• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Indonesia Beli 50 Unit BMW R1200GS, Siap Sedia Sambut Sukan Asia 2018

Polis Indonesia Beli 50 Unit BMW R1200GS, Siap Sedia Sambut Sukan Asia 2018

January 24, 2018 By AI 1 Comment

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima tambahan 871 unit motosikal, terdiri daripada naked bike, Kawasaki Z250, dan scrambler KLX 250, lain pula cerita di Indonesia yang mana polis negara seberang itu khabarnya membeli BMW R1200GS untuk dijadikan kenderaan peronda sempena menyambut ketibaan Sukan Asia 2018.

Menurut portal SemiSena, Polis Republik Indonesia (Polri) menempah 50 unit BMW R1200GS untuk tugasan operasi. Semestinya sebagai motor polis, jentera itu akan dimodifikasi dengan menambah beberapa kelengkapan seperti pembesar suara, siren, kotak barang di belakang dan pelekat Polri di beberapa bahagian badan motosikal.

BACA >>> Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis

Varian ditempah Polri itu sendiri ialah varian R1200GS paling standard yang tidak dijual kepada umum. Ini kerana BMW Motorrad Indonesia hanya menjual tiga varian R1200GS iaitu Exclusive, Rallye dan Adventure yang berharga dalam anggaran Rp600 juta hingga Rp700 juta (RM176, 367-RM205,762).

SPESIFIKASI KHAS, LEBIH RENDAH

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxindo Moto, Joe Frans berkata, sebagai pengedar rasmi BMW Motorrad di Indonesia, model yang ditempah Polri tidak dilengkapkan beberapa ciri standard, juga ciri lebih rendah daripada varian Rallye.

"Antara ciri yang tiada adalah Bantuan Daki Bukit (HSA). Boleh dikatakan R1200GS adalah versi asas, tetapi ciri yang ada masih banyak," jelasnya.

Bagaimanapun, jentera Polri itu siap dengan tetapan suspensi elektronik BMW, Dynamic ESA, mod tunggangan dan bantuan tukaran gear pro.

BACA >>> Chevrolet Naik Taraf Kereta Peronda Polis - Tahoe (2018), Kini Lebih Selamat Kejar Penjahat

Prestasi BMW R1200GS dijana enjin 2-silinder flat twin atau boxer 1170cc, dengan penyejukan udara dan cecair. Kuasa dihasilkan 125hp dan tork 125Nm, manakala tangki minyak bersaiz 30 liter, cukup memberikan jarak perjalanan jauh untuk tugasan rondaan.

GALERI

bmw-g-1200-gs-polri-3
3426460563
bmw-g-1200-gs-polri
2594626199
3465781384
bmw-g-1200-gs-polri-2
Kepolisian-Pakai-Moge-BMW-R1200GS
Screen Shot 2018-01-24 at 2.55.47 PM

Artikel Berkaitan

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, BMW Motorrad, BMW R1200GS, Kawasaki, Kawasaki KLX 250, Kawasaki Motors Malaysia, KAWASAKI Z250, KMM, motosikal polis Indonesia, polis Indonesia, Polis Republik Indonesia, Polri, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my