• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shell Recharge Cipta Rekod Hab Pengecasan EV Altitud Tertinggi dalam Malaysia Book of Records (MBR)

Shell Recharge Cipta Rekod Hab Pengecasan EV Altitud Tertinggi dalam Malaysia Book of Records (MBR)

July 11, 2024 By Syafie Leave a Comment

5
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHELL Malaysia mencipta sejarah baharu membina hab pengecasan kenderaan elektrik (EV), Shell Recharge terbesar dengan altitud setinggi 1,865 meter dari paras laut yang terletak di Resorts Genting Highland, sekali gus mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Record (MBR).

Pengurus Besar Shell Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Dengan pembukaan hab Pengecasan Prestasi Tinggi Shell Recharge di salah satu altitud tertinggi di Malaysia, ini menandakan pencapaian besar dalam usaha kami mewujudkan ketersambungan untuk kemudahan pengecasan bagi kenderaan elektrik."

"Dua tahun lalu, kita telah melancarkan kemudahan pengecasan Shell Recharge HPC pertama di Tangkak, Johor disusuli pengumuman pengoperasian tujuh lokasi pengecasan HPC sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), lapan bulan kemudian."

Menurutnya lagi, pencapaian ini mengukuhkan lagi komitmen Shell dalam memperluas rangkaian penyelesaian e-mobiliti inovatif di seluruh negara selain menawarkan kelajuan, jarak dan ketersambungan yang terjamin kepada pengguna.

Bagi meraikan kejayaan ini, Shell Recharge telah menganjurkan acara konvoi bersama pihak media dengan menaiki Porche Taycan sekaligus menguji kelajuan pengecasan berkuasa tinggi 360kW.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata;

Kereta sport elektrik pertama kami membawa perubahan besar sejak kali pertama diperkenalkan pada 2019. Kini, kami amat berbangga untuk terus mengorak langkah ke depan bersama Shell Malaysia dan Genting Malaysia dalam menyediakan kemudahan pengecasan 360kW berkuasa tinggi pertama di Malaysia."

"Dengan model Taycan terbaharu kami, kapasiti bateri elektrik yang dicas, atau juga disebut sebagai State of Charge (SoC) bagi peningkatan antara 10-80 peratus hanya mengambil masa 18 minit menggunakan pengecas DC 360kW berkuasa tinggi Shell Recharge."

Kejayaan tersebut juga menjadikan Resorts World Genting sebagai destinasi kegemaran pemilik Taycan yang mahu keluar daripada kesibukan kota.

Related

5
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Malaysia Books Of Records (MBR), Pengecas Prestasi Tinggi (HPC), Porsche Malaysia, Porsche Taycan, Resorts World Genting, Shell Malaysia, Shell Recharge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my