JIKA Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima tambahan 871 unit motosikal, terdiri daripada naked bike, Kawasaki Z250, dan scrambler KLX 250, lain pula cerita di Indonesia yang mana polis negara seberang itu khabarnya membeli BMW R1200GS untuk dijadikan kenderaan peronda sempena menyambut ketibaan Sukan Asia 2018.
Menurut portal SemiSena, Polis Republik Indonesia (Polri) menempah 50 unit BMW R1200GS untuk tugasan operasi. Semestinya sebagai motor polis, jentera itu akan dimodifikasi dengan menambah beberapa kelengkapan seperti pembesar suara, siren, kotak barang di belakang dan pelekat Polri di beberapa bahagian badan motosikal.
BACA >>> Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis
Varian ditempah Polri itu sendiri ialah varian R1200GS paling standard yang tidak dijual kepada umum. Ini kerana BMW Motorrad Indonesia hanya menjual tiga varian R1200GS iaitu Exclusive, Rallye dan Adventure yang berharga dalam anggaran Rp600 juta hingga Rp700 juta (RM176, 367-RM205,762).
SPESIFIKASI KHAS, LEBIH RENDAH
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxindo Moto, Joe Frans berkata, sebagai pengedar rasmi BMW Motorrad di Indonesia, model yang ditempah Polri tidak dilengkapkan beberapa ciri standard, juga ciri lebih rendah daripada varian Rallye.
"Antara ciri yang tiada adalah Bantuan Daki Bukit (HSA). Boleh dikatakan R1200GS adalah versi asas, tetapi ciri yang ada masih banyak," jelasnya.
Bagaimanapun, jentera Polri itu siap dengan tetapan suspensi elektronik BMW, Dynamic ESA, mod tunggangan dan bantuan tukaran gear pro.
BACA >>> Chevrolet Naik Taraf Kereta Peronda Polis - Tahoe (2018), Kini Lebih Selamat Kejar Penjahat
Prestasi BMW R1200GS dijana enjin 2-silinder flat twin atau boxer 1170cc, dengan penyejukan udara dan cecair. Kuasa dihasilkan 125hp dan tork 125Nm, manakala tangki minyak bersaiz 30 liter, cukup memberikan jarak perjalanan jauh untuk tugasan rondaan.
Leave a Reply