DI SEBALIK motosikal, ada banyak komponen berbeza yang jika rosak boleh menyumbang kepada masalah susah menghidupkan enjin. Tetapi asasnya, enjin jenis pembakaran dalaman memerlukan tiga perkara utama untuk membuatkan ia dihidupkan iaitu: minyak, palam pencucuh dan mampatan.
Jika berlaku kegagalan pada salah satu komponen atau proses di atas, maka enjin jadi bermasalah untuk dihidupkan. Jadi di bawah ini kami senaraikan beberapa simptom yang menjadi punca kenapa motosikal susah nak start!
1. SISTEM BAHAN API
Petrol datang dari tangki yang disalurkan menerusi tap (atau suis) bahan api dan direka untuk menghentikan aliran petrol (jika diperlukan) atau menutupnya daripada posisi 'on'. Kebanyakan suis bahan api ialah penapis jenis skrin berserta mangkuk mendapan. Kedua-dua item itu berfungsi menyekat atau menghentikan petrol daripada mengalir.
Cara memeriksa aliran petrol, seseorang mekanik iru perlu menanggalkan skru buang (drain screw) mangkuk pelampung karburetor. Ia perlu dibuat secara berhati-hati kerana petrol mudah terbakar. Banyak karburetor yang dihasilkan selepas era 1970-an dipasangkan pada palam buang (drain plug) untuk tujuan itu. Sebaik saja petrol memasuki karburetor, takat isian dikawal pelampung yang bertindak pada injap jarum.
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu
Masalah yang dikaitkan dengan takat petrol ialah pelampung rosak atau bocor, tetapan ketinggian pelampung yang tidak betul, dan injap jarum kotor atau melekit (biasanya petrol akan keluar habis dari tiub limpah (overflow tube) jika injap terus terbuka). Tetapan ketinggian pelampung yang salah pula mempengaruhi campuran pembakaran dan menjejaskan kerja menghidupkan enjin.
2. CAMPURAN
Nisbah petrol/udara sangat penting untuk memastikan kelancaran atau menghidupkan enjin. Komponen yang memantau nisbah petrol ialah jet, slaid udara (dan jarum) dan pencekik @ choke (peranti khas untuk menghidupkan enjin sejuk). Masalah tipikal dikaitkan dengan karburetor yang membuatkan enjin susah dihidupkan ialah kerosakan choke yang mengehadkan bekalan petrol, atau manifold bocor.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motosikal EFI Tetiba Mogok, dan Bagaimanakah Mengatasinya?
Bagi motosikal berusia, getah mounting manifold karburetor cenderung bocor sama ada tiub dan gasket. Menyembur WD40 pada getah ketika menghidupkan enjin dapat mengesan kebocoran yang berlaku ketika halaju enjin meningkat.
Bagi memintas peranti choke, WD40 boleh disembur terus ke inlet karburetor (selepas penapis udara dikeluarkan) ketika menghidupkan enjin, sama ada penghidup tendang atau elektrik. Bagaimanapunn ingat, WD40 mudah terbakar. Mekanik mesti berhati-hati ketika mencuba.
3. MAMPATAN
Campuran mampatan petrol-udara mencukupi ialah penting untuk menghidupkan enjin dengan baik dan menggerakkan proses pembakaran. Setiap model berbeza tekanan mampatan, termasuk sesama motosikal 2-lejang dan 4-lejang. Bagaimanapun, tekanan pengengkol yang kurang daripada 40.8kg/kaki inci secara asasnya menunjukkan ada berlaku masalah dalaman enjin. Jadi mekanik perlu mematuhi tekanan disyorkan pengeluar sebelum membuat sebarang pembaikan.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Ujian Mampatan (Compression Test) untuk Motosikal?
2-LEJANG
Tekanan mampatan lemah ke atas enjin 2-lejang boleh merosakkan gelang piston atau piston, membocorkan kepala silinder atau gasket silinder, dan merosakkan atau membocorkan kedap minyak aci engkol (crankshaft). Sebelum berdepan situasi susah hendak menghidupkan enjin, pemilik mungkin perasan tentang asap berlebihan yang keluar dari mufler apabila kedap minyak engkol mula haus.
4. 4-LEJANG
Tekanan mampatan ke atas enjin 4-lejang dikawal injap pemasaan, kedap (seal) antara injap dan kerusi injap (valve seat), tetapan kelegaan injap, piston dan gelang piston dan gasket kepala silinder. Bagi mengesan tekanan engkol yang lemah, mekanik perlu melakukan ujian kebocoran.
