar dan saya buat report polis. Buat semua mcm di atas. Cuma orang yang langgar tu bawak kereta kawan. Selesai saja keretq keluar dari workshop. Saya ambik copy semua dari report kemalangan, adjuster report, surat ambik dari workshop, saya guna http://www.mycarinfo.com.my untuk dapatkan syarikat insuran kereta yang langgar saya. Semua dokumen saya sertakan dan claim loss of use dgn syarikat insuran tersebut. Penting nyatakan tuntutan ke atas insuran kereta pendaftaran xxx. Saya tuntut jumlah gunakan uber dan grabcar. Settlement akhir adalah mengikut kadar RM50* hari adjuster nyatakan dalam report. Jadi kurang dari actual di bengkel
Mohd Hafizi says
Maksudnya bila dah settle semua bru kita claim loss of use kat insurans co kereta pelanggar? Walaupun dia guna third party insurans
AO says
Third party cuma tak cover tuan punya kereta. Kereta yang dilanggar cover
Leong says
Minggu lepas apabila saya berhenti di dapen lampu isyarat (Merah) kereta belakang langgar kereta saya . Lepas tu kita pergi buat report di balai polis . Minggu ni dapat tau I tak boleh claim insurant si penghentam kerana dia buat report cakap I yang "reverse" I punya kereta and langgar dia . (Memang dia tipu) So , kalua case macam ni , apa saya boleh buat ?
Terima Kasih .
ABG GYL says
Refer pada IO semula. Untuk tahu siapa salah dan betul nanti IO akan keluarkan keputusan
Asis says
Saya terlibat kemalangan 30/9 bila kereta dilanggar pihak ketiga yang mengundur. Saya terus buat report tapi tak bawa kereta ke bengkel sebab IO suruh tunggu laporan siasatan. Setelah hampir 2 bulan baru dapat keputusan sebab pihak ketiga tak puas hati keputusan awal dia bersalah dan bawa ke mahkamah tapi mahkamah tolak. Hari sama dapat keputusan dari IO terus contact bengkel dan minta diorang ambil kereta di yang masa tu park di rumah. 2 hari lepas hantar kereta, insurans saya call cakap dah lulus. Bukanke patut insurans pihak ketiga yang tanggung? Dan sepanjang tempoh kereta tersadai kat rumah sementara tunggu keputusan IO dan sepanjang tempoh di bengkel, boleh claim loss of use ke? Harap ada yang boleh membantu bagi pendapat. Thanks
AO says
Soalan sedara/sedari tak jelas pasal keputusan repot. Siapa salah?
Kalau pelanggar salah, kita boleh claim insurans dia. Kalau kita salah, kita masih boleh claim insurans sendiri (kalau 1st party). Boleh jadi pihak insurans kita yang claim daripada insurans pelanggar. Contoh, Etiqa claim daripada AIA. Loss of use pun boleh claim jugak kalau kita tak salah. Apa-apa hal, kena tanya pihak insurans.
Asis says
Pelanggar salah Tuan...estimator kata kereta siap dalam 12 hari tapi ni dah dekat sebulan tak siap2 jugak...hmm...susah ya, kerana kesalahan orang lain, orang lain yang kena tanggung akibatnyay juga...berhati2 di jalan raya, jangan sebab kelalaian kita mendatangkan bahaya kepada ahli keluarga sendiri dan orang lain juga.
Ai says
Salam. semalam kereta saya dilanggar dari belakang. saya dah pegi balai polis dan buat report. tapi saya tak dapat salinan report. sarjan (IO) yang kendalikan kes saya tu kata lepas 2 minggu baru saya dapat report. betul ke? "tapi kalau nak cepat boleh lalu saya, 2-3 hari boleh siap" dia ckp mcm tu.
bukan ke yg 2 minggu tu full report/siasatan tapi salinan report tu patut saya boleh dapat serta merta semalam? saya buat report di cawangan trafik.
ABG GYL says
Salinan report boleh dapat terus atau masa waktu bekerja. Tetapi keputusan kebiasaannya kena tunggu dalam masa 1-2 minggu baru dapat.
nana says
saya nak tanya, berapa kena bayar utk dapatkan keputusan report polis tu ye?
Chyn says
I want to know this also
Muhammad Nurfirdaus bin Adam says
Kes saya kena bayar rm100 siap pos sebab lokasi balai jauh dengan rumah.
ernie says
adekah amaun rm100 tu standard di semua balai/cawangan trafik atau berbeza mengikut kawasan masing2? sbb ade yang just bayar rm50 sahaja, ade yg pernah bayar sampai rm150?boleh bagi penjelasan berkaitan isu ini...TQ
Hazwan says
Bulan 4 sya kemalagan langgar botut kete orng.so da stell dah mkn 3bulan dah.tibe2 je hari nie dpt surat mahkamah dy mntk 20ribu.apa hal ketenya rosak sikit je..so tgh pening kne naik mahkamah..
Ika says
Sy br dilanggar oleh individu yg tiada lesen, kereta tiada cukai jln, pemandu tak nak byr penuh. Sy dh pon membuat report. Skrga sy hya boleh claim insurans sendiri dan ncd terjejas. Apa yg perlu sy lakukan skrg?
AO says
Boleh buat tuntutan mahkamah
Boy says
kalau claim insurance dan claim tepi dari pelanggar salah dari sisi undang2 tak?
sebab semasa insurance agent buat inspection (accident benar belaku atau tidak), dia kata jangan sebab ..1 accident tapi claim dari 2 pihak...
ABG GYL says
Abang tak faham apa yang hang ingin sampaikan. Boleh cerita dengan lebih jelas
Ilyas Rashid says
Salam...bulan 9 tahun lepas sy telah melanggar belakang sebuah kereta yg telah berhenti secara mengejut. Laporan polis telah dibuat dan sy didapati bersalah dan didenda rm300. Sy telah maklumkan pada pemilik kereta yg dilanggar utk membuat tuntutan keatas insuran saya. Tapi baru2 ni pemilik kenderaan tsbt menuntut utk sy membayar rm2000 utk kos yg telah digunakannya utk membaiki keretanya. Dia memberi alasan kalau nak claim insuran sy nt lambat jadi minta sy bayar cash. Sy bertegas tak akan bayar secara cash. Adakah dia boleh ambil tindakan undang2 terdap saya...
ABG GYL says
Untuk kes ini, kami syorkan hang tak perlu bayar. Biar insurans yang selesaikan benda ini. Pihak ketiga tak boleh buat apa-apa memandangkan laporan Polis dah dibuat. Kebiasaannya untuk percepatkan proses, pihak ketiga boleh tuntut insurans dia terlebih dahulu sebelum claim insurans terhadap anda.
Saddam Hussein says
Saya baru terlibat kemalangan pada minggu lepas. Kesalahan adalah kenderaan di belakang yang melanggar saya. Kenderaan saya telah dihantar ke bengkel dengan memberi dokumen Report Polis, Salinan I.C dan Lesen, Cover Note Insurance dan Geran Kenderaan. Dokumen yang masih belum dihantar adalah
1.Keputusan bertulis siapa salah.
2.Gambarajah draf situasi kemalangan.
Disebabkan kemalangan berlaku jauh dari tempat tinggal saya, jadi agak sukar saya untuk mendapatkan kedua2 dokumen di atas di balai polis. Dan IO telah bersetuju untuk menghantar secara pos kepada saya.
Cuma saya agak ragu apabila dia meminta untuk buat bayaran RM 50 untuk dokumen dan RM 10 bayaran pos. Untuk pos saya tidak kisah untuk membayarnya, cuma untuk dokumen saya kena bayar RM 50.
Adakah memang dikenakan bayaran RM 50 untuk dokumen tersebut? Mohon nasihat daripada Tuan.
Terima Kasih Tuan.
AO says
Ikutkan memang ada caj untuk salinan ori, tapi murah saja. Rasanya tak sampai pun RM10. Boleh cuba semak harga di balai trafik terdekat
izzad says
saya accident, motor langgar belakang. dia tiada lesen memandu. sebabkan sikit sahaja kemek, saya cakap kira settle luar je, so saya x report, in case dia buat report, saya kira bersalah?
AO says
Seeloknya tuan buat repot sebagai perlindungan diri. Boleh maklumkan dalam repot pasal settle luar.
Tapi memandangkan dia tak ada lesen, so jangan risau sangat. Risiko salah lebih ke atas dia
Huda Maisara says
Saya pernah eksiden tahun lepas..claim pakai insuran sendiri..baru-baru ni saya cek ncd saya tak ditolak..sepatutnya ncd saya 0% kan sebab tolak dari eksiden tahun lepas..patut ke saya call balik bengkel yg repair kete saya atau saya berdiam diri je?? Kalau saya berdiam diri, untuk akan datang perkara ni akan berbangkit balik tak??
ABG GYL says
Adakah melibatkan pihak ketiga?
Apis says
Kalau pelanggar nk settle luar perlu buat report polis tak?
AO says
Sebenarnya repot polis tu prosedur untuk claim insurans. Kalau bercadang tak nak claim, sepatutnya tak perlu repot. Boleh terus bawa ke bengkel dan minta pelanggar bayar.
Tapi ada beberapa kes, lepas setuju nak settle luar, tiba2 pelanggar buat repot pula.
Jadi untuk keselamatan, boleh buat repot dan nyatakan dalam repot tu yang pelanggar setuju settle luar. Sebagai back up atas keselamatan
Aida says
Slm.. Ay ingin bertanya.. Kereta saya br dilangGar semalam dari belakang... Kereta x blh gerak... Kereta tu atas nama sy.. Tp digunakan oleh abg ( dlm insurans mmg dia second driver)..so abg sy ke balai polia. Buat laporan ... Then peg oenyiasat tlg cari towing.. Hantar ke bengkel... Salinan report ada. Tp saya x pasti samada dia saliran Bercop ORI atau tidak.. Org yg melanggar x buat report just call abg saya ketika dibalai dan katakan abg sy blh claim insurans dia.. Soalannya. Apa yg oerlu sy buat sbg pemilik kereta?
ABG GYL says
Untuk claim insurans, pihak ketiga perlu buat laporan polis sekali. Laporan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian. Berdasarkan situasi Aida, semua proses dah setel. Sekarang cuma perlu refer pada bengkel untuk claim insurans. Report original boleh dapatkan di Balai Polis. Untuk tunggu report dari IO, kebiasaannya akan mengambil masa beberapa hari untuk tahu siapa betul dan siapa salah.
AO says
Kalau nama driver ada dalam insurans, owner boleh rileks saja.
Izz says
Slm , sy tertanya tanya , 2 minggu lepas sy terlanggar kereta yg tibe2 berhenti secara mengejut , sy dah buat repot polis dan dah disaman , dia pun da cakap "settle ". Kiranya claim dgn insuran lah kan , tanpa perlu 'kacau' sy kan ? Tiba2 semalam dia hubungi sy untuk bincang tentang claim , bukan sepatutnya dia contact dgn insurans ke ? Adakah sy berkemungkinan dikenakan sebarang tindakan dr pihak berkuasa ?
ABG GYL says
Jika kedua-dua pihak telah buat laporan polis, urusan seterusnya adalah di insurans. Dia boleh follow up bengkel.
Din says
2 minggu lepas sy terlanggar 1 kereta yg berhenti secara tiba2 di lane kanan , so sy buat report polis dan dikenakan saman. Memang nak settle dgn insurans lah. Sbb dua2 pun setuju untuk settle dgb insuran. Kiranya dia sepatutnya xde lah nk kacau sy kan ? Sebab skrg sy musykil dia tiba2 hubungi sy untuk discuss ttg claim . Sy x tahu nk buat apa. Adakah die berkemungkinan akan mengenakan tindakan lain pd sy ?
AO says
Tak ada. Sebab kita dah kena saman dan dia boleh claim insurans kita
Hafiz says
Salam. Kalau kemalangan dengan budak bawa motor tiada lesen cross jalan dan roadtax motornya hidup.. boleh tak saya claim loss of use ke atas insuran motornya?
Arie says
Assalam...
Baru2 ni adik saya terlibat dalam kemalangan di lebuhraya seremban yang melibatkan sebanyak 4 biji kereta. Kereta yang dipandu oleh adik saya adalah sebuah kereta proton (usia kereta 1tahun) dan merupakan yang ketiga dari belakang di tempat kejadian.
