• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

January 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WALAUPUN baru dilancarkan November lalu, satu bengkel di Indonesia sudah menawarkan pakej naik taraf lampu Toyota Kijang Innova Zenix (2023) untuk pelanggan di sana.

Di pasaran negara jiran itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) generasi baharu itu didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan seperti platform baharu, termasuk varian  hibrid atau hibrid elektrik (HEV).

BACA >>> Bentley Flying Spur Hybrid (2022) Tiba di Malaysia, Boleh Isi RON95, Harga Mula RM945k!
BACA >>> Kenapa Toyota Kijang Innova Zenix (2023) Guna Platform TNGA-C, Bukan Lagi IMV?

Secara asas, Toyota Kijang Innova Zenix serba baharu menawarkan tujuh varian utama, iaitu Q (pertengahan), V (perdana) dan G (aras mula).

Antara perbezaan varian adalah rekabentuk luaran, iaitu lampu utama G dan V tiada lampu siang (DRL) LED dan lampu kabus. Cuma varian Q ada DRL LED dan lampu kabus pada bampar depan.

Bengkel yang menawarkan servis modