Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»AHM Perkenal Warna, Grafik Baharu Honda Vario 125 (2021), Harga Mula RM5.9k
Auto Terkini

AHM Perkenal Warna, Grafik Baharu Honda Vario 125 (2021), Harga Mula RM5.9k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar motosikal Honda di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) memperkenalkan pilihan warna baharu untuk Vario 125, termasuk  mengemas kini rekaan grafik skuter advencer itu supaya kekal relevan di pasaran negara jiran tersebut.

Varian CBS-ISS kini didatangkan dalam pilihan warna baharu Advance Matte White (putih kusam) dan pilihan warna spesial, Advance Matte Blue (biru kusam) dengan rim emas.

Varian CBS pula, diperbaharui rekaan grafik supaya lebih sporty untuk Advance Red (merah) dan Advance Black (hitam). Berikut harga skuter Vario 125 di Indonesia:

  • CBS – 21,005,000 rupiah (RM5,950)
  • CBS-ISS – 21,910,000 rupiah (RM6,210)
  • CBS-ISS (warna spesial) – 22,060,000 rupiah (RM6,250)

Berikut perincian Vario (2021) versi Indonesia:

  • Aspek mekanikal kekal sama, dijana enjin eSP silinder tunggal 124.8cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 9.1hp @ 8,500rpm dan tork 10.8Nm @ 5,000rpm, manakala transmisi jenis automatik V-Matic.
  • Memiliki berat 111kg dengan tinggi pelana 769mm dan kapasiti tangki minyak 5.5 liter. Ruang simpanan bawah pelana pula seluas 18 liter.
  • Menggunakan sistem brek kombi (CBS) yang menggabungkan kombinasi brek cakera dengan kaliper piston tunggal di depan dan brek dram di belakang.
  • Bahagian roda menggunakan tayar tiubles saiz 80/90-14 M/C 40P (depan) dan 90/90-14 M/C 46P (belakang)
  • Teknologi ISS (Idle Stop System) pada varian CBS-ISS menawarkan penjimatan bahan api terbaik, iaitu cuma menggunakan 1 liter petrol untuk jarak tunggangan 51.7km (kaedah ECE R40). Kadar emisi pula lebih baik daripada standard Euro 3.
  • Sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh untuk lampu utama dan  lampu belakang bagi menyerlahkan gaya mewah dan sporty.
  • Sistem penghidup menggunakan kunci magnetik untuk tujuan keselamatan, termasuk butang khas berasingan yang digunakan untuk membuka pelana. Juga diberikan sistem penggera antikecurian dan jawab balik (Answer Back) untuk mengesan lokasi motosikal diparkir.
  • Ada rak multifungsi depan untuk menyimpan aneka barang seperti botol air dan sarung tangan.
  • Panel meter jenis digital penuh dan berwarna yang memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, bar petrol, jam digital, indikator bateri, trip, penggunaan bahan api, peringatan servis dan simbol amaran.

SUMBER: DapurPacu

Astra Honda 125cc Astra Honda Motor (AHM) Honda Vario 125 2021 roda2 skuter skuter advencer Vario 125 Advance Matte Blue
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.