• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Chevrolet Naik Taraf Kereta Peronda Polis - Tahoe (2018), Kini Lebih Selamat Kejar Penjahat

Chevrolet Naik Taraf Kereta Peronda Polis - Tahoe (2018), Kini Lebih Selamat Kejar Penjahat

December 6, 2017 By Azhan O Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHEVROLET mengumumkan ciri keselamatan baharu dan opsyen untuk kenderaan peronda polis (PPV), Tahoe (2018). Pilihan Pakej Bantuan Pemandu Dipertingkat (EDAP) adalah satu-satunya kenderaan dalam kategori PPV yang dibekalkan ciri berkenaan.

Teknologi EDAP terdiri daripada lima teknologi dan ciri berbeza. Antaranya ialah Brek Kecemasan Automatik (AEB) kelajuan rendah yang tidak pernah ditawarkan pada mana-mana model PPV. Ciri tersebut akan berfungsi membrek automatik apabila sistem mengesan sebarang kemungkinan rempuhan dari depan, dan mendapati pemandu tidak menekan brek.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

AEB turut dipakejkan bersama  Amaran Rempuhan Depan (FCW), ciri biasa yang ada pada kenderaan moden masa kini. Lebih istimewa, fungsi FCW tidak hanya bergantung kepada sensor kamera, tetapi juga radar. Apabila bahaya perlanggaran dikesan, FCW akan mengaktifkan amaran visual dan bunyi, atau denyutan kerusi apabila diperlukan.

Tidak dilupakan, ciri Bantuan Kekal Susur (LKA) dengan Amaran Lencong Susur (LDW), kerusi pemandu dengan amaran keselamatan, dan pedal boleh laras kuasa. Menurut Chevrolet, berdasarkan laporan Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) 2017, kenderaan yang memiliki ciri FCW terbukti mencatatkan pengurangan kadar kemalangan membabitkan situasi terlanggar belakang kenderaan hadapan sebanyak 27 peratus. Apabila ciri itu digabungkan dengan AEB, kadar kemalangan menurun lagi sebanyak 50 peratus.

Artikel Berkaitan

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Chevrolet, Chevrolet Tahoe (2018), kereta peronda polis, kereta polis, PPV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my