• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault, Nissan Perkukuh Kerjasama di India, 6 Model Baharu Bakal Lancar, 2k Peluang Kerja!

Renault, Nissan Perkukuh Kerjasama di India, 6 Model Baharu Bakal Lancar, 2k Peluang Kerja!

February 27, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERJASAMA Renault dan Nissan bertambah positif apabila dua pengeluar itu mengumumkan kerjasama jangka panjang di India yang melibatkan peningkatan pengeluaran, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengenalan kenderaan elektrik (EV) serta peralihan kepada pengeluaran neutral karbon.

Beroperasi dari Chennai, kedua-dua syarikat itu akan bekerjasama dalam pengeluaran kenderaan baharu yang bukan saja untuk pelanggan domestik, tetapi juga luar negara. Ini termasuk pengenalan dua EV baharu dan menaik taraf pusat Renault-Nissan kepada hab eksport antarabangsa.

BACA >>> Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!
BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza

Pelaburan Besar, Ribuan Peluang Kerja

Kerjasama melibatkan pelaburan awal sekitar AS$600 juta (RM2.62 bilion) dengan penambahan 2,000 peluang pekerjaan di Pusat Perniagaan dan Teknologi Renault-Nissan (Renault Nissan Technology & Business Centre, RNTBCI) di Chennai.

Kilang Renault Nissan Automotive India Private Limited (RNAIPL) pula akan beralih kepada neutral karbon. Ini peningkatan signifikan dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui.

6 Model Baharu!

Setiap pengeluar akan ada tiga model baharu menerusi pengeluaran dari kilang Chennai yang menggunakan platform Alliance, tetapi dalam gaya berbeza mengikut jenama.

Model baharu itu melibatkan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C baharu. Juga ada dua EV segmen-A baharu yang juga EV pertama Renault, dan Nissan di India.

Hab Antarabangsa Renault-Nissan di Chennai

Model baharu dihasilkan untuk pelanggan domestik dan juga meningkatkan eksport dari India ke pasaran antarabangsa. Ini mampu melonjakkan penggunaan kilang kepada 80 peratus dan penambahan peluang pekerjaan pada masa depan.

Hab ini juga mampu meningkatkan program R&D dan aktiviti RNTBCI serta mewujudkan hingga 2,000 peluang pekerjaan baharu yang menumpukan projek di India dan antarabangsa.

Peta Hala Tuju Pengeluaran Neutral Karbon

Kilang RNAIPL adalah salah satu fasiliti Alliance yang menerajui program pengurangan tenaga dan sumber di India. Renault dan Nissan mensasarkan neutral karbon menjelang 2045 melalui program yang kini sedang berjalan ke arah 100 peratus tenaga boleh diperbaharui, termasuk mengurangkan penggunaan tenaga di kilang 50 peratus.

Kilang di Chennai sudahpun menggunakan 50 peratus tenaga elektrik daripada sumber boleh diperbaharui seperti solar, biojisim dan angin. Kilang solar sedia ada bakal menjadi enam kali lebih besar, daripada 2.2MW hari ini kepada 14MW.

Kerjasama Diperbaharui

Pegangan saham dalam operasi bersama diselarikan dengan komitmen baharu. Komposisi pegangan Renault-Nissan Automotive India Private Ltd (RNAIPL) ialah Nissan 51 peratus, dan Renault 49 peratus. Komposisi pegangan Renault Nissan Technology Business Centre (RNTBCI) ialah Renault 51 peratus, dan Nissan 49 peratus

BACA >>> Nissan Juke (2023) Masuk Australia, Tiada Hibrid, Cuma Enjin 3-Silinder 1.0L dan Transmisi DCT
BACA >>> Renault Arkana (2022), SUV Ala Coupe dengan Harga RM142k di UK

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Perikatan Nissan-Renault-Mitsubishi, Renault, Renault Nissan Automotive India Private Ltd (RNAIPL), Renault Nissan Technology Business Centre (RNTBCI)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my