Untuk makluman tuan, kereta adik saya telah dihantar ke proton servis seremban untuk dibaik pulih dengan tuntutan insuran kereta sendiri dahulu kemudian baru claim pada yang bersalah. Oleh kerana adik yang tinggal di Melaka, urusan proses claim tersebut menjadi sukar memandangkan pihak proton servis seremban tidak menyediakan khidmat runner untuk mengambil dokumen-dokumen kemalangan tersebut. Jadi disini saya ada beberapa persoalan, antaranya adalah :
1) Adakah boleh adik saya mengupah runner dari bengkel yang lain? Bagaimanakah caranya? Dari segi bayaran, bolehkah dicas pada pihak insuran?
2) Bagaimanakah cara mahu mendapatkan salinan cover insuran pihak yang bersalah untuk dibuat tuntutan?
ABG GYL says
1. Dokumen boleh dihantar oleh sesiapa saja kepada pihak Pusat Servis (SC) Proton di Seremban (kos tanggung sendiri).
2. Ya, anda boleh membuat tuntutan insurans sendiri dahulu sebelum tuntut insurans si pelanggar (tujuan percepatkan proses)
3. Untuk membuat tuntutan pada pihak insurans si pelanggar, kebiasaannya pihak SC yang akan tolong selesaikan (si pelanggar juga harus buat laporan polis, jika tidak anda tidak akan dapat tuntut daripada pihak si pelanggar).
4. Anda tidak perlu membayar sesen pun kepada pihak insurans melainkan dikenakan penalti sekiranya polisi berkenaan tidak mempunya penama orang yang bawa kereta pada ketika itu.
ema says
Salam,
Baru-baru ini suami telah terlibat dengan kemalangan kereta dan yang bersalah adalah pelanggar yang menghentam kereta suami. Laporan telah dibuat dan sedang dalam proses dokumen siasatan.
Persoalannya, suami tidak terus menghantar kereta di bengkel kerana perlu mengerjakan umrah selepas kemalangan. Adakah menjadi kesalahan tidak terus menghantar kereta ke bengkel dan membuat tuntutan ke atas insurans persalah? Jika dikira dokumen siasatan siap selepas suami pulang dari umrah. Bolehkah insuran dituntut selepas dokumen siap melalui bengkel? Claim bagi kereta tersadai dirumah bolehkah dituntut?
TQ
Nonanasya says
Kereta saya dilanggar dari belakang ...utk claim insurans semua dh buat dan sekarang hampir 3 bulan dh di bengkel katanya tunggu sparepat@ alat ganti datang...soalan layak tak kita tuntut claim lost of use pda insurans
ABG GYL says
Ya, layak. Boleh minta daripada workshop uruskan
Nonanasya says
Blum paham lagi . Claim lost of use tu kta claim kat insurans sendiri ke apa sbb semalam dh tya workshop katanye tak dpt dh lh byk karenah ari tu ckp 3 mnggu lgi sparepart sampai ..bila tya lgi tggu mungkin pertengahan mei...boleh bagi info lgi tak kat sya
AO says
Jarang workshop nak tolong uruskan hal ni sebab claim tu kita yang dapat. Boleh direct tanya insurans
Nasib malang says
Salam..saya baru kemalangan semalm, motosikal langgar belakang kerta saya and kami dah buat report..dan pesalah dikenakan denda rm300 tetapi apabila berbincang balik, dia nak settle luar..boleh ke saya tarik balik report and adakah denda akan terbatal??..sebb pesalah tu ada lesen P..
ABG GYL says
Boleh tarik semula report. Buat di Balai Polis
Shira says
Bang, saya nak tanya, kereta sy baru dilanggar dari belakang dan org yg melanggar tu nak claim insuran dia. Persoalannya kita yg dilanggar ni perlu ke sediakan ic dan lesen?
ABG GYL says
Kalau nak claim insurans pihak ketiga, dua-dua kena buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Selepas itu IO akan tentukan siapa yang betul dan salah. Bawa laporan polis tu pergi ke bengkel untuk claim insurans pihak ketiga.
Shaziela Binti Mohd Laili says
Salam bang..sya nak tanya..kereta saya kena langgar lari semalam..nasib baik ada saksi kejadian dan saya dpt trace owner kereta tersebut..tapi owner kereta tu cakap kereta dia kena curi dan kalo nak claim claim saja atas insurans kereta dia..laporan polis telah dibuat oleh kedua2 pihak..soalan saya boleh ka saya pergi hantar kereta saya ke bengkel terlebih dahulu sblm menunggu hasil siastan IO?
ABG GYL says
Kalau nak claim insurans, kena tunggu laporan daripada IO dahulu. Tapi boleh aja hantar kereta ke bengkel dulu. tak ada masalah.
ema says
bagaimana jika si pelanggar telah membuat laporan polis tetapi tidak mahu memberi kerjasama seperti tak mahu serahkan dokumen- dokumen berkaitan dengan pelbagai alasan..apa yang perlu saya buat
Catherine Tee says
Salam sejahtera, saya baru terlibat kemalangan 2 hari lepas masa pergi melancong dekat Perak. Kesalahan adalah kenderaan di belakang yang melanggar saya. Disebabkan kemalangan berlaku jauh dari tempat tinggal saya, jadi sukar untuk saya mendapatkan dokumen di balai polis. Dan IO telah bersetuju untuk menghantar secara pos kepada saya.
Tetapi saya ragu apabila dia meminta untuk buat bayaran RM 200 termasuk bayaran pos.
Adakah saya perlu bayar bayaran tu dan bolehkah saya dapatkan dokumen tu dekat polis traffic yg terdekat dengan tempat tinggal kita.
Mohan nasihat Tuan, Sekian, Terima Kasih.
Fikri says
Tuan,
Saya terlibat dalam kemalangan yg mana kereta saya dilanggar oleh motorsikal. Semua pihak telah membuat laporan polis. Sy plan nak buat claim menggunakan insuran motorsikal yg langgar saya. Bila tanya semua bengkel kereta, semua tak nak terima menggunakan claim insuran motorsikal w.pun owner motorsikal mempunyai insuran comprehensive. Apa yg patut sy lakukan sb sy x nak kehilangan NCD insuran kereta saya sb sy tidak bersalah.
ABG GYL says
apa jenama kenderaan tuan? atau tuan bolej rujuk kepada syarikat insurans pihak motosikal.
Ameer says
Salam, saya mohon khidmat nasihat daripada yang lebih berpengalaman.
Adik saya telah menunggang motorsikal dan dilanggar oleh sebuah kereta. Motorsikal telah dibaiki dengan menggunakan insurance sendiri terlebih dahulu. Polis sudah pun mengeluarkan saman kepada pelanggar tersebut dan menurut pihak Polis, mereka tidak boleh keluarkan keputusan kerana si pelanggar enggan menanda tangan / bayar saman tersebut dan kes masih lagi di mahkamah. Apa yang saya boleh buat untuk percepatkan process ni supaya saya boleh claim balik NCD saya? TQ
Aiman says
Pagi tadi saya terlibat kemalangan dengan kereta(saya menunggang motosikal).Kemalangan berpunca daripada saya Jalan ketika lampu kuning ke merah Dan tiba2 kereta ITU keluar Dari simpang kiri tetapi dia berada lorong kiri bukan lorong kanan untuk Membelok.kedua2 pihak telah report polis.adakah saya dikira bersalah? Dan adakah saya boleh claim insurans walaupun saya bersalah?
ABG GYL says
kena tunggu report dari IO dulu tengok siapa yang salah. walaupun pihak tuan salah, tuan tetap boleh buat tuntutan insurans.
Aiman says
Terima kasih,lepas dah dapt kputusan saya akan minta nasihat lagi.Cuma saya nak Tanya APA yang perlu saya buat kat motosikal saya yang mengalami kerosakan teruk(enjin x leh start)motor Ade kat umah saya.
ABG GYL says
jika terbukti anda salah, bertanya pada pihak insurans anda dimana bengkel panel mereka. begitu juga sebaliknya. minta pihak insurans syorkan bengkel panel mereka untuk baiki atau kalau pihak tuan tahu di mana bengkel yang ada buat claim insurans, boleh saja hantar di sana.
Kakak says
Slm.. Sy nk tanya minggu lpas sbuah kreta tlh mlangar kreta sy. Sy tlh buat rport tp dia enggan buat report dan hanya mnunggu utk byr saman. Persoalannya bgaimna sy mahu claim insuran dia sdangkn dia tdk mhu buar rport di blai. trima ksih
Hit n Run says
Salam,
Semalam ketika saya memandu di Highway Seremban di lorong kanan sebuah 4×4 cuba memasuki lorong saya tapi tidak berjaya lalu melanggar bahagian fender kiri hadapan kereta saya menyebabkan kereta saya kemek dan hampir berpusing.
Kereta 4×4 itu kemudian memecut laju dan meninggalkan kawasan kemalangan. Rakan saya hanya sempat mengambil video semasa 4×4 dalam cubaan ia melarikan diri memandu secara bahaya dan tidak mahu berhenti.
Saya tidak berani nk kejar kerana risau keadaan fender yg dilanggar mgkn terkena tayar dan berhenti segera di bahu jalan untuk memeriksa keadaan kereta masih boleh bergerak dan segera ke balai berhampiran.
Persoalanya, jelas kereta saya telah di langgar lari dan pelaku melarikan diri..boleh kah saya claim insurance pelaku?dan bgaimana cara nya? eksident report berlaku jam 6ptg..jadi saya xdpt report ori..
ABG GYL says
Adakah pihak tuan dapat merakam nombor pendaftaran 4x4 berkenaan? Jika dapat, tuan boleh claim insurans pihak ketiga. untuk mempercepatkan proses, boleh claim insurans sendiri terlebih dahulu sebelum bertukar kepada insurans pihak ketiga (pemilik 4x4) sekiranya dia telah buat laporan polis.
Hit n Run says
rakan sempat merakam no plat lepas dia langgar tu. cuma nak tahu la, IO inform saya yg pihak ke3 xbuat report smpai ke hari ni. mcm mana dgn ncd saya ni.apa perlu saya buat.
Baharudin says
Assalamualaikum tuan... Sy perlukan minta bantuan nasihat dan pandangan.. sy baru shj accident pd 17/08/2017.. kereta sy d langgar oleh sebuah lori dumtruck dri arah hadapan yg sedang memotong sebuah lg lori treler.. lori tu memotong ketika menuruni bukit dan kereta saya masa tu d atas jambatan.. lori tu melanggar sy betul2 di hujung jambatan dan myeret kereta saya lbh kurang 70m ke belakang shigga ke tgh jambatan.. kereta sy mengalami total lost.. driver lori tu mengaku salah, dia ckp brek nya tdk bfungsi.. laporan polis telah d buat.. dan mmg driver lori tu bersalah.. boleh ka sy claim insuran lori tu utk mbayar baki hutang kereta sy d bank yg sy kira2 dlm 19ribu lg.. dan boleh ka sy claim jg insuran kereta sy utk kluarkn kereta baru.. mohon pandangan dan nasihat..
ABG GYL says
Untuk kes sebegini, ia hanya boleh claim sebelah pihak saja. Anda akan dapat claim total amaum total lost. Kebiasaannya boleh bayar duit hutang dan akan dapat lagi duit extra. Apa-apapun, kami minta pihak tuan rujuk pada pihak insurans berkaitan pampasan
tanggabiru says
kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuat motosikal. beliau mahu settle luar dan ingin membayar kos pembaikan. saya telah membuat report polis. berapa lama report boleh ditarik balik? jika dia mahu settle luar, bagaimana caranya utk saya percaya kepada beliau?
ABG GYL says
Selagi belum setel, kami nasihatkan jangan tarik report dahulu. Jika mahu setel luar, pastikan dia bayar. Jika pihak cik dah repair dan dia tak mahu bayar, tuntutan insurans tidak akan dibenarkan lagi.
Zahid says
Salam.
Kereta saya telah dilanggar dari belakang oleh lori 1 tan. Saya telah memberikan pilihan untuk settle luar atau settle di balai. Dia tidak mahu settle melalui kedua-dua kaedah, dan tidak mahu ke balai polis.
Saya telah membuat laporan polis. Kepada siapa patut saya buat tuntutan? Saya tidak mahu mengganggu NCD kereta saya.
ABG GYL says
Tindakan untuk membuat laporan polis adalah betul. Nanti pihak polis akan memberi arahan kepada pemilik lori untuk pergi ke balai polis untuk ambil keterangan. Nasihat kami, anda boleh claim insurans sendiri lagi dan claim insurans pihak ketiga. Atau boleh merujuk kepada pihak insurans anda ambil.
Aya says
Salam, kereta sy dilanggar oleh lori semalam. Repot polis dh dibuat bersama pemandu lori tersebut. Kereta sudah dihantar pada bengkel panel. Tp, dorg Ckp, kalau exident dgn lori ni susah sikit nk claim. Walaupun 1tan. Kena claim insurance kita dulu, then upah lawyer sue pihak lori tu. Lawyer tu sendiri cari. Ada cara lain tak? Mcm xbest la, dh la nk guna insurance sy, lawyer pon sy jugak. Mcm rugi aje. Padahal terang2 lori tu salah.
ABG GYL says
cuba rujuk pada pihak insurans anda ambil dan cuba panel bengkel lain.
Chyn says
Hey bro, my situasi sekarang ni macam:
last 2 week, semasa I balik hometown, I kena langgar di Perhentian Seremban, then pelanggar tu & I pergi Balai Polis Trafik Nilai buat report, lepastu dua kami balik hometown masing2. FYI, I tinggal di Kulai, Johor tapi pelanggar tu KL nya org.
Sekrg I mau claim pelanggar tu punya 3rd party insurans, tapi Perodua Agent cakap I perlu balik Nilai ambil Keputusan Siasatan report tu baru boleh claim insuran.
So, what should I do? I need working, I do not have time to go Nilai
ABG GYL says
Bro boleh minta pegawai penyiasat pos atau minta kawan tolong ambilkan.
Chyn says
So, apa harga keputusan siasatan report ni?
awie says
salam, 3 hari lepas saya kena langgar, yg langgar ajak buat report. saya lupa nak minta no telefon.. kereta pi hantar kedai, hari ini kedai bagitau tak boleh claim insuran yg langgar saya tu sbb insurannya dah tamat tempoh. call dia pun x dapat( minta no dgn balai)
apa nak buat ya....
ABG GYL says
Nombor pendaftaran ada tak? Jika ada pergi buat report dan bagi sekali nombor pendaftaran. Nanti pihak penyiasat polis (IO) akan hantar surat minta pemilik kenderaan itu buat laporan atau beri keterangan di balai.
pawie says
no pendaftaran memang ada, dan memang dia pun sudah membuat polis report. Keputusan memang menunjuk dia salah dan dikompoun RM300 shj.
Masalahnya Saya tak boleh buat tuntutan insuran pihak ketiga keran insurannya dah tamat tempoh. Terpaksa guna insuran sendiri. ini menyebabkan NCD saya hilang. Apa pandangan Tuan....
ABG GYL says
mohon tuan rujuk pihak insurans yang tuan ambil.
Law says
Pada bulan april lalu kete saya di langgar dr arah belakang, repot polis dh buat, dan pelanggar tu yg di saman rm300. Claim incurance settel. Tp baru2 saya nk renew roadtax&incurance NCD saya 0%. Bukan ke incurance claim kete pelanggar? Kenapa NCD saya yg ditolak?
ABG GYL says
ya, sepatutnya NCD anda tidak diganggu. cuba rujuk pihak insurans anda
Chyn says
Two minggu yg lalu, aku kena langgar dari belakang. Sekarang aku mau claim pelanggar tu punya 3rd party insuran, tapi Perodua Service Center cakap kalau aku mau claim 3rd party insuran, aku perlu balik balai polis Nilai,Seremban ambil tu keputusan siasatan report, kesukaranku adalah aku tinggal di Kulai,Johor. Tapi aku ada kerja, tak ada masa ambil unpaid leave pergi Nilai ambil report.
So Perodua Center punya orang cakap mereka boleh tolong I pergi Nilai ambil report tapi mau charge aku nearly RM200!! I feel like unreasonable!! Is this true? Can this fee included as insuran?
Fida says
Hi. Mohon pencerahan. Saya baru accident tengahari tadi. Kejadian tu di simpang 3 saya nak keluar simpang untuk ke kanan. Tapi disebabkan fmrasa kurang yakin dengan kereta yg laju, saya berhenti dan hampir makan jalan. Saya decide untuk reverse sedikit untuk beri laluan kereta lalu. Salah saya tak tengok belakang dan terus reverse. Then kebabommmm. Saya yg langgar. Yang pelik bumper kereta saya disebelah kiri, dan yg dilanggar bumper sebelah depan kanan. Saya rasa dia nak menyelit ke kiri. Sampai saat ni saya tanya nak settle macam mana tapi tiada jawapan. Saya risau orang tu buat report dan saya tak. Sebab saya dah tanya dia nak settle macam mana. Minta pendapat
ABG GYL says
apa jawapan diberikan oleh pihak ketiga? jika dia kata tidak mahu buat report, maka perlu setel luar.
zailinda says
HI. Saya nak dapatkan sedikit info dari tuan. Bln Mac yang lepas kereta saya telah dilanggar sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk dan terpaksa memanggil tow truck untuk ke balai polis berdekatan.. bln 6 kereta saya telah siap dibaiki, malangnya sehingga ke hari ini saya masih tidak dapat menerima apa-apa lapuran tentang apa yang telah diganti oleh bengkel. (telah beberapa kali telefon bengkel) Antara alasannya adalah telah disubmit ke insuran tetapi adjuster belum datang. walaupun kereta telah dibaiki tetapi saya tidak berpuas hati sebab sebulan selepas itu saya merasakan ada yang tidak kena dengan kereta saya ketika memandu dan menghantar kereta saya ke toyota untuk di check (kereta saya toyota rush) dan saya dimaklumkan bahawa gantian tersebut adalah yang bukan original. pihak toyota inginkan lapuran tersebut untuk melihatnya tetapi tiada. jadi apa patut saya buat? inilah pertama kali saya terlibat dengan kemalangan setelah lebih 18 tahun memandu. jika saya hendak tuntut LOU (lost of use) berapa lama masa yang diberikan untuk saya membuat tuntutan?. mohon maklumat dari tuan.t.kasih.
ABG GYL says
Untuk LOU, anda perlu tuntut semasa proses claim insurans. If dah tutup kes, dah tak boleh claim.
Setahu kami kedai akan bagi waranti untuk barang ditukar. sekiranya rosak boleh diganti semula berdasarkan workshop. setiap workshop mempunyai law berbeza.
Fikir says
Salam,
Sy nk tanya. Apa hak sy dengan pihak insurance, jika sy mahu kereta sy diisytihar total lost? Fyi, keta sy xcident bln lepas melibatkn 3 biji kereta. Report polis mengatakan sy x bsalah. Skang ni hentaman dr keta belakang menyebabkn keta sy terbalik upside down, dan pillar bumbung sy kemek. Bila sy tny pihak insurance dia kata keta masih boleh dibaiki sedangkn sy rs x selamat utk pakai lg. Pihak bengkel juga menyatakan sy perlu menambah utk kos pembaikan. Fyi, keta sy berusia lebih 10 tahun. Insurance cuma mahu byr cost 50% dr sum insured.
Pihak insurance juga mengesyorkn sy utk claim loss of use dr 3rd party shj, dan repair cost pd insurance sendiri. Sedangkn sy mahu semua diclaim atas pihak yg bsalah.
Skang ni sy rs teraniaya. Boleh bgtau apa hak saya sebagai pembayar insurance? Atau apa yg perlu sy buat?
ABG GYL says
anda perlu rujuk semula pada pihak insurans pihak cik/tuan
Nurul says
Apa saya boleh buat kalau kereta saya kene langgar belakang..dah sttle ambik gambar smua..org tu cakap nk sttle luar.. 1 week still lagi contact..dia cakap..duet tak ckup..skrang tba2..dia block sy smua..bila aritu dpt contact..dia mrah sy..suruh sy report..sedihnyee....sy kesian dekat dia..tapi..last2..sy mcm ni..ape sy bole buat..sy still ade bukti smua..dan voice mail dia watsup ngan sy smua ade..
ABG GYL says
Anda boleh buat laporan polis terus dan claim atas insurans pihak ketiga.
areez says
nak tanya, kenapa orang bengkel kata loss of use yg dia buat total rm760 tapi kalau saya dapat claim cuma rm200 sahaja. kenapa jadi macam tu yea?
Wahida says
Salam. Nak tanya kalo kereta saya nak keluar (reverse) parking dan terlanggar kereta dari jalan utama, siapa yang salah? Kereta keluar parking perlahan je. Sebelah kereta ada hilux pa jang tgh parking yg buat tak boleh nampak kereta yang akan lalu. Siapa yang salah ye?
AO says
Hukum asas kemalangan, kesalahan adalah kepada orang yang melanggar walaupun kereta hadapan berhenti mengejut sekalipun. Kecuali kes-kes tertentu yang akan diputuskan pegawai polis penyiasat.
Safirah says
Kejadian ni la yg jd dgn sy td. Org tu kuar dr parking. Sblh dia hilux. Mungkin dia x nmpk. Dia trlanggar bumper kereta sy. Sy pun x nmpk kereta dia nk kuar. Sy sempat nmpk kreta dia, n sy try elak dgn lajukn lg kreta tp smpat jugk dilanggar. Dia x nk ganti rugi. Dia ckp sy yg laju..so, berbaloi ke bawa kes ni balai polis..or pasrah saja sy yg repair sndiri kereta?
ABG GYL says
Jika teruk, mungkin boleh consider claim insurans.
Subrin says
Salam sy subrin. Ingin bertanya. Sy mendapat kemalangan 3 hari lepas dan telah membuat report polis pada masa itu. Report itu bertulis jalan sesak tiba-tiba tayar belakang pecah sebelah kiri. Menyebabkn kereta sy hilang kawalan dan langgar sebuah kereta mayvi yg berada di hadapan sy dan berpusing beberapa kali dan terbalik memyebabkan keseluruhan kereta mengalami kerosakan.. setelah 2 hari berlalu sy berehat di rumah akibat sakit di tengkuk dr kemalangan itu. Baru la sy membaca balik report berkenaan dan Sy rase sy telah membuat report bertulis tidak sama ape yg berlaku di masa kejadian. Dalam situasi ini adakah pihak polis tidak membuat siasatan dan terus mengesahkan kesalahan itu adalah 100% kesalahan sy. Dari apa yg report sy telah buat.
InvinceZ says
Assalamualaikum.
Kereta saya telah dilanggar dari belakang oleh motorsikal. Laporan polis telah dibuat. Pemilik motorsikal enggan membuat penyelesaian luar (tidak mahu bertanggungjawab). Apa pilihan saya?
Adakah boleh saya membuat penyelesaian/ tuntutan ganti rugi melalui mahkamah?
Zuraimee says
Salam tuan, maaf ganggu ..kereta saya org langgar belakang masa parking. Dan dah buat report. Salah org tu dan claim insuran dia. Masalah nya kereta dah dekat sebulan kat workshop. Kereta dah siap tapi tak dapat keluar sebab katanya edjuster belum bagi report. Kalau proses pihak insuran yg slow ada ke ketuntutan yg boleh saya buat. . T. Kasih..
teh says
Assalamualaikum..saya dilanggar oleh kereta lain tetapi saya terlupa insurance kereta saya sudah tamat tempoh dan memang ingin diperharui pada hati sama kejadian..adakah saya boleh menuntut insurance pihak yang melanggar saya..
terima kasih
ABG GYL says
Jika ikut undang-undang, anda masih boleh buat tuntutan insurans pihak ketiga tetapi anda akan disaman kerana memandu tanpa cukai jalan yang sah.
NOR AZUIN SABTU says
Salam . Minggu lepas sy terlibat kemalangan . Kereta sy melanggar belakang kereta lain yang ketika itu berhenti secara mengejut disebabkan terdapat sebuah kotak kosong di tengah jalan raya . Selepas itu , kami memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan . Dengan keadaan yang terkejut , sy x sempat untuk mengambil gambar memandangkan 5 minit selepas kejadian , hujan lebat turun dan sy terpaksa meninggalkan kereta dan mencari tempat berteduh di kawasan lain . Sy x pasti kalau kenderaan di depan sy telah membuat laporan polis . Tp , buat mase ni kereta sy masih di bengkel dan dalah proses untuk estimation kos baik pulih . Baru sebentar td , sy dapat makluman pihak bengkel memerlukan gambar semasa kejadian untuk diberi kepada pihak insurans . Ade implikasi ke untuk insurance claim kalau gambar kejadian yg sy bagi cume sekeping dan hanya gambar dari jarak dekat kerosakan kereta ?
P/S : Polis tidak ada di tempat kejadian untuk merakam keadaan kereta semasa kejadian .
ABG GYL says
Ada buat laporan polis?
along says
salam tuan ..sy nak tanya..ayah sy dilanggar oleh 4x4 ketika berhenti di simpang tiga (kwsan felda .hendak pg ke kebun).Pelanggar makan jalan dan x nampak ayah.dan langgar.motor patah fork dan ayah retak sedikit di tumit kaki.ayah ada lesan tetapi motor x da roadtax
pada mulanya pelanggar nak sattle luar..cuma mintk masa.bila dh pada masa yg di janjikan dia byk mengelak..
boleh kah sy buat tuntutan insuran dan tuntutan mahkamah sivil ats kecenderaan ayah sy..ayah x boleh bergerak normal..perlukan tongkat untuk bergerak..dan kerja2 kebun tergendala selama 3 bulan .
mintk nasihat daripada pihak tuan..terima ksh..jasa baik tuan hanya tuhan dpt menbalas..
Safirah says
Kereta sy baru dilanggar td. Org tu kluar parking sy jln lurus. Sy x nmpk bontot dia sbb ada kreta hilux di sblhnya. Kreta dia wira lama n nmpk xda kerosakn. Kereta sy yg bumper rosak. Dr luar nmpk kecik. Rupanya dlm 2 benda pecah n prlu gnti. Dia x nk ganti rugi biar sikit pun sebb dia ckp sy yg salah sebb laju. Tmpt tu tmpt parking belakang pizza hut. Sebbkn sy ni buta undang2 sy ingt sy la yg brsalah tp ttp sakit hati n sy blah gitu sja tnpa ambik no.plat dia pun sebb time tu kebetulan ada kreta kt belakng sy nk gerak n xda tmpt trdkat nk parking..tmpt tu agak sempit. Tp bila sy google n family tau, bru sy tahu yg sy x salah dr segi undang2. N sy tgh fikir mcm nk check cctv kat pizza hut tu tuk check no.plat org tu. Tp bila fikir balik, pnjng cerita..kereta sy tu akn ditahan lama..n sy prlukn kereta tu tuk gerak ke sna sini..so, I need advice. Baiki sndiri or buat report kt balai?
ABG GYL says
Jika kerosakkan terus dan nak buat tuntutan insurans ke atas pihak ketiga (sekiranya Polis menyatakan pihak ketiga salah), dapatkan num plat dan buat laporan polis. Selepas tu proceed untuk tuntutan insurans. Ini akan mengambil masa agak lama sebab pihak Polis perlu cari pihak ketiga. Atau mungkin boleh consider untuk claim insurans sendiri tetapi NCD akan jadi 0 untuk next renew.
Jika kerosakkan tak besar, better repair dan kos tanggung sendiri.
Aina says
Assalamualaikum, nak pencerahan sket...kereta depan nak buat 3-point turn parking, kereta belakang langgar...impact kereta depan fender, tayar, lower arm, rim sebelah kiri habis...impact kereta belakang bumper depan habis & dua2 airbag deployed...kesalahan atas kereta mana ye?
ABG GYL says
siapa yang salah, nanti IO akan tentukan siapa yang salah
mig says
Salam... Nak minta bantuan dan dengar cadangan daripada tuan ye... Kereta sy kena langgar dari belakang 3 bulan yg lalu dan sy telah buat report polis dalam 24 jam tapi pelanggar tu sy x pasti dia sudah buat ke belum. Dalam masa tu, sy ada contact dgn pelanggar tu utk dptkan ganti rugi sbb dia janji nak bayar dan minta sy jgn claim insuran kereta tu. ini disebabkan kereta tu dimiliki abangnya. Tapi sampai ari ni dia x bayar ganti rugi dan cuma nak melepaskan diri. sy rasa nak claim insurance kereta tu je sbb dia jawab call sy tapi x cakap. sekarang sy pun x tau ape yg boleh sy buat. minta tuan bagi sikit cadangan dan padangan utk sy...
ABG GYL says
Sepatutnya selepas buat laporan polis perlu terus buat tuntutan insurans. Kini selepas 3 bulan, kami tidak pasti sama ada pihak insurans masih membenarkan lagi atau tidak untuk anda buat tuntutan. Perkara ini perlu dirujuk kepada pihak insurans.
TOMATOCILI says
As salam....Pada bulan oktober 2017 kereta saya telah dilanggar dari belakang. Saya dan org yang melanggar telah setuju utk claim atas insuran org yang melanggar saya. Saya membuat tuntutan atas insuran saya untuk mempercepatkan tuntuan dan kemudian membuat tuntuan ke atas pihak ketiga.Saya telah beri semua dokumen yang diperlukan termasuk report polis org yg melanggar dan lakaran dri pihak polis kepada bengkel panel insuran saya. Namun baru-baru ini saya semak NCD saya 0%. Mohon pencerahan dari pihak tuan.Terima kasih.
ABG GYL says
Kemungkinan proses mengambil masa. Kebiasaannya pihak insurans akan refund semula kalau proses dah selesai. Mohon rujuk pihak insurans untuk ketahui lebih lanjut.
Shah says
Saya telah melanggar sebuah kereta di traffic light. Saya mengaku bersalah. Kami membuat laporan polis dan saya telah disaman RM300. Saya juga bersetuju supaya kereta yang dilanggar dibaiki dengan claim insuran atas kereta saya. Tetapi, beberapa hari kemudian, tuan kereta yang dilanggar kerap menghubungi saya meminta gantirugi tambahan. Katanya, dia tiada kereta untuk ke tempat kerja dan terpaksa membaiki kereta lamanya dengan kos RM800. Dia meminta saya membayarnya. Wajarkah permintaan tersebut? Dia kerap menghubungi saya dan ahli keluarga mengugut untuk melakukan sesuatu jika saya tidak membayarnya. Mohon nasihat.
ABG GYL says
Mengikut undang-undang, anda boleh ambil tindakan dengan membuat laporan dengan menyatakan anda menerima gangguan daripada pihak ketiga. Dengan ada laporan Polis, dia tak boleh buat apa-apa terhadap anda dan perlu menjarakkan diri dengan anda dan ahli keluarga anda. Selain itu, anda tidak perlu membayar ganti rugi tambahan kerana segalanya dalam tuntutan insurans.
Dan pihak ketiga sebenarnya boleh menuntut lost in found dengan membuat tuntutan tambahan terhadap insurans anda. Pihak insurans ada pengiraan tersendiri untuk membayar kepada pihak ketiga bergantung selama mana kenderaannya berada dalam bengkel.
Yntseyo says
Asslm, bulan 11 2017 kereta sy telah dilanggar dri belkang semasa jalan lurus (tdk jam & tdk hujan). Pemandu blkg mengaku bersalah dan kami terus membuat laporan polis utk urusan claim insurans. Sy diminta pihak bengkel utk membayar rm400 kerana kenderaan yg sy pandu bukan hak milik saya (kakak sy punya kereta). Selepas sebulan, pihak bengkel menghubungi sy & memberitahu bahawa hanya 85% shja insurans yg boleh diclaim & 15% owner yg tanggung kerosakan. Pihak bengkel memberitahu yg sparepart secondhand utk kereta itu tiada & perlu menambah wang sbyk rm2k utk mencri sparepart yg baru. Bolehkah sy meminta bantuan dripada org yg melanggar utk selesaikan masalah ini ataupun pindhkan kereta sy ke bengkel yang lain ye? Lost in use boleh claim x? Mohon pencerahan. Tq
ABG GYL says
Lost in use boleh claim ke atas 3rd party. Tak boleh pindah bengkel sebab dah buat proceed.
Yntseyo says
kos pembaikan bengkel kata perlu tmbh rm2k sbb insurans org yg langgar hnya bole claim rm 85%. Jd apa yg perlu sy buat?
ABG GYL says
Kalau tak nak keluar duit sendiri, boleh claim insurans atas diri sendiri. Tapi akan effect pada NCD tuan
Mukhlis says
Salam,
Kerete saya kena langgar dari belakang sblm raya haji tahun lepas. Kete pelanggar dah mati cukai jalan dan insurance. Saya pn ajak dia buat report polis tapi dia ckp roadtax dia mati dan taknak pegi balai takut kete kena sita. Dia janji nak byr ganti rugi.. macam mana pun, saya tetap buat report polis..dia saya tak pasti ada buat report polis atau tidak..
Lepas berbincang, kami putuskan utk repair, pakai insurance saya.. Sbb of course la saya xboleh nak claim insurance dia..Saya mintak dia byar NCD lost saya je..dia pun setuju..tapi sekarang ni dia mcm nak larikan diri..
Apa yang saya patut buat? Adakah saya boleh menyaman dia? Kalau boleh, bagaimana?
ABG GYL says
Apabila anda buat laporan Polis, adakah anda nyatakan dia sebagai pihak ketiga? Jika ya, kebiasaannya pihak IO akan hubungi owner kereta untuk hadir ke balai untuk beri keterangan.
Berkenaan untuk saman dia atau tidak, ya anda boleh saman. Tapi harus tahu, mungkin kos untuk saman adalah lebih tinggi daripada kos NCD yang akan tuntutkan. apa yang boleh buat, teruskan untuk beri tekanan dan tunjukkan laporan polis yang anda sudah buat.
Sarah says
Assalam.
Saya baru kena langgar 4 hari lepas.. 3 biji kereta. kereta saya tengah tengah. saya dan pelanggar telah membuat report.. pelanggar pon dah mengaku dia bersalah di balai.. Cuma kereta yang saya terlanggar depan kereta saya masih belum buat report. kereta saya dan pelanggar telah dihantar ke bengkel pada hari yang sama kejadian.
saya dan pelanggar telah menghantar dokument yang diperlukan pihak bengkel perodua iaitu ic & lesen owner, geran dan polisi insurans. Disini saya nak tanya berapa lama proses diambil untuk settle semua masalah ini. proses insurans dan baiki kereta??.. Orang yang towing kereta saya cakap dalam 2@3 bulan sebab proses insurans makan masa. Ini pertama kali terjadi dekat saya. Saya betul2 tak faham proses nya macam mana..
Harap boleh terangkan.. tq
Ahmad says
Salam...kereta saya kene langgar dr depan...cermin retak. Tapi insuran xnak cover retakan cermin tersebut.
Untuk makluman, cermin tersebut telah ditukar pada bulan 11 tahun 2017...bermakna baru 2 bulan dari tarikh dilanggar.
Macam mana saya nak claim jugak ye?ssh nk bawa kereta.
ABG GYL says
Sebagai makluman, insurans cermin adalah dibeli secara berasingan. Sekiranya sudah pernah claim pada tahun sama dan nilai claim sudah abis, maka kena keluar duit sendiri.
Zila says
ada x situasi di mana, kita claim amount insuran kita tp NCD kita tidak effect, Tetapi kita cas NCD pelanggar sahaja dan bukan claim insuran nya sekali? .
ABG GYL says
Untuk mempercepatkan proses, kita boleh claim insurans kita terlebih dahulu dan kemudian baru tuntut daripada insurans pihak ketiga tanpa menjejaskan NCD. Dengan syarat laporan atau keputusan Polis menunjukkan kesalahan itu adalah dari pihak ketiga dan bukannya anda.
bmt 9915 says
kalau io pun jnis makan rasuah macam mana plak? keta dilanggar dari belakang semasa hendak membelok ke kiri jalan, oh signal pun dh dibagi tp bila report full keluar kata. kami yang bersalah. tau la bnyak sdara mara kt balai polis. snng je nk pusing cerita. jadi personalanya bolek k buat report baru. suh io kaji semula. boleh ke? sbb kalau nk bawak mahkamah lagi mahal duit.
ABG GYL says
Kalau tuan ada bukti menyatakan IO makan rasuah, boleh saja laporkan pada SPRM. Kebiasaanya IO akan buat keputusan berdasarkan keterangan kedua-dua belah pihak dan gambar rajah kejadian yang diberikan.
mickey says
betul ka bos kalau kereta wira lama tk boleh claim insuran.kereta saya dilanggar dari belakan akibat kereta yg melanggar saya terlebihdahulu dilanggar oleh sebuah kereta lagi dari belakan melibatkan 4buah kereta dan kereta saya ditengah2
Wan hadi says
Keta saya berhenti di simpang kluar jln utama...sebuah keta yg laju tlg langgar keta sy dgn tiba2....dan melanggar keta yg parking di bahu jalan....masalah nya skrg kami tak sempat ambik plat keta si pelanggar....dia hit n run....apa sy perlu buat....keta sy teruk jugak lah sisi kansn depan...minta info n tq
ABG GYL says
Cuba perhatikan ada tak kamera CCTV di area berdekatan. Ada atau tiada, anda tetap perlu buat laporan Polis bagi tujuan tuntutan insurans (jika teruk). Jika kos repair bawah RM500, tidak perlu buat tuntutan insurans, nanti rugi NCD.
