Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Allianz General Lancar Pakej Allianz Truck Warrior untuk Kenderaan Barangan Hingga 7.5 Tan
Auto Terkini

Allianz General Lancar Pakej Allianz Truck Warrior untuk Kenderaan Barangan Hingga 7.5 Tan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SYARIKAT insurans kenderaan, Allianz General Insurance Company Berhad (Allianz General) sebentar tadi memperkenal skim Allianz Truck Warrior iaitu bantuan tepi jalan untuk pemegang polisi Kenderaan Barangan Allianz (komprehensif) jika terlibat dalam kemalangan atau mengalami kerosakan.

Manfaat itu adalah perlindungan pertama ditawarkan Allianz General di Malaysia bermula 12 Januari 2023.

BACA >>> JPJ Saman Kenderaan Perdagangan Tiada Lesen Memandu, Insurans, dan Cukai Jalan Mati

MANFAAT ALLIANZ TRUCK WARRIOR

Pemegang polisi boleh menikmati beberapa perkhidmatan seperti berikut:

  • Bantuan tepi jalan hingga tiga kali setahun.
  • Servis tunda kenderaan hingga 100km (dua hala). Jika lebih 100km, caj perlu dibayar ialah RM5 per kilometer.
  • Baik pulih di lokasi kejadian untuk kerosakan.
  • Elaun bantuan banjir hingga RM5,000 (setiap kali banjir).

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir

APA ANDA HARUS LAKUKAN?

Pelanggan cuma perlu membeli polisi insurans motor Allianz General dan membuat tambahan sebanyak RM120 untuk menikmati perlindungan Allianz Truck Warrior.

Sejak ditawarkan pada 12 Januari lalu, lebih 100 pelanggan sudah membeli pakej Allianz Truck Warrior.

Kos purata menunda sebuah lori rosak adalah kira-kira RM800, dan kos bertambah mengikut jarak.

SYARAT LAYAK DAPAT PERLINDUNGAN

  • Kenderaan perlu memiliki permit A dan C dengan perlindungan komprehensif.
  • Berat Dengan Muatan (BDM) hingga 7.5 tan.
  • Kenderaan berusia bawah 20 tahun.

BACA >>> Modenas, Allianz Partners Jalin Kerjasama Tawar Pakej Lanjutan Waranti Motosikal

Ketua Pegawai Jualan Allianz General, Horst Habbig berkata;

Di Allianz, kami tunda semua, sama ada besar atau kecil. Berdasarkan statistik Laporan Perkhidmatan Insurans Malaysia, ada kira-kira 670,000 kenderaan barangan (untuk kenderaan bawah 7.5 tan) yang diinsurans pada 2021.

“Oleh itu, perkhidmatan tambahan yang kami tawarkan adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan semua pemilik kenderaan barangan.

“Ini melengkapkan rangkaian perkhidmatan kami, melindungi kereta, motosikal dan kenderaan barangan. Kami juga satu-satunya penanggung insurans untuk perkhidmatan tambahan ini.”

Beliau berkata, ada 360,000 pelanggan pernah menghubungi Allianz General sepanjang enam tahun lalu untuk mendapatkan perkhidmatan tepi jalan dan tundaan.

Allianz General menguasai 13.3 peratus dalam industri insurans am di Malaysia. Setakat ini, syarikat itu memiliki 80 trak tunda, iaitu 50 unit di Semenanjung Malaysia, dan 30 di Sabah dan Sarawak.

BACA >>> Lebih 400k unit Kereta Rosak Akibat Banjir Peningkan Industri Insurans China
BACA >>> Pembonceng Motosikal Pun Dapat Perlindungan dengan Insurans Allianz Motorcycle Plus
BACA >>> Allianz Motorcycle Plus Tawar Insurans Perlindungan untuk Motosikal Bawah 245cc
BACA >>> Z-ProMiles Takaful Tawar Perlindungan Khas Buat Pengguna Lebuhraya PLUS

Allianz General Insurance Company Berhad Allianz Truck Warrior autoterkini Horst Habbig Insurans banjir insurans lori Kos tunda lori rosak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.