Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Acura Integra Type S (2024) Enjin 2.0 VTEC Turbo Ini Lebih Berkuasa daripada Civic Type R!
Roda4

Acura Integra Type S (2024) Enjin 2.0 VTEC Turbo Ini Lebih Berkuasa daripada Civic Type R!

Abang HirataBy Abang Hirata05/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISTIMEWA buat pengguna di Amerika Syarikat (AS), Acura Integra Type S (2024) ditawarkan dengan enjin 2.0L VTEC Turbo yang menghasilkan output kuasa 320hp @ 6,500rpm dan tork 420Nm @ 2,600-4,000 rpm.

Model Type S ialah varian prestasi untuk Acura, manakala Integra adalah tambahan kepada TLX dan MDX yang sudahpun ada di pasaran. Tidak dilupakan edisi terhad NSX Type S yang sudahpun habis dijual!

Acura Integra berkongsi banyak komponen dengan Civic generasi ke-11, dan begitu juga Acura Integra Type S (2024) yang menggunakan enjin K20C1 daripada Honda Civic Type-R.

Sebagai perbandingan, Acura Integra Type S (2024) ini lebih berkuasa daripada Honda Civic Type R yang berkuasa 315hp @ 6,500rpm, tetapi daya kilas kekal sama.

Menurut Acura, sistem ekzos aliran tinggi eksklusif untuk Acura Integra Type S (2024) membuka potensi penuh enjin K20C1 yang digunakan. Ekzos dipasang mempunyai sistem injap aktif untuk meledakkan deruman bunyi berbeza mengikut mod pemanduan seperti bunyi pop dan bang dalam mod Sport+.

Dipadankan bersama enjin ialah transmisi manual 6-kelajuan tukaran pendek (short throw) dengan sistem padanan rev automatik, dan turut dibantu ciri Diferensial Gelincir Terhad (LSD) jenis heliks untuk memberikan ekstra cengkaman.

Berbeza TLX dan MDX Type S dalam konfigurasi pacuan semua roda (AWD) Super Handling All-Wheel Drive (SH-AWD), sebaliknya Acura Integra Type S (2024) dipacu roda depan (FWD). Bayangkan Integra ini dipacu AWD? Pasti luar biasa!

Untuk cengkaman dan kestabilan kelajuan tinggi, Acura Integra Type S (2024) menggunakan suspensi depan dwipaksi (dual axis).

Sistem itu juga mengurangkan goncangan daya kilas (torque steer) dengan ketara yang secara utama disumbangkan pengurangan ofset paksi stereng sebanyak 0.75 inci.

Satu lagi perbezaan ialah lebar trek depan dan belakang yang bertambah 3.5 inci dan 1.9 inci berbanding Acura Integra standard. Palang penstabil ditukar kepada saiz 29mm, iaitu 2mm lebih tebal untuk meningkatkan respons kereta.

Selain sistem mekanikal, Acura Integra Type S (2024) turut dilengkapi Sistem Damper Adaptif (ADS) yang dikawal Sistem Dinamik Bersepadu (IDS) dengan karakter redaman berbeza mengikut mod Comfort, Sport dan Sport+.

ADS talaan khas itu menawarkan kawalan pemanduan dan pengendalian yang jitu dengan keluk redaman dioptimum untuk disesuaikan mengikut situasi pemanduan.

Rim corak 10 rongga bersaiz 19 x 9.5 inci dengan rekaan ala NSX Type S dalam warna Shark Gray (lebih besar daripada rim 18 inci Integra A-Spec), tetapi komponen ini 0.9kg lebih ringan.

Rim aloi tersebut dibalut set tayar musim panas prestasi tingggi Michelin Pilot Sport 4S 265/30.

Bagi prestasi brek cemerlang, Acura Integra Type S (2024) dilengkapi brek cakera dua keping (two piece) yang 1.5 inci lebih besar daripada Integra standard dengan kaliper monoblok Brembo 4-piston. Brek cakera belakang juga mempunyai diameter lebih besar, 12 inci atau bertambah 0.9 inci daripada standard.

Ventilator udara depan kereta bukan sekadar kosmetik, tetapi berfungsi menambah baik sistem penyejukan brek dengan menyalurkan udara pada cakera brek.

Sebagai model Acura, ruang kabin Acura Integra Type S (2024) tampil mewah dengan kerusi sport boleh laras 4-tetapan dan fungsi pemanas.

Kerusi dibalut menggunakan material Ultrasuede dengan pad untuk mendakap badan lebih baik ketika melayan selekoh dalam halaju tinggi. Stereng dibalut kulit dan imej sporty ditonjolkan pada tombol gear khas Type S.

Lagi ciri diberikan ialah skrin paparan dongak (HUD), kluster instrumen Acura Precision Cockpit Driver Information Interface 10.2 inci, unit infotainmen skrin sentuh 9 inci dengan konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto, serta pengecas telefon wayarles.

Pemandu dan penumpang turut dihiburkan sistem audio premium dengan 16 pembesar suara ELS STUDIO 3D 530watt.

Dua penumpang belakang menikmati ruang kaki 37.4 inci hasil daripada jarak roda panjang. Ruang but juga luas dengan kapasiti 688 liter, manakala tempat duduk boleh dilipat rata secara 60:40 untuk tambahan kapasiti kargo.

Rekabentuk luaran  jelas bergaya, iaitu 711mm lebih lebar daripada Integra standard. Ciri utama terletak pada fender lebar dan mengembang serta bampar depan agresif. Bahagian depan menampilkan gril Diamond Pentagon dan bonet aluminium dengan ventilator udara yang berfungsi meningkatkan aliran udara 170 peratus untuk menyejukkan enjin turbo.

Bukaan bawah lebih lebar pula menyalurkan udara kepada intercooler sebagai sokongan kepada tekanan boost lebih tinggi dan mempertingkat prestasi enjin.

Selain itu, setiap panel badan dari pilar-A ke belakang berbeza untuk Acura Integra Type S (2024). Bahagian belakang hadir tanpa spoiler tinggi seperti Civic Type R, tetapi masih agresif dengan difuser dan tiga muncung ekzos besar.

Ada tujuh warna yang ditawarkan, termasuk warna eksklusif Tiger Eye Pearl, manakala bahagian dalam ada tiga pilihan warna: Red, Black dan Orchid.

BACA >>> Selamat Tinggal, Acura NSX Type S Terakhir Siap Dipasang di Amerika
BACA >>> Acura Integra Masuk Perlumbaan Pikes Peak dengan Enjin 1.5L Turbo Standard

Acura Integra Type S 2024
Acura Type S
Acura Acura Integra Acura Integra Type S Honda Civic Type R Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.