Jika teruk, teruskan buat tuntutan insurans dan semestinya NCD anda akan terganggu. Jika anda dapat num plat pihak ketiga, NCD anda tidak terganggu.
Cc says
Salam, nak tanya kalau kereta terlanggar pihak ketiga, telah pun report polis tapi tidak beli laporan tu dan juga terlupa lapor kepada insurance.
Masih bolehke kita beli report tu skrg? Adakah insurance masih claimable?
ABG GYL says
Jika report polis telah dibuat, anda boleh ambil laporan berkenaan dan boleh buat tuntutan insurans. Tetapi bergantung berapa lama anda sudah tangguh.
MOHD TAUFIQ says
kalau saya langgar belakang, saya nak settle luar sebab kerosakkan hanya sedikit, tapi orang yang dilanggar tetap nak buat laporan polis..
apa yang baik? adakah ncd insurance saya akan terjejas?
Muiz says
Assalamualaikum admin, semalam saya eksiden dengan kereta di lorong jalan ke rumah saya, saya sudah masuk lorong dan baru saja mahu jalan ( lorong itu sempit sedikit ) , kereta di arah hadapan yang hendak keluar lorong itu melanggar tepi bahagian motorsikal saya dan kereta dia cuma sedikit kemik di bahagian sisi ( saya ada kecederaan Di bahagian kaki kanan) .... Si pelanggar adalah seorang wanita dan dia keluar terus memarahi saya tanpa ada rasa bersalah padahal dia yang melanggar saya... Lebih teruk dia pula Minta saya ganti rugi dan saya terus membuat report ke balai polis dengan gambar dan bukti saya ada.. Persoalanya adalah jika keputusan report keluar, advantage yang di saman saya atau dia ( si pelanggar) ?
ABG GYL says
Kesemua ini bergantung kepada keputusan IO. Kami juga kurang pasti bagaimana ia terjadi dan kebiasaannya IO akan ada formula untuk putuskan siapa yang silap. Keputusan boleh dapat dalam 14 hari bekerja.
Faz says
Salam.
awal bln ni sy xcident,IO kate 50-50 jd mgkin claim atas ins sendiri. skrg sdg tggu bengkel pggl utk repair. tp smlm sy xcident lg dilanggar blkg. soalan sy skrg,boleh ke sy buat tuntutan insurans sy terlebih dahulu utk kes kedua ni dan dlm ms yg same masih ade kes yg pertama? atau perlu tggu result utk claim insurans pesalah?
Sopi says
Assalam...sy nk ty 2mggu lepas kereta sy yg berada d dlm parking rumah dilanggar sebuah kereta krn terbabas,laporan polis dh dibuat oleh sy n pihak yg melanggar.sy jg dh pergi ke bengkel panel tmpt claim.insurans pihak ketiga tu n salinan report polis pn sdah ditunjukkn.persoalannya pihk insurans.seolah2 tidak mahu melayan tuntutan.yg dibuat oleh sy...apa lg perlu sy buat?
ABG GYL says
Sepatutnya anda hantar mana2 bengkel yang ada buat tuntutab insurans. Dan sepatutnya tak ada masalah. Dapatkan hak anda!!!
zam says
nak tanya. kereta saya dilanggar dari belakang. sy dah buat report. tapi yg melanggar tanak buat report. macam mana nak claim insuran ye?
ABG GYL says
Kebiasaannya IO akan minta pihak ketiga untuk buat laporan. Tapi sekiranya tidak berjaya, anda terpaksa claim insurans sendiri.
nuhi says
aslmkum.saya nak tanya..kerete saya excident sebelum puasa...motor masuk lane sy..insurans cover semua kerosakan..yang saya pelik..esok sy nak amik keret tapi bengkel suruh sy bayar 50 inggit sbb insurans cover rm 130 utk battry tp bengkel ganti battery harga 180 inggit ......n perlu ke sy bayar klu dh insurans full cover??boleh ke sy claim loss of use kat insurans sy???or kene claim kat motor tu?
AO says
Ikutkan tak perlu bayar bateri tu, Bengkel sepatutnya buat apa yang dia boleh claim daripada insurans. Apapun ikut budi bicara.
Boleh claim loss of use kalau bukan kita yang salah. Berapa banyak boleh claim, ikut insurance provider.
Jia says
Assalam.. Kalau perlanggaran melibatkan tiga kereta mcm mana.? Contonye kereta A berlanggar kereta B, kereta B berlanggar kereta C.. Kereta C buat tuntutan insurance under kereta A.. Sepatutnye begitu ke?? Dalam report kereta C pon dia hanya mention dua kereta. Kereta A dan kereta C.. Tp utk report kereta A, hanya mention kereta A dan kereta B.
AO says
Ya, claim daripada kereta belakang, ataupun paling belakang, macam lori belakang sondol 3-4 kereta sekali gus. Kereta paling depan boleh dapatkan 3-4 repot di depan sebagai rujukan, Boleh print saja di balai
Apapun claim tetap berpandukan repot polis.
Shamsul says
As salam, minggu lepas, kereta wife saya telah dilanggar oleh sebuah lori trelar, dan pada hari yg sama kami telah membuat laporan polis. Dan setelah seminggu menunggu, Sarjan beritahu bahawa lori yg melanggar belakang kenderaan isteri saya tudak buat laporan. Bagaimanakah caranya saya nak buat tuntutan, sekiranya keputusan kes tidak keluar.
ABG GYL says
Untuk kes sebegini memang banyak berlaku. Kebiasaannya pihak IO akan cari si pelanggar. Jika tidak berjaya, kami syorkan anda buat tuntutan insurans sendiri jika kos baik pulih tinggi.
Lebih baik guna insurans sendiri daripada tunggu tak ada jawapan.
hariz says
Nak tanya, kalau guna insurans kereta sendiri dulu then br pihak insurans claim pada insuran pelanggar, biasanya ambil masa berapa lama ye?
sebab dah nak renew roadtax dalam masa terdekat, kalau guna insurans kereta sendiri dulu, NCD tu jd 0 kan sebelum buat tuntutan pada insurans pelanggar?
ABG GYL says
Boleh buat macam tu. Tapi terpulang juga dengan bengkel kereta yang tuan hantar. Ada yang tak nak buat selagi tak dapat result dari IO. Tapi kalau nak cepat, tuntut insurans sendiri dulu.
Roslan says
Isteri saya memandu kerwta kawan dia dan telah dilanggar dari belakang. Tuntutan insuran org yg melanggar telahpun dibuat, Ada tak apa2 masaalah andai owner kereta yg isteri saya bawak tu lesennya telah tamat tempoh. Lesen isteri masih hidup lg dan laporan polis jugak atas nama isteri saya sebagai pemandu yg dilanggar.
ABG GYL says
Tidak ada masalah.
Emy says
Salam, nak tanya, contoh kita masih ada hutang dengan bank, duit claim total loss tu akn terus ke bank ke mcm mne? Minx pencerahan ye
Maisarah Nazri says
Salam. Baru2 ni kereta saya dilanggar belakang disebabkan hentakan yang kuat kereta saya meluncur dan melanggar kenderaan didepan sewaktu itu keadaan jalan tengah berhenti disebabkan traffic jam didepan. Tapi kereta depan yang saya terlanggar tidak mengalami apa2 kerosakan akan tetapi, keadaan kereta saya belah depan yang teruk. Lampu cermin kanan saya pecah dan bonet depan saya kiri dan kanan hampir tercabut dan sudah longgar. Saya telah membuat report polis dan kereta yang melanggar saya itu juga telah membuat report polis. Tetapi pihak workshop kata saya tak dapat nak claim insuran orang belakang jika kereta depan yang saya langgar tu tak buat report sekali. Masalah saya sekarang ialah saya langsung tak ada butiran apa2 mengenai kereta depan yang saya terlanggar tu kerana tak sempat ambil gambar no plat nya serta ic dan nombor telefon sebab orang itu terus gerak meninggalkan tempat kejadian mcm tu je. Tapi dia ada ambil nombor telefon saya tapi sampai sekarang tak ada pun call. Jadi apa perlu saya buat sekarang sebab saya tetap nak claim insurans orang yang melanggar kereta saya sebab keadaan belah depan kereta saya agak teruk.
ABG GYL says
Sepatutnya tiada masalah untuk tuntutan insurans. Anda tetap boleh claim insurans si pelanggar. Sekiranya masih tidak dibenarkan, kami syorkan anda semak dengan pihak insurans dan minta pandangan dari mereka. Jika jawapan masih sama, kami syorkan claim insurans atas kenderaan sendiri.
alxe says
Dalam kes saya, motor langgar kereta saya dan masa itu saya(kereta) lampu hijau dan motor tersebut lampu merah, saya hanya sempat ambil no plat sahaja, boleh ke saya claim insurans dari motor tersebut?
ABG GYL says
Boleh dengan syarat buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Tetapi akan jadi masalah sekiranya pihak IO tidak dapat menghubungi si pelanggar.
zack says
Keputusan telah dapat, tapi bagaimana hendak mendapatkan laporan pihak ketiga dan gambar rajah kasar??
ABG GYL says
Ambil di balai. Beli sekali gambar rajah.
Syah ezandra says
Salam..tuan,,saya nak mintak pendapat
Baru2 nie motor saya xcident..,bengkel motor bagi tahu insurance dah declare motor saya total lost..,saya tak puas hati motor saya cuma patah fork dan radiator pecah,..motor saya masih lagi ada hutang dari kedai motor ..boleh tak saya keluarkan motor dari bengkel dan baiki sendiri..atau kena buat apa2 surat permohonan pembatalan claim..terima kasih
ABG GYL says
kalau pihak insurans dan declare total lost, nak tak nak kena ikut
Scha says
Salam, boleh bagi pandangan tak.
Saya excident langgar lari,saya bawak motor untuk jalan straight tapi ada sebuah kereta yang dipadu oleh perempuan cina masuk ke simpang kiri lalu melanggar motor saya dan terus lari.
Kebetulan ada yang datang tolong pergi kejar kereta tu,dia park tepi jln je. Maybe terkejut kot. Dia kata nak datang tempat kejadian tapi tak datang.
Saya buat report sebab ada no plate kereta dia. Bila saya follow up dengan IO selepas 4 hari IO kata, dia dah hantar surat pada owner tapi owner tak datang untuk bagi kerjasama untuk report. Jadi IO kata dia tak boleh nak buat ape2.
Persoalanya, macam tu ke prosedurnya. Dia terlepas, saya yang dapat sakit dan motor mengalami kerisauan.
So lepas ni adakah Kita boleh langgar orang, bila dapat Surat dari balai buat tak tahu sahaja sebab polis tak boleh buat ape kalau Kita tak bagi kerjasama.
ABG GYL says
Kebiasaanya IO akan menghantar surat kepada pemilik kenderaan untuk datang ke mana-mana balai bagi membantu siasatan. Pihak tuan kena sentiasa follow up dengan pihak IO untuk bertanya perkara ini.
yusry says
Bagaimana caranya sekiranya kita tidak berpuas hati dengan keputusan IO polis trarik? Apakah prosedurenya?
NUR ADILAH says
Assalamualaikum..
Nak tanya.. Kereta sy baru je xcident tadi dengan treler.. Treler tu mengaku bersalah.. Masalahnya skrang, sekiranya saya ingin repair kereta di Honda service centre adalah tak boleh claim insurance si pelanggar kerana ia adalah kenderaan perdagangan? Dan sekiranya sy claim insurans sy dulu nnti baru claim insurans pelanggar adakah boleh?
ABG GYL says
Boleh, tiada masalah asalkan pihak pelanggar ada membuat laporan polis
Anisa says
Salam . Saya nak tanya . Kereta saya telah dilanggar dari belakang dan saya melanggar kereta depan . Ketiga tiga kereta telah membuat polis report . Saya akan claim insurans atas kereta yang melanggar saya . Masalah sekarang kereta itu atas nama akak saya dan nama saya tiada dalam polisi insurans . Apa yang saya faham , jika saya hantar kereta di perodua centre mereka akan claim guna insurans saya dahalu selepas itu baru claim ats kereta yang langgar saya . Betulkan saya jika salah . Adakah saya akan dikenakan apa apa charge ? Saya ada call perodua centre. Mereka ckap saya akn dikenakan charge sebanyak 400 kerana nama saya tiada dalam polisi .
ABG GYL says
Betul, anda akan dikenakan penalti RM400 sebab tiada penama dalam polisi insurans. Untuk tuntutan insurans ke atas kenderaan anda terlebih dahulu pun tak ada masalah. Dengan cara ini claim akan dapat lebih cepat. Apa yang dikatakan anda adalah betul
noor says
salam tuan..tumpang tanya..harini saya dilanggar dari belakang ketika baru nak keluar dari parkir stesen minyak, kereta tu laju dan melanggar tepi kereta saya, memang ada saksi mengatakan dia laju, tapi masalahnya kereta saya baru sahaja tamat tempoh insuran, dia nak settlekan benda ni kat luar , tapi dia minta saya yang bayar kos kerosakan kereta dia yg kemek pada pintu, sedangkan dia yang langgar saya, apa yg patut sy buat?
ABG GYL says
Kalau sah dia salah, jangan risau, buat saja laporan polis, Tapi, anda tetap akan di saman atas kesalahan tidak insurans dan roadtax. Jika rasa berbaloi, boleh teruskan.
Yusmanira yusoff says
Salam tuan...2 minggu lepas saya terlanggar belakang kereta..report kedua2 pihak telah dibuat dan saya didenda rm 300...claim insurans keatas kereta saya pn telah dibuat...tapi pihak kereta yang kena langgar meminta saya membayar surcaj yang dikenakan keatas keretanya sebanyak rm400..adakah perlu saya membayar surcaj yang dikenakan oleh proton untuk pihak yang kena langgar?
Amieyra says
Salam tuan ...2 mggu lpas saya melanggar belakang sebuah kereta...report kedua2 pihak telah dibuat dan saya di denda rm 300...claim insuran pn telah dibuat ...tetapi pihak yang kena langgar meminta saya membayar surcaj yang dikenakan oleh proton keatas keretanya..sebanyak rm400...dia mahu saya bertanggujawab sebab langgar kereta dia ..adakah perlu saya membayarnya..?
ABG GYL says
Anda tidak perlu membayar. Boleh abaikan.
izan says
Salam Tuan.. Hari jumaat lepas, kereta sewa yg saya pandu telah dilanggar dri arah belakang oleh kereta lain di hadapan lampu isyarat berwarna merah. Pada malam tersebut, saya telah membuat laporan dan semalam baru saya menghntr kereta utk diambil gambar dan berjumpa dgn Sarjan.. Yang menjadi persoalan saya, Sarjan tersebut tidak bertanya lanjut tentang kes ini.. Saya takut saya akan kalah dlm kes ini dan akan beri kesan ke sekiranya pengalaman memandu saya cuma 2 tahun? Berapa lama kah utk dapat keputusan kemalangan itu?
izan says
Salam Tuan.. Hari jumaat lepas, kereta sewa yg saya pandu telah dilanggar oleh sebuah kereta di hadapan lampu isyarat merah .. Pada malam tersebut, saya telah membuat laporan polis dan ambil gambar pada hari Isnin minggu ini kerana kereta sewa itu pula telah disewa oleh org lain Pada malam jumaat tu . Yang menjadi persoalan saya , selepas diambil gambar kereta sewa dan bertemu dengan Sarjan, Sarjan tersebut tidak bertanya lebih lanjut tentang kes ini.. Saya baru saja tukar lesen p ke lesen biasa tiga minggu lepas .. Adakah perkara tersebut mempengaruhi kes ini?
ABG GYL says
Kebiasaanya tak ada masalah. Laporan dah keluar ke yang menentukan siapa yang salah?
izan says
Belum dan kerana itu saya risau, sebab pihak polis tak bertanya lanjut untuk gambar rajah kemalangan.. Cukup ke bukti utk saya menang kes ini? Paling awal untuk dapat keputusan kes kemalangan berapa hari?
naz says
Salam Tuan.. Nak tanya, kalau kereta yang saya pandu dilanggar dan saya nak claim insurance pelanggar.. Tapi tiada nama saya pada polisi insurans kereta yg saya pandu tu, adakah saya masih perlu membayar rm400?
ABG GYL says
Ya, anda akan kena penalti RM400
Miza says
Assalamulaikum..tumpang tanya..blhkah kereta sy excident dibawa trus ke bengkel utk tujuan baikpulih? Report sudah dibuat..wakil insuran ad minta kami utk ambil keputusan kes di balai..wakil insuran ad minta kami buat sketch plan,gambar,keputusan kes,polisi insuran..
Wakil insuran ad bagitahu kalau keputusan kes tiada kereta xblh lg nk bawa ke bengkel..minta pencerahan..
ABG GYL says
Boleh di bawa bengkel terus, tiada masalah sekiranya laporan Polis dah dibuat dan polis dah siap ambil gambar
Mohd izwadi says
Salam tuan...saya melanggar sebuah kereta dari arah belakang..semua claim sudah dibuat oleh 2 pihak...masalahnya sekarang pihak yang kene langgar minta saya bertangungjawab atas claim off lose sebanyak rm900...claim loss of use dr pihak insurans telah pn di buat..tetapi insurans hanya mbayar rm150 utk 5 hari...saya berkeras tak akan bayar dan suruh dia settle dengan pihak insurans.....pihak kena langgar cakap yang dia akan fight dimahkamah jika saya enggan bayar..adakah boleh dikenakan surat mahkamah keatas saya?
ABG GYL says
Jangan risau, itu cuma gertak. Semua kita sudah ikut undang-undang, jadi tak perlu risau.
nur says
Baru-baru ni kereta sewa yang saya drive kena langgar dri arah belakang. Alhamdulilah, menang. Disebabkan bawah 21 tahun, saya kena byr excess yg rm400. Dan tuan punya kereta sewa tu ada brithu yg saya boleh dpt blik rm 400 bile dah selesai semua claim tu .. Tapi, apa yg saya baca kat internet , excess tu tak boleh dapat balik... Boleh tak tuan jelaskan apa situasi yg tgh berlaku ni? Tetibe, curiosity kills the cat ..
ABG GYL says
Sepatutnya kena bayar
hazikatsum says
assalammualaikum. nak tanya, kalau surat keputusan polis keluar dengan hanya rajah situasi kemalangan tanpa gambar kereta.. adakah masih boleh buat claim. dan dalam situasi saya, saya hanya ada gambar kereta saya sahaja.
auxin says
Salam tuan…2 minggu lepas saya dilanggar belakang..Claim Insuran kereta saya telah dibuat namun begitu pihak insuran tidak cover untuk Betterment cost memandangkan kereta saya sudah lebih daripada 5 tahun..Siapa yang perlu bayar kos tersebut? Saya dilanggar tak kan saya kena keluarkan duit?
auxin says
Salam tuan…2 minggu lepas saya dilanggar belakang..Claim Insuran kereta saya telah dibuat namun begitu pihak insuran tidak cover untuk Betterment cost memandangkan kereta saya sudah lebih daripada 5 tahun..Siapa yang perlu bayar kos tersebut? Saya dilanggar tak kan saya kena keluarkan duit?
ABG GYL says
apa dimaksudkan dengan betterment cost
Syasya says
Salam.. Sy telah dilanggar oleh motor yg menukar arah dr laluan yg tgh berhenti krn lampu merah ke laluan sy yg sdg lampu hijau.. ( cilok), sy sdg bergerak masih dlm laluan sy.. Dan motor tersebut telah masuk dlm laluan sy secara melintang.. akibat nya lampu kereta sy dan sekelilingnya pecah di sebelah kiri.. Dan motor tersebut terbalik dan me langgar kereta lain yg sedang berhenti yg dilaluan yg lampu merah td..
Setelah berbincang yg bawa motor mengaku salah n nak settle tepi.. Jd report tidak di buat.. kereta sy dah dihantar ke bengkel dan di kira kos krosakan bersama dgn sebuah lg kereta lain.. Kemudian pd mlmnya ..sy mndapat panggilan emgncy perlu bergegas keutara.. Sy menetap di selatan. Pd keesokan hrnya penunggang bgtahu nak buat report sbb x cukup duit nak tampung kos krugian kereta sy dan yg satu lg..
Dlm situasi ini apa yg perlu sy buat.. Sbb klau sy nak balik ke selatan n buat report ditempat berdekatan dgn tmpat kjadian mmg dah x sempat.. Dah melebihi 24 jam..
Boleh ke penunggang motor td buat report dan x perlu byar ganti rugi krosakan kereta kami..
ABG GYL says
Penunggang boleh buat laporan polis dan tak perlu bayar ganti rugi, sebaliknya hanya akan dikenakan saman. Jadi, pihak anda perlu claim atas insurans sendiri. Ya, report perlu dibuat dalam masa 24 jam. Report boleh buat di mana-mana, tetapi perlu rujuk semula di kawasan anda kena.
Suhana says
Salam tuan.kereta sy tlh.dlanggar dr belakang.pelanggar minta di.selesaikan.di luar .dan bjanji utk bayar ganti rugi.setelah selesai.beri no fon..pelanggar memecut kereta .sy dlm keadaan kelam kabut.tidak.sempat nak amik gambar no plate.betol2 sy tlupa.sy mghubunginye dan pelanggar reply dan menyuruh sy hantar workshop dan.bjanji akan.transfer duit.
Tetapi.pelanggar tidak menunaikan.janji...watsapp.tak.reply.call.tak.angkat...aper perlu.sy buat
ABG GYL says
Jika begitu boleh buat laporan polis. berikan sekali bukti whatsapp. Tapi suhana tetap perlu beri num plat si langgar untuk memudahkan kerja pihak polis. Juka tidak, laporan polis itu untuk tujuan claim insurans sendiri.
Suhana says
Boleh ke.sy mbuat laporan polis.selepas 24 jam.tlah blalu?.atas kesalahan.langgar belakang dan langgar lari adik terus
ABG GYL says
siapa jadi mangsa?
Taufiq says
Salam tuan,saya telah terlanggar kereta depan sbb kereta tersebut brek secara mengejut,.saya telah claims insurans utk kereta saya dan kereta yg dilanggar juga claims insurans keatas saya..sekarang ni kedua² kereta telah masuk bengkel..lepas dh siap,onwer kereta yg dilanggar minta duit lebih sbgai ganti rugi yang lain...sekarang ni,apa yg perlu saya lakukan??..sbb insurans dh diclaim..
ABG GYL says
Pihak ketiga boleh buat tuntutan loss of use atau insurans pihak tuan. Pihak tuan tak perlu bayar apa2 kerana semua telah diselesaikan atas insurans
Amira says
Kereta saya dilanggar dari belakang. Nilai kerosakan yg kena repair sebanyak 27000. Tp disebabkan kereta sy dah tahun ke 9. Maka agen insuran hanya cover sebanyak 17k lebih shj.
Satu lg. Camne pula klau apply total lost? Krn casis belok. Tapi adjuster kata klau total lost pun hanya dapat dlm 32k shj walaulun kita insured 40k. Kata adjuster sb kereta saya 5 thn keatas dah. Jd x blh bayar total lost ikut insured.
Bolehkah beri pndangan. Apa yg perlu saya buat?
ABG GYL says
Untuk total lost, itu kena rujuk pada adjuster. Yes, bayaran akan dibuat berdasarkan nilai kereta pada tahun itu walaupun beli atau beli insurans pada harga lebih tinggi
Rudaini says
Kalau kita langgar kereta di depan
Lesen memandu kita dah mati
Bleh x buat report polis Dan claim.insuran untuk kereta kita Dan kereta tang di langgar
ABG GYL says
Selagi insurans hidup, yes boleh claim. cuma anda akan disaman atas kesalahan lesen tamat tempoh
Asyraf says
Saya baru kena langgar belakang
Report polis dah settle dua2 pihak
First dokumen (IC,lesen, VOC, cover note, report polis) dah submit pada Service Center
Masih menunggu keputusan siasatan IO
SC akan claim insurance saya dulu sblm claim insurance pelanggar
Untuk second submission memerlukan report polis pihak pelanggar. Adakah report polis ni saya akan dapat skali bersama dokumen keputusan siasatan. Boleh kan saya minta pihak polis mencetak report polis pihak pelanggar?
ABG GYL says
Kebiasaannya laporan atau keputusan siasatan akan siap dalam 14 hari. Perlu juga ambil laporan asal polis untuk diberikan kepada pihak insurans
wan haifa says
Salam,
saya nak tanya..saya telah beli kereta melalui kaedah sambung bayar,
nk dijadikan cerita,belakang kereta saya kene langgar lari,
tak tahu kereta ke lori ke.. jadi saya ingat nak claim under Non fault Own Damage (NFOD)
tp bila call agent insurans,die maklumkan sy hanya blh claim insurans sendiri dan akan jejaskan NCD.
Soalan saya.
1. Boleh ke saya buat tuntutan bg pihak owner, memandangkan nama saya mmg ade dlm polisi sebagai pemandu ke 2. dan butiran dan dokumen ttg kenderaan (salinan IC owner,cukai jalan,geran kereta) saya ada lengkap.
2. Dalam kes saya, knapa saya tidak blh claim under NFOD memandangkn kemalangan bukan disebabkan saya. dan tidak tahu siapa pihak yg melanggar
ABG GYL says
Ya, anda boleh buat tuntutan atas insurans sendiri. Dengan syarat semua dokumen pemilik asal lengkap. Dan semestinya NCD akan terjejas.
Rizal says
Sy br kemalangan org langgar belakang..sy sudah buat report dan dah berjumpa sarjan..masalah sekarang org yang langgar tu tak datang buat report..dah berkali saya wasap dia tapi takde apa2 sebarang jawapan seolah2 dia skip semua wasap saya..kerosakan sampai panel dan tempat simpanan tayar spare remuk masuk ke dalam..
AO says
Tak ada masalah sebab kita tetap boleh claim atas insurans orang yang langgar tu. Buat repot macam biasa dan submitkan ke panel insurans
Utam says
Selamat petang,
saya terlibat dengan kemalangan (dilanggar belakang) oleh Mini Bas (Van Bas Penumpang). semasa saya memaklumkan kepada agen insurance saya untuk pihak mereka membuat tuntutan ke atas insurance Mini Bas tersebut, saya dimaklumkan mengikut PERATURAN INSURANCE KENDERAAN DI MALAYSIA, saya tidak boleh membuat tuntutan ke atas mana-mana kenderaan penumpang seperti Teksi/Bas Persiaran/Bas Mini (Bas Penumpang) walaupun kesalahan berpunca daripada mereka. Persoalah adakah peraturan sedemikian yang kenderaan awam/persendirian tidak boleh membuat tuntutan ke atas insuran kenderaan seperti Teksi/Bas Penumpang/Bas Persiaran?
AO says
Boleh rujuk kes anda kat MIB di Wisma PIAM, tel: 03-2274 7395
aril says
salam.. tuan. bagaimana plak kereta insurance 3rd party nk claim kereta yg 1st party. adakah ambil masa yang lama. ade yg cakap 3 ke 6bulan masanye.
AO says
Insurans 3rd party cuma cover kereta yang kita langgar, bukan kereta sendiri. Jadi kalau kereta kita (3rd party) terlanggar kereta 1st party, insurans kita akan cover kereta dia.
Tapi kalau kita 3rd party yang kena langgar dek 1st party, kita yang akan claim insurans dia. Tak ada kena mengena dengan ambil masa lama atau tak. Itu bergantung kompeni insurans dan bengkel.
Bro ali says
Nama saya tiada dlm list driver insurans.
Kena langgar dr blkg dn keputusan kes org blkg salah...
Kereta dah repair..
Bolehkah claims denda "Authorised Driver" pada insurans org blkg.
Tq
AO says
Boleh
Syahir says
Salam. Sy baru kena langgar lari belakang kereta sy oleh pemandu teksi dan mnyebabkan kereta sy terlanggar kereta hadapan semasa menunggu traffic light merah utk hijau. Sebaik shj sy kluar kereta , teksi tu dah jauh dan sy xnmpak no plat tu. Kat ats jalan raya mmg byk serpihan yg pecah dtg dr kereta teksi tu. Masalah sy
1. Sy x sempat nk tgk no plat teksi sebb dia dah pecut lari. Boleh tak kalau sy claim insuran? Atau polis yg kena tentukan siapa salah dlu? Misal kata kalau xde bukti dr segi cctv atau dashcam dan sbgainya. Tak sama ke Ibarat mcm sama kes langgar lari yg lain?
2. Sy masih menunggu panggilan telepon dr mangsa depan kereta yg sy terlanggar tu utk bagi no plat kereta dia. Sebb masa tu dia cuba kejar teksi tu tp x dpat. Kemudian dia tinggal kereta dia kat seberang jalan. Dia kata nk gerak balai buat report tapi dia balik tido rasanya sbb esok kerja. Tp apa sy nak buat kalau dia xnk bagi no plat kereta dia. Boleh ke sy nk claim insuran sbb kereta depan sy kemek masuk dalam sagat tayar akibat langgar blkg kreta dia.
3. Kereta sy insurans kurnia 1st party. Sy dah telepon dan mereka dah assist sy. Selalunya kalau claim insuran ni dia bergantung kpd apa utk tentukan misal kata teksi tadi lari sbb langgar blkg dan kita boleh claim repair blkg. tapi kereta depan xdpat no plat lg utk tentukan claim repair bonet depan kereta sy. Atau mcm mana.
4. Misal kata kalau org depan yg sy langgar tu maklum kat sy yg dia xnk masuk claim dan boleh settle je xyah bayar pape kat dia tapi dia just boleh bagi no plat dan gambar blkg kereta dia yg kena langgar tu. Jadi sy buat claim utk kereta sy shj atau wajib buat dua2 kereta atau kena maklum kat insurans yg dia xnk claim dr sy.
5. Apa jadi kalau sy terlambat buat report lebih dr 24 jam? Report masih boleh buat atau xboleh.
6. Boleh atau tidak jika sy jadikan mangsa depan yg sy terlanggar tu sbgai saksi bahawa mmg ada teksi yg terlibat. Dan perlu atau tidak utk dia hadir semasa process buat report tu ?
Sy risau kalau keputusan dan report polis tak dapat meyakinkan pihak insurans utk meluluskan claim atas dasar tak cukup bukti. Jadi apa langkah sy bagi mngelakkan perkara ini. Sbb kalau nak repair sendiri mmg xde duit.
Terima kasih.
Abang GYL says
Begini tuan, jangan pening. Andai kata tak dapat num plat, tuan buat report sedia ada dan cerita perkara sebenar masa report. Dan ya, report perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian sebenarnya.
Selepas report, tuan proceed dengan claim insurans tuan. Sama ada pihak depan mahu report atau tidak, tuan abaikan sebab tuan akan claim atas insurans tuan sendiri. Dan jika ikut pada logik, sesiapa yang mrlanggar dari belakang dia akan bersalah.
Jadi. dia pihak depan mahu buat tuntutan insurans atas insurasn tuan, dia juga harus buat laporan polis. Dan kebiasaanya insurans akan lulus jika semua ikut prosuder.
Ok says
Kereta sy telah dilanggar dan kesalahan disebabkan oleh kereta pelanggar yg maut ditempat kejadian. Sy guna insurans sendiri sementara menuggu laporan akhir keluar. Minggu lepas keputusan laporan akhir telah dikeluarkan dan sy tidak bersalah.pihak bengkel akan membuat tuntutan LOU bg pihak sy. Soalan sy,
1. adakah tuntutan LOU itu dibayar oleh pihak insurans kereta si arwah atau waris si arwah yang perlu bayar?
2. Sekiranya tuntutan LOU telah dibuat bolehkan sy batalkan tututan tersebut dengan harapan tidak menyusahkan waris si arwah?
Tq
Zallia says
Kereta saya kena langgar belakang and pelanggar mengaku salah. So parts rosak tu replace dgn original part tp sy kena betterment. So betterment tu saya nak pelanggar cover . Macam mana procedure yg betul?
Abang GYL says
Maksudnya tambah duit ke?
noriza setapa says
dua hari lepas anak sy langgar belakang kereta vios, kami semua dah buat report dan claim insuran kereta saya. skrg kereta vios tu minta saya bayar lain kat bengkel yang dia repair sebab kereta dia lebih dari 10 tahun & insuran tak cover semua kos alat ganti, ape perlu saya buat?
Abang GYL says
Bagi kami, tak perlu bayar. Sebab semua dah diselesaikan secara laporan polis. Anda berhak untuk tidak bayar dan minta dia deal dengan pihak insurans saja.
hani says
as salam.. tuan sy accident moto ngn kete,, motor tu nk msk simpang mnkala kete sy straight. laporan telah d buat dan sy tidak bersalah. cuma nya di sini pemilik motor tdk ada apa2 doc yg lengkap. sy ad jumpa dgn lawyer ni. tapi dia srh sy mengaku salah utk report ke2 supaya pemilik motor itu dpt pmpasan. keadaan pemilik motor tu kakinya kena potong sebelah.. soalan sy patut ke sy tolong pakcik tu atau pon ttp kes. klau sy tolong pakcik tu ad apa2 effect x? sbb sy pemegang lesen p.
Hamba Allah says
Salam bro..
Saye nk tanye.. Saye xcident di mane kereta saye motor langgar belakang sewaktu kereta berhenti sbb jln tgh sesak jem - bukan brek mengejut dan bukan tukar laluan.
Penunggang moto patah tgn, and saye dpt tau roadtax die pun expired. Brek pun xmkn katenye waktu duduk tepi jalan sbb tgu ambulan. Saye yg tlg callkan ambulan dan tgu smpi ambulan smpi utk angkut die ke hospital.
Saye buat report hr yg same dan atas info yg same di IPD trafik kawasan xcident.
Then hntr ke workshop panel. Tgu keputusan xkeluar2 smpi sekarang. Kereta pun dh siap baiki dan NCD burn to 0% balik. Baru igt nk angkat X70 CKD. 🙁
Tup2 dh 2-3 bln berlalu and semalam dpt call dr adjuster sbb siasatan insurans. Br dpt tau yg rupenye die report saye tukar laluan dan brek mengejut. And upah lawyer utk claim atas insurans saye for physical injury. Adjuster ade bgtau keputusan kemalangan pending sbb die claim xbersalah melalui report die, in which why saye xdpt2 keputusan tu smpi sekarang.
Report pulak dibuat di kampung die di Pahang walaupun xcident di Selangor. Dlm patah2 tgn tu dan jgk die balik kampung.
So ape pendapat bro? Kalu saye tau gini, awal2 lg saye dh buat tuntutan melalui lawyer saye, tp sbb pikir sebangsa seagama, mls nk aniaya org.
Abang GYL says
Buat laporan polis dan jika pihak tuan tidak bersalah, tidak perlu takut.
Faizul says
Salam, jika saya terlibat dalam kemalangan (dilanggar dr belakang) di malam hari tetapi lesen saya sudah tamat tempoh kurang dr sebulan. Bolehkah sy renew lesen esok pagi nya lalu buat report dan claim insurance dr pihak yg melanggar saya ?
Abang GYL says
Jawapan: TIDAK
Famieyy says
Salam saya nak tanya..saya rerlibat dalam kmlgn melanggar pejalan kaki..pejalan maki tersebut salah sebab melintas cuai dan bukan di tempat melintas jalan..melintas di jalan utama yg mempunyai penghadang jalan...akibat kmlgn tersebut dia mengalami patah kaki...dan saya claim insuran dan ncd saya dr 55 skrg dah jadi kosong...sbb nak suruh dia bayar mmg mahal kalau baiki..sbb tu saya claim untuk kurangkan kos dia ganti kpd saya..soalan nya boleh ker sy suruh die bayar kpd saya untuk untuk setara dpt kan ncd 55 smle?atau saya akan disaman kalau buat macam tu??claim 2k lbih..klau srh die byr ncd capai sblm ni hanya rm900...
z says
salam, saya terlibat dalam kemalangan jalan raya minggu lepas. saya melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan ketika cubaan memotong. sudah buat laporan polis untuk tuntutan insuran dan saya masih lagi pemegang lesen P. bulan 7 nie kena pergi mahkamah dan bayar compoun rm300. adakah lesen P saya akan dibatalkan?
Abang GYL says
Kena lihat apa kesalahan anda. Jika kesalahan biasa tidak. hanya akan dipotong mata dimerit
Ijat says
Nak tanya saya terlibat dalam kemalangan saya bawa kereta di jalan utama..dan tiba tiba ada org lintas jalan dan saya langgar dia..ditempat kejadian tersebut bukan tempat lintas jalan kaki..tiada zebra cros atau jejantas..jejantas ada dekat 100meter dr tmpt kjdian..tetapi die melintas di jlan utama yg mmpunyai penghadang jalan..kerana jejantas jauh alasan yg die beri...akibat kmlgn kereta saya rosak dan sudah siap claim..dn skrg ncd dh jd 0 drpd 55%...brmakna apabila renew ins akan mnjd mahal balik...sbb dah 0..soalan saya boleh atau tidak saya minta ganti rugi drpd pesalah tu untuk sy dptkan harga ins setara sprti harga yg asl sblm ni...conth sblm ni rm350..lepas ni ncd 0 hrge ins sy dah jd rm750..brmakna saya dah kena kuarkan modal sndri rm400 utk ckupkan rm750 utk thun ptama..jumlah yg patut ditambah dr hrga yg sepatutnya sy byr jika tdk berlaku kmlngn ni saya minta dr pesalah trsebut..sy claim ins utk kurangkan kos die utk bayar ganti rugi...Apakah boleh saya buat macam tu?atau salah d sisi udg2?
Abang GYL says
Jawapan, tidak boleh.
Adam says
Salam tuan, saya owner motor, kawan saya lesen L langgar motor depan sebab motor depan tukar arah tak tengok belekang semasa jam traffic light. Yang kena langgar dah buat report tetapi kawan saya tidak buat report. Apa akan terjadi jika saya x buat report tapi yang kena langgar buat report, bolehkam saya call yang kena langgar minta tarik report dan settle luar?
Abang GYL says
Jika pihak ketiga dah buat report, anda harus buat melainkan pihak ketiga sudi setel luar.
Ikmal says
Salam tuan, saya bawa motor kawan saya dan bonceng owner motor, saya lesen L dan terlanggar orang keluar simpang tanpa tgk kiri kanan. Orang yang kena langgar tu buat report tetapi saya tak buat report. Apa akan terjadi dgn lesen L saya ye kalau kena kompaun tak apa tpi boleh kena tarik lesen ke sebab lesen L boncneg orang dan accident ? Dan owner motor lesen dah mati ( sbb L dh lebih 2 tahun )tetapi insurans dan roadtax ada motor ada tetapi owner motor kena panggil pergi balai buat masa sekarang dia tak pergi lagi sbb pkp, apa akan terjadi ye kalau kes begini ? owner nak buat report tak boleh sbb lesen mati ( L lebih 2 tahun ) Yang kena langgar tu motor juga tapi tak teruk mana
Abang GYL says
Wsalam. Untuk kes ini agak rumit.
Untuk tuntuan insurans tak ada masalah. sebab masih ada cukai jalan dan insurans. Tapi beliau mungkin akan kena saman atas beberapa perkara melainkan beliau nyatakan bukan beliau yang bawa motor itu.
Jadi, tuan yang perlu buat laporan sebenarnya.
Abg keliru says
Saya kena langgar belakang,tapi lesen saye mati la plak,bleh ke claim atas insuran yg melanggar tu?
Abang GYL says
Boleh, tapi anda akan disaman atas kesalahan lesen tamat tempoh
Unsung Hero says
Salam tuan, kereta saya dilanggar bahagian belakang oleh motorsikal. bolehkah saya claim under insurance motorsikal tersebut ? jika tiada insurance apakah tindakan selanjutnya ? report polis dua pihak telah dibuat.
Abang GYL says
Wsalam. Alternatif, anda boleh claim atas insurans sendiri, tetapi NCD akan kembali 0
Mohd Farid says
Saya di langgar oleh pemandu b'insuran kan 3rd party...saya pla b'insurankan 1st party..Apakah tatacara dan dokumen yang saya perlukan untuk menggunakan insuran si pelanggar(3rd party) untuk m'cover kerosakan kereta saya?
Muhd Haikal says
Salam,
Beberapa hari yang lepas kereta saya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motorsikal. Punca adalah disebabkan oleh saya yang berhenti mengejut kerana lambat perasan lampu trafik sudah bertukar ke warna merah. Ketika itu kereta saya sudah melepasi sedikit garisan berhenti.
Adakah dalam hal ini saya bersalah? Terima kasih.
Abang GYL says
Wsalam. Untuk ini, ia bergantung kepada keputusan IO
KHAIRI HAKIM NAFFI says
Salam
Saya nak bertanya,tempoh hari kereta saya dilanggar oleh kenderaan lain,report polis kaedah susulan telahpun dibuat,,saya dah hntar kereta saya k bengkel penal,,tetapi pihak bengkel memberitahu yang saya perlu membayar sejumlah ammount (cash) untuk kos bettermen mengikut nisbah yg telah ditetapkan berdasarkan tempoh hayat kenderaan saya.Jadi apa yang perlu saya buat????adakah saya layak meminta wang daripada pesalah yang melanggar kenderaan saya itu?.
Abang GYL says
Wsalam. Sepatutnya tiada bayaran. Apa di maksudkan oleh workshop itu?
msariyah says
Assalamualaikum...
Nak tanya... awal oktober haritu, myvi saya dilanggar.. dh buat report polis dan terus hantar ke perodua area2 situ (jauh dr rumah).. tp smlm perodua call, kata kereta dh siap baiki tp kene byr rm860 (30% drpd jumlah claim dr insuran sbb insuran saya bukan dr perodua)... dan jumlah tu sbb mrk ganti alat2 yg ori. Persoalannya, sepatutnya 100% byrn boleh claim dr pihak yg langgar tu la kan.. pertambahan byrn tu mmg biasa berlaku ke?
Lg 1 persoalan.. sy dpt msg dr syarikat insuran saya yg tuntutan sy diluluskan? Kmudian, saya check di merimen.com.my, jenis claim: OD KFK... boleh bg pencerahan mengenai ini? Saya xfaham method claim2 ni... lg baca, makin keliru
In conclusion, apa yg perlu saya lakukan/double check doc ketika nk ambil kereta saya semula... apa clarification yg perlu saya dpt dr perodua. Sbb
saya expact yg baik pulih tu sepatutnya 100% ditanggung oleh pihak yg melanggar tu.. rm860 tu adalah hampir keseluruhan gaji bulan ni.. dgn pkpb lg 😭😭.. please help.
Thank you
nizam says
Salam tuan,
Saya nak tanya, adik saya tiada lesen memandu dan memandu kerata yg lengkap dgn cukai jalan dan insuran owner kereta. Kereta yang dipandunya telah dilanggar blkg oleh sebuah kereta lain. Bolehkah buat tuntutan insuran? adakah org blkg boleh dikira tidak bersalah sebab adik saya tiada lesen memandu? tq
Abang GYL says
Boleh buat tuntuan insurans. Cuma adik tuan akan dikenakan saman kerana tidak memiliki lesen memandu
Elfie says
Hai saya nak tanya untuk claim loss of use macam mana kita nak tahu berapa hari yang telah dianggar oleh pihak adjuster dan berapa ringgit per hari. Dan saya juga dikenakan 2F excess (sudah dibayar) kerana bukan penama dalam polisi. Dalam surat permohonan ada berkenaan claim 2F excess dikeluarkan bengkel untuk saya beri pada pIhak insurans pelanggar kereta. So boleh ke saya proceed untuk teruskan claim excess 2F tu?
AO says
Ikut tarikh report
Harith says
Apa yang saya boleh buat bila pelanggar enggan membayar ganti rugi dan hilang, bolehkah saya membuat laporan polis ?
Abang GYL says
Boleh.
Muhaiedin says
Assalamualaikum.
Anak saya telah dilanggar kereta (bukan anak saya melanggar kereta) ketika menunggang motorsikal. katanya anak saya salah kerana tidak berhenti untuk melintas jalan/menyeberang jalan (kerana itu ia dilanggar, melanggar tak salah?). Pelanggaran berlaku di jalan simpang empat, kawasan kampung.
Anak berumur 14 tahun, tiada lesen memandu, dan motosikal yang ditunggang pun tiada roadtax.
Anak telah mendapat rawatan doktor dan kos sebanyak rm3,500, kerana patang tulang betis. Sekarang masih dalam pemulihan dan berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda. Kes berlaku lebih kurang 2 bulan lalu
Beberapa peguam yang dirujuk (peguam ini tidak berbayar) mengatakan anak salah, ada dashcam sebagai bukti, kerana itu (mungkin) tidak dapat buat apa apa tuntutan kepada pihak yang melanggar atau pihak insuran yang melanggar. Kerana itu tiada peguam yang sedia membawa kes ke mahkamah.
Mungkin juga peguam ada merujuk kepada pihak polis yang kendalikan kes, dan dinasihatkan tidak memanjangkan kes kerana faktor 'salah' itu. Mungkin polis lebih tahu kes itu boleh buat tuntutan atau tidak kerana dia yang akan membawa kes tersebut ke mahkamah.
Mohon pandangan tuan mengenai kes anak ini, betulke tak boleh tuntut apa apa jika pihak anak yang salah? Berdasarkan dashcam?
Terima kasih.
AO says
Sebenarnya peringkat awal bersalah atau tidak bersalag itu diputuskan polis sendiri berdasarkan maklumat diterima. Dashcam pula cuma barang penguat bukti. Jadi keputusan dibuat polis adalah berdasarkan bukti yang ada.
Jadi boleh dikatakan susah untuk pihak tuan nak cakap tak bersalah, melainkan ada bukti lain yang dapat melawan bukti dashcam itu.
Tak semua melanggar dianggap bersalah. Misalnya kalau kereta hadapan menukar laluan mengejut dan kita terlanggar, masih dianggap kereta depan bersalah.
Itupun polis akan menilai berdasarkan impak perlanggaran atau rakaman dashcam (kalau ada)
Alingg says
Salam tuan,
Pada 27 may, sy telah langgar belakang sebuah kereta kerana dia tiba2 berhenti apabila lampu isyarat belum bertukar merah akibat kereta depan dia juga berhenti secara tiba2. Tapi kerosakan hnya melibatkan kereta sy dan 3rd party saja. Jadi kami sama2 buat report dan sy kata salah sy saja. Sy byar saman 300 lah. Tp owner kreta sy langgar minta ganti rugi cash sbnyak rm500. Mula2 masa dia xtau harga bumper dan lampu dia tetapkan harga rm400 saja. Tiba2 lepas 2 hari, dia naikkan harga ganti rugi sbnyak rm700, sy insist xnak bgi dia cash suruh dia claim insuran.
Persoalannya , boleh ke dia ambil tindakan atas sy sbb xnak bgi cash sbgai ganti rugi?
Dan brapa lama kereta sepatutnya dihntar utk claim insuran? Sbb ni lah lebih 2 minggu kreta sy langgar tu belum hntar kreta dia utk claim?
hanif says
saya keluar parking,tak laju..slow je...dan sy prsan ad kereta,dan sy stop,buntut kreta baru keluar sikittttt je,sy stop sbb ad kreta,dan kereta tu tetap sondol..haiyaa..siapa slh
neve says
Salam..saya terlanggar bumper camry hybrid minggu lepas..kereta saya remuk sedikit dan kereta dia ade sedikit kemek di bahagian plat no..tengok dari kerosakan masing2 tak serius saya offer settle luar dan saya terus pergi ketuk n cat,kos repair kereta saya rm300.pihak dilanggar bagi bil kepada saya total damage dia rm4500.saya tengok balik gambar yang diambil selepas kemalangan bahagian kemek kereta dia tak consistent dengan bahagian kemek kereta saya.saya tak mampu nak bayar bil tersebut.boleh ke claim insurans saya?
AO says
Untuk claim mana2 insurans perlu ada report polis.
Sepatutnya kalau settle luar, kita bawa dia ke bengkel yang kita tahu untuk elak sebarang masalah salah nilai. Kalau dia tetap nak pergi ke bengkel sendiri juga, pastikan kita ikut sama dan tanya dulu berapa kos repair.
Lakukan pada hari sama kemalangan sebab kalau tidak puas hati dengam caj, boleh terus buat repot polis untuk claim insurans.
Upah ketuk kereta ni berbeza ikut bengkel, tak tetap macam harga spare parts. Lagi2 kalau bawa kereta pergi ke pusat servis sah.
Fips says
Boleh ke kita tuntut insurans dari kenderaan courier mcm Gdex, JnT and sebagainya kalau diaorang langgar dari belakang? Kalau kita tarik balik report polis, adakah pemandu tetap akan di saman?
frhn says
salam, bagaimana kalau orang yg melanggar kenderaan kita memberi keterangan palsu semasa buat report polis ? sedangkan kemalangan atas kecuaian dia dan dia nak claim isuran kenderaan kita sedangkan dia yang langgar belakang kiri kereta sy
Shaeyril says
Hi, jika terlanggar belakang sebab brek mengejut oleh kereta depan dan jalan licin sebab hujan juga..adakah masih dikira pihak di belakang salah walau ikut 3 sec rules? Kereta depan brek mengejut sebab ada sebuah lagi kenderaan di hadapannya masuk simpang secara tiba2.. mohon pencerahan, terima kasih.
AO says
Tetap bersalah sebab dikira kelajuan anda dianggap tak seiring dengan jarak henti selamat.
Perodua says
informasi yang bagus. mudah untuk org yg first time eksiden untuk tau langkah2 yg perlu diambil selepas kemalangan berlaki