Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Benda yang Perempuan Selalu Simpan dalam Kereta?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Benda yang Perempuan Selalu Simpan dalam Kereta?

Han OthmanBy Han Othman08/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAUM Hawa memang tidak lepas dengan pelbagai aksesori dalam kereta. Macam poket Doraemon, macam-macam ada! Maklumlah banyak benda yang nak kena diusung ke pelbagai acara berbeza.

Di sini kami kongsikan tinjauan rambang berdasarkan pemerhatian ke atas kereta-kereta milik kaum hawa kita. Nampaknya lelaki dan perempuan ada pe’el berbeza pasal penjagaan kereta. Orang lelaki cenderung memiliki ruang kabin yang kemas, tetapi bilik tidur mereka berserabut (cuba ingat balik zaman bujang). Bilik tidur perempuan pula sangat kemas, tetapi tidak pula untuk kereta mereka.

BACA >>> #Videotomotif: Wanita Buat Aksi Pelik dan Bahaya, Isi Minyak Petrol dalam Beg Plastik

Ini bukan generalisasi. Ada saja perempuan yang kabin kereta mereka sentiasa kemas.

1. KASUT TUMIT TINGGI

Wajib ada. Kasut tumit tinggi bukanlah kasut harian perempuan, kebiasaannya dipakai ketika menghadiri majlis rasmi atau acara formal tertentu. Selepas majlis selesai, mereka akan bertukar kepada kasut biasa (sandal, selipar atau kasut tumit rendah). Mungkin sebab itulah mereka sentiasa bersiap sedia dengan kasut tumit tinggi dengan warna selamat, hitam. Jangan terkejut ada juga yang simpan dua atau tiga pasang kasut tinggi dalam kereta.

Tempat simpanan adalah di lantai tempat duduk belakang atau sebelah penumpang depan, dan dalam but kereta.

2. ANEKA KRIM

Negara khatulistiwa yang panas macam Malaysia ni haruslah ada krim ‘sunblock’. Ada juga krim pelembap, minyak cap kapak atau bam berangin.  Tempat simpanan sama ada dalam glove box atau kotak perehat lengan.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul 'Glove Box' yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu

3. KASUT SUKAN

Sama fungsi seperti kasut tumit tinggi yang digunakan pada acara tertentu saja. Selepas tamat, perempuan akan menukar kasut mereka. Tidak seperti lelaki yang boleh saja berkasut sukan dari rumah ke kompleks beli-belah, makan di hotel atau berjoging.

Tempat simpanan ada dalam laci bawah kerusi penumpang depan atau campak saja belakang but.

4. JAKET

Biasanya jaket jenis material ringan dan lembut seperti kardigan. Ia praktikal ketika berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau menonton wayang.

Disimpan dalam laci glove box, atau diselit belakang poket kerusi, atau disangkut pada bahu kerusi dan dibutangkan. Ada stail gitu

5. SELENDANG

Ini kain sakti. Fungsi asal adalah selimut ketika tidur di sebelah (ketika si suami kesepian memandu). Selain digunakan ketika menonton wayang, selendang juga berguna untuk mengelap air tumpah atau muntah anak, membedung atau menyusu bayi, mengelap peluh, melindung kepala dari hujan, menjaga kulit dari panahan matahari, jadi hijab kecemasan kalau tudung asal kotor, dan kain tutup hidung ketika bersin.

Pehh… banyak sungguh kegunaan. Tempat simpanan selendang tidak tetap. Ia kadang dalam kawasan tertutup, kadang-kadang dibiarkan saja atas kerusi.

6. CERMIN MATA GELAP

Mesti ada supaya tampak elegan ala-ala wanita independan dan bekerjaya. Walaupun sesetengah kereta memang menyediakan kotak cermin mata gelap di siling kereta, tetapi perempuan kerap menggantungkannya pada tali pewangi atau tasbih atau hiasan yang berjurai  dari cermin pandang belakang.

Kadangkala disimpan dalam kotak asal yang diletakkan di tengah konsol audio atau papan pemuka.

7. PAYUNG

Digunakan ketika panas atau hujan. Bukan satu, kadangkala ada dua tiga payung disimpan, termasuk yang sudah rosak dan lusuh. Mungkin mahu buat senjata merembat penjenayah agaknya.

8. STOKIN

Akan diselit dalam kasut. Tapi jaga-jaga, stokin tersebut entah-entah sudah berapa bulan tidak dicuci. Prasangka baik, mereka terlupa.

9. SAMPAH

Sampah di sini bukanlah merujuk kepada sisa makanan. Kalau ada memang patut dikaratekan saja perempuan itu. Normalnya, sampah dalam kereta perempuan adalah seperti tisu (paling banyak), bungkusan makanan, air mineral, tin minuman, resit tol, beli-belah dan parkir, tiket wayang, baucar diskaun, kotak tisu kosong dan banyakkkkkkk lagi (letih pula nak tambah). 😛

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?

kasut tumit tinggi perempuan dan kereta ragam manusia tabiat perempuan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lampu isyarat biru di jalan raya
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

25/06/2026
Elektrifikasi

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.