Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Geely Sudah Buat kepada Proton Sejak Jadi Rakan Strategik Asing?
Auto Terkini

Apa Geely Sudah Buat kepada Proton Sejak Jadi Rakan Strategik Asing?

Abang GYLBy Abang GYL25/06/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI bertanya, apa yang Geely sudah buat sejak jadi Rakan Strategik Asing (FSP) Proton tahun lalu. Ada yang cakap, “Macam tiada apa-apa pun. Ada atau tiada (Geely) nampak sama saja.”

Sebenarnya banyak perkara sudah Geely buat dalam usaha memulihkan dan menambah baik reputasi Proton. Selain ramai sedia maklum tentang kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton daripada model penjenamaan semula Boyue yang bakal dilancarkan hujung tahun ini, ada banyak perubahan lain dilakukan.

Dalam tempoh kerjasama hampir setahun ini, Proton kini sedia berdepan cabaran 2018 dan giat melancarkan inisiatif dalaman dalam usaha memulihkan reputasi pengeluar nasional itu.

Pusat 4S Proton Setia GemilangNAIK TARAF PUSAT SERVIS

Antaranya, menaik taraf pusat servis Proton kepada 3S (jualan, servis, dan alat ganti) dan 4S (jualan, servis, alat ganti, dan semburan cat). Hasilnya, dalam tempoh kurang lima bulan, Proton sudah mencapai sasaran tahun ini dengan 72 peratus wakil pengedar menukar status cawangan masing-masing kepada 3S dan 4S.

Proton kini berjaya mencapai sasaran 109 cawangan 3S dan 4S yang asalnya ditetapkan pada akhir Oktober ini dan dicapai lebih awal daripada jangkaan awal.

KUALITI SEMAKIN BAIK

Apa yang lebih penting, peningkatan kualiti keseluruhan untuk model sedia ada. Kualiti alat ganti kini semakin baik berbanding sebelum ini kerana Proton perlu mengikut standard Volvo dan Geely.  Ini termasuk khidmat selepas jualan yang turut dipertingkat supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman lebih menyeronokkan dalam pemilikan jenama nasional itu.

Proton turut menggunakan sistem pemarkahan kualiti produk Geely yang diaplikasi Volvo Cars untuk mengenal pasti isu dan menghasilkan skor audit kukuh ke atas semua model berasaskan kualiti pengeluar kereta premium.

Malah, pekerja dan vendor Proton pada Januari lalu dihantar menjalani latihan intensif di China, termasuk kumpulan tenaga kerja mahir untuk belajar daripada rakan niaga di China tentang budaya korporat yang lebih bersepadu selain meluaskan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.

Dengan adanya insentif latihan itu, Proton dapat meningkatkan proses atau kualiti pemasangan pada produk dihasilkan. Tidak kurang juga pereka Proton berpeluang bekerjasama dengan Geely dalam menghasilkan rekabentuk produk Proton yang lebih awesome!

BACA >>> Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

ADUAN PELANGGAN TURUN 40 PERATUS

Apa hasilnya? Jangan tidak tahu aduan pengguna terhadap kenderaan Proton menurun 40 peratus berbanding sasaran awal Proton, iaitu 20 peratus sepanjang tahun ini. Perkara itu turut dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong sempena majlis pelancaran Pusat 4S berwajah baharu, baru-baru ini.

Apa yang pasti, Proton kini berada atas landasan tepat dalam menawarkan kenderaan berkualiti dan bertaraf global kepada rakyat Malaysia. Rasa tidak sabar pula mahu menyaksikan model SUV pertama Proton menjelang hujung tahun ini.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

aduan proton Alat Ganti Proton Auto Terkini CEO Proton Dr. Li Chunrong FSP Proton kualiti kereta proton kualiti proton pusat servis proton
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Gravite CNG, MPV Kecil Dengan 7 Tempat Duduk dan 2 Tangki CNG!

    06/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    06/05/2026
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026

    1 Comment

    1. Zulkifli bin malek on 10/09/2018 18:38

      X70 mcm enjin volvo

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.