BACA >>> #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
* Kerusi Injap @ Valve Seat dalam enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel ialah permukaan bertentangan injap ambilan dan injap ekzos ketika enjin sedang melakukan sebahagian operasi kitaran apabila injap ditutup.
5. PALAM PENCUCUH
Kesukaran menghidupkan enjin kerap kali berpunca daripada palam pencucuh yang kotor atau rosak, terutama pada enjin 2-lejang lama. Antara cara pemeriksaan paling mudah, mekanik perlu menanggalkan palam pencucuh dan melakukan ujian percikan dengan meletakkan palam pencucuh ke kepala silinder, kemudian mematikan enjin dengan pencucuhan dalam posisi 'ON'.
Bagaimanapun, tumpuan penuh perlu diberikan ketika melakukan prosedur ini kerana percikan api boleh menyalakan apa-apa campuran dikeluarkan daripada silinder terbuka. Percikan itu tercetus daripada elektrik voltan tinggi dan boleh menyebabkan renjatan elektrik kepada mekanik, termasuk risiko letupan, kebakaran atau mata terkena bahan api yang terpercik.
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
* Walaupun palam pencucuh mungkin menghasilkan percikan baik di luar silinder, ia mungkin tidak menghasilkan percikan dalam kondisi ekstrem apabila dipasang. Jadi perlu siap sedia dengan palam pencucuh baharu.
Jika palam pencucuh menyala baik (percikan biru terang), mekanik mesti periksa percikan itu berlaku pada masa yang betul - dikawal sistem pemasaan pencucuhan
Bergantung kepada jenis pencucuhan (poin sentuh atau elektronik penuh), pengeluar memiliki poin pemasaan pencucuhan spesifik yang betul. Poin pemasaan itu sama ada dalam darjah (º) sebelum TDC (top-dead-center) atau jarak unjuran. (Mengira jarak unjuran daripada TDC ialah antara kes kiraan jumlah darjah dibandingan pergerakan piston dari lejang aci engkol)
* Glosari
Aci engkol - crankshaft
Kedap - seal
Palam pencucuh - spark plug
Poin sentuh - contact point
Poin pemasaan - timing point
Pencucuhan - ignition
Josh says
Kalau motor lama x start macam mana ya? Aku strt dpt tpi susah nak hidup... Boleh bgi tip untuk aku chck.?
Soul says
Relay starter kut kalau lama.
Fadzli says
Assalamualaikum
Suzuki smash 110, lama x idup.. Try tukar plug, isi myk.. Tp bila idup pakai choke, ok.. Dh lama try pulas mati.. X sedar minyak turun dr tiub.. Napa ye, boleh bantu.
Remi says
Y15 susah start..cuma timing tinggi baru boleh..apa masalah ??
Max says
Hello nak Tanya apa punca2 moto tak boleh start.. Aku DA ganti coil plug/Spark plug Dan C.D.I tapi sma juga tak bleh Start.. Thanks You
SalehIsmail says
Mana/Apa yg ke-6
Saleh Ismail says
2-Lejang.
Enjin sejuk susah nk hidup guna Choke baru senang hidup.
Bila enjin dh panas. Sekali kick ja hidup enjin..
Boleh perjelaskan apa masaalah..?
Terima Kasih Membantu...
DUSIT DAWI AYOM says
sya ada masalah dgn moto 2-lejang. selalu susah nak start waktu pagi., masuk chock pun bunyi enjin press minyak nak padam..kenapa ya.? ada sesiapa dapat membantu sya untuk menyelesaikan masalah sya ini.
AO says
Mungkin ada salah satu masalah yang disebut dalam artikel. Boleh bawa ke bengkel
Hairull says
Assalamualaikum motor susah nak start tak kira pagi ke atau baru lepas jalan pergi kerja lepas matikan pun susah nak start kenapa ya mintak tolong
Amir says
Aslm NK Saya lepas tukar block dengan head motor tk mahu hidup MCM mne tu boss
Mohammad Armishahri says
saya mengunakan scooter APRILIA SRMAX 300.motor saya tidak boleh start.apa yang saya buat saya pusingkan tayar bekalang 1 2 pusingan dan selepas itu saya try start semula.alhamdulila berjaya enjin dihidupkan.apa masaalahnya ya.saya budak baru belajae