Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akta Rempit Akan Digubal, Denda Hingga RM10k, Tak Terkecuali Bengkel, Ibu Bapa
Auto Terkini

Akta Rempit Akan Digubal, Denda Hingga RM10k, Tak Terkecuali Bengkel, Ibu Bapa

AryonBy Aryon10/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN bakal memindah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mat rempit yang menunggang motosikal melulu atau berlumba haram dalam usaha membanteras kegiatan berbahaya itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, pindaan itu melibatkan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membabitkan kadar denda lebih tinggi, hukuman penjara dan sitaan bengkel yang mengubah suai motosikal mat rempit untuk berlumba haram.

BACA >>> Pulau Pinang Pernah Bukan Tender Litar Lumba, Tiada Syarikat Berminat
BACA >>> Pengaruh Rakan Sebaya, Diri Sendiri Punca Gejala Rempit

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan sduah mengadakan perbincangan bersama beberapa agensi Kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi menangani masalah mat rempit yang semakin berleluasa kini.

Bagi langkah jangka pendek, JPJ bersama PDRM akan meneruskan operasi di lokasi mat rempit berlumba haram dengan menggunakan beberapa strategi baharu,” katanya.

Isham berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di Georgetown, kelmarin.

Bagi langkah jangka panjang, pindaan Akta Pengangkutan Jalan itu dijangka dibentangkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun depan bagi memberi kuasa kepada PDRM dan JPJ untuk menguatkuasakan akta berkenaan lebih menyeluruh.

Berikut apa yang mugnkin dilaksanakan dalam akta terbaharu nanti:

  • Saman atas kesalahan berlumba haram RM300 mungkin dinaikkan hingga RM5,000 atau RM10,000.
  • Pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin diberi kuasa menyita dan menarik balik lesen bengkel yang mengubah suai motosikal bagi kegiatan lumba haram.
  • Mereka yang terlibat lumba haram bakal dikenakan hukuman penjara.
  • Ibu bapa kepada remaja berusia bawah 18 tahun yang terlibat, termasuk penyokong dan penonton lumba haram juga akan dikenakan tindakan.

Kami pernah pinda akta berkaitan pemandu mabuk sebelum ini dan sudah dilaksanakan. Nampaknya didapati berkesan iaitu dengan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah memandu dalam keadaan mabuk, jadi kami harap pindaan ini (mat rempit) juga dapat berjaya,” kata Isham.

Pada 17 Julai lalu, lima lelaki maut dan dua penunggang motosikal parah dalam kemalangan melibatkan beberapa motosikal dan dua kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

Kemalangan jam 4 pagi itu dipercayai berlaku akibat kegiatan sekumpulan mat rempit berlumba haram, dan siasatan awal di lokasi mendapati beberapa penunggang motosikal hilang kawalan dan merempuh satu sama lain dalam kejadian tersebut.

BACA >>> Rempit Ketika Terawih, Tiga Remaja Sekolah Maut, Seorang Parah Motor Bergesel
BACA >>> Mana-Mana Rancak, Mat Rempit Buat Aksi Superman di Jambatan Pulau Pinang

SUMBER: Bernama

Akta Rempit Auto Terkini Datuk Isham Ishak Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.