Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Anthony Loke Puji Drebar, Rahsia Jarang Lewat ke Program
Auto Terkini

Anthony Loke Puji Drebar, Rahsia Jarang Lewat ke Program

Han OthmanBy Han Othman03/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Yang Berhormat (YB), Anthony Loke Siew Fook dilantik memegang portfolio Kementerian Pengangkutan yang secara tradisi diserahkan kepada Ahli Parlimen bukan Melayu/Bumiputera.

Dalam krisis politik yang baru saja selesai dengan menyaksikan pucuk pimpinan Kerajaan sekali lagi beralih kuasa, Loke hilang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Mungkin ada tidak bersetuju, tetapi bagi kami YB Loke boleh dikatakan wakil pentadbiran lama yang sukses dalam portfolio Kerajaan walaupun beberapa keputusan dibuatnya juga tidak sunyi dengan kontroversi seperti isu cermin gelap, pelaksanaan AES dan penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Namun, semua isu tersebut masih dalam bidang kuasa Kementerian yang mensasarkan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

BACA >>> Menteri: Semua Saman AES Sejak 2012 Hingga 31 Ogos 2018 Dibatalkan

Jarang sepanjang beliau berkhidmat, kita terdengar atau terbaca kenyataan beliau yang berbaur kepartian dan menyimpang daripada tugasnya sebagai Menteri. Malah, beliau mendapat maklum balas yang baik daripada staf kementerian dan pihak media sebagai orang kenamaan yang tidak terlalu protokol, komited dan tegas. Beliau juga tidak mengambil pendekatan konfrontasi dengan melecehkan kakitangan Kerajaan.

Dalam laman Facebook peribadi, YB Loke memuat naik status tribut khas sempena hari terakhir beliau di MOT. Uniknya, ucapan itu dibuat untuk pemandu peribadinya, Hazril.

Orang yang saya paling rindu di Kementerian Pengangkutan…

Namanya Hazril. Beliau ialah pemandu saya sejak hari pertama saya menjejak kaki di MOT (Kementerian Pengangkutan). Orangnya pendiam tetapi amat berdedikasi dalam kerjanya. Dalam 21 bulan yang lalu, saya bersama dengan dia hampir setiap hari, Isnin sampai Ahad. Kadangkala program saya sampai lewat malam tetapi keesokan harinya dia tetap sampai di rumah saya pada awal pagi. Tak pernah complain, tak pernah kata letih. Dia selalu kata, “YB cakap saja nak keluar pukul berapa”.

Saya selalu mendapat pujian daripada penganjur majlis dan wartawan bahawa saya selalu sampai ke majlis lebih awal daripada jadual. Sebenarnya, kredit itu pergi kepada Hazril. Setiap hari, beliau akan check jadual saya untuk esok dan merancang perjalanan. Time management-nya sangat baik. Saya jarang lewat ke mesyuarat atau majlis.

Saya anggap beliau sebahagian daripada pasukan saya di pejabat Menteri. Saya tak pernah biarkan kerusi depan kereta kosong. Kalau bodyguard saya (Wan) cuti, saya akan duduk depan. Kali pertama saya buat begitu, dia terperanjat. Beliau kata tak pernah lihat Menteri duduk depan. Saya kata saya tak kisah sangat protokol.

Saya amat berterima kasih kepada Hazril. Semoga beliau dan isterinya yang juga kakitangan MOT akan terus berkhidmat secara bersungguh-sungguh. Saya juga harap anak comelnya sentiasa sihat.

Hazril, terima kasih dan sentiasa berhati-hati semasa memandu. Thank you!

Ikhlas dari….. Loke dan isteri.

BACA >>> Menteri: Selepas 6 Bulan Baru Ada Tindakan!

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan Malaysia Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Menteri Pengangkutan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

06/07/2026
Auto Terkini

G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

06/07/2026
BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
Auto Terkini

Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

06/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam06/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.