Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»AHM Lancar Seragam Baharu Honda CBR250RR (2022), Harga Mula RM19.5k!
Roda2

AHM Lancar Seragam Baharu Honda CBR250RR (2022), Harga Mula RM19.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ASTRA Honda Motor (AHM) memperkenalkan satu lagi skema warna baharu buat sportbike Honda CBR250RR (2022) untuk pasaran Indonesia, iaitu Bravely Red Black (merah-hitam).

Warna baharu itu menguatkan lagi imej agresif dan sporty pada model suku liter itu dan ditawarkan untuk semua varian.  Berikut varian dan harga atas jalan:

  • CBR250RR STD – 66,200,000 rupiah (RM19,520)
  • CBR250RR SP – 72,800,000 rupiah (RM21,470)
  • CBR250RR SP QS –  76,800,000 rupiah (RM22,650)

BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!

STD ialah varian paling asas (standard) yang tidak dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), manakala SP ialah konfigurasi standard tetapi memilikiABS. Varian tertinggi, SP QS ialah model dengan ABS dan mendapat tambahan ciri  klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan bantuan anjakan klac, Quick Shifter.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu ‘Quick Shifter’ untuk Motosikal?

Semua warna pilihan semasa seperti Tricolor (CBR250RR SP QS), Racing Red (CBR250RR SP dan CBR250RR SP QS), Mat Gunpowder Black Metallic (CBR250RR dan CBR250RR SP) serta Black Freedom (CBR250RR STD) dikekalkan.

Berikut spesifikasi CBR250RR SP (2022) versi Indonesia:

  • Trenkuasa kekal sama untuk semua varian, iaitu enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 249.7cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Kuasa dihasilkan varian STD ialah  38.1hp @12,500rpm dengan tork 23.3Nm @11,000 rpm.
  • Dua varian lain, SP dan SP QS menjana kuasa  39hp @ 13,000rpm dan tork 25Nm @ 11,000rpm.
  • Berat motosikal juga berbeza, iaitu varian STD seberat 165kg (STD) dan tambahan 3kg (SP dan SP QS) kerana ada beberapa komponen ekstra.
  • Tinggi pelana 790mm, jarak lega bumi 145mm, kapasiti tangki minyak 14,5 liter.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock boleh laras 5-tetapan dengan sistem Pro-Link di belakang.
  • Tayar tiubles 110/70 R17 (depan), 140/70 R17 (belakang)
  • Brek cakera tunggal dwi-piston  di depan dan 1-piston belakang

BACA >>> Honda Indonesia Bakal Lancar CB150R StreetFire Versi Naik Taraf
BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?

SUMBER: AHM

AHM Honda Indonesia CBR250RR Honda 250cc SPORT Honda CBR250RR 2022 roda2 sportbike sportbike 250cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.