Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Anak Muda Bikin ‘Tesla Malaysia’, Cipta Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri
Autotainment

Anak Muda Bikin ‘Tesla Malaysia’, Cipta Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri

Han OthmanBy Han Othman28/03/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda ada sepasukan anak muda kita berjaya membangunkan kereta pandu sendiri? Walaupun berbeza metod pembinaan, tetapi asas penciptaan masih sama, iaitu kereta yang dibangunkan pasukan REKA Studio  (REKA) itu memang boleh dipandu sendiri tanpa memerlukan kawalan pemandu.

Ya, fungsinya tidak ubah seperti kereta Tesla yang dijual pada harga mencecah ratusan ribu ringgit. Malah, rekacipta yang dibangunkan REKA itu sudah siap menjalani sesi pandu uji sekitar bandar raya Kuala Lumpur dan Melaka. Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) REKA, Haziq Faris yang dipetik KongsiTV, perbezaan ketara antara Tesla dan kereta pandu sendiri REKA ialah metod yang digunakan.

BACA >>> Kereta Tesla Kini Ada Mod Anjing dengan Kawalan Penyaman Udara Aktif Automatik

“Kalau mahu Tesla, kena beli kereta Tesla. Saya sudah ada kereta, kenapa perlu tambah kereta hanya untuk tidak perlu memandu. Jadi, apa yang membezakan kami (dengan Tesla) adalah apa saja kereta lama atau tiada sistem pandu sendiri, kami boleh letak sistem ini dan tukarkan kepada kereta tanpa pemandu,” kata Haziq.

Menjelaskan lagi mengenai kereta tanpa pemandu itu, Haziq memberitahu, sistem yang dibangunkan pasukan REKA mempunyai komputer yang boleh berfikir dan membuat keputusan tentang apa yang sepatutnya sesebuah kereta itu lakukan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) REKA, Syurahbil pula berkata, sistem yang dipanggil papan pembangunan (development board) itu terbukti mampu membuatkan sesebuah kereta menjadi kenderaan tanpa pemandu walaupun hanya menggunakan komponen cip yang kecil.

BACA >>> Tragedi 2018 Punca Penduduk Arizona Serang Kereta Prototaip Pandu Sendiri

Ketua Pegawai Penyelidik (CRO) REKA, Khairul Muzzammil menambah, semua gajet dan robot dikawal pada ‘otak’ menerusi litar yang diberikan nama RIG.

BENARKAH SELAMAT DIPANDU?

Haziq menjelaskan secara ringkas rekacipta pasukannya itu memang boleh dipandu sendiri, tetapi masih jauh untuk mengatakan ia selamat untuk kegunaan pengguna di luar.

“Kami memang sudah buat pandu uji dari Melaka ke Kuala Lumpur. Jadi, macam kami, kami memang yakin. Selama dua bulan diperlukan bagi menyiapkan kereta itu untuk bergerak atas jalan raya,” katanya.

Lebih mengagumkan, projek kereta pandu sendiri itu dibangunkan sepenuhnya pasukan REKA tanpa mendapat sebarang penajaan atau suntikan dana.

“Sebenarnya, tiada pihak menaja. Pertamanya kerana tiada siapa yakin. Kedua, ramai anggap projek ini tidak boleh buat duit dan tak akan berhasil. Jadi bagi memastikan teknologi Malaysia maju ke hadapan, sama ada mahu ataupun tidak, kami mahu juga lakukannya,” tegas Haziq.

BACA >>> IIHS: Sistem Kereta Pandu Sendiri Masih Belum Cukup Pintar

Sebelum menubuhkan REKA, Haziq pernah bekerja secara bebas atau freelance dan sebelum itu pernah bersama Google. Malah, kebanyakan idea dan kerja itu dibuat sendiri kerana tidak pernah menyasarkan apa dilakukan itu sebagai habuan sijil akademik seperti ijazah atau sarjana.

Saya asasnya cuma mengejar ilmu. Saya bekerja dengan Google untuk mengetahui apa mereka tahu yang boleh saya belajar daripada mereka. Saya sebenarnya sudah ada impian sejak di sekolah. Walaupun terkubur selama 10 tahun, tapi saya memang yakin mahu buat benda itu.

“Ada tempat dan masa untuk ia berlaku. Mungkin tempat itu betul, tetapi bukan masanya. Ataupun masa sudah tepat sebab ekonomi stabil, tetapi bukan tempat yang betul untuk dilaksanakan. Jadi, jangan patah semangat kalau kita yakin dengan idea itu.”

– Haziq Faris, CEO REKA Studio

SUMBER: Reka Studio | KongsiTV

autotainment kereta pandu sendiri kereta tanpa pemandu REKA REKA Studio Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

07/07/2026
GWM Wey 05 Malaysia
Autotainment

Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

06/07/2026
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Roda4

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Roda2

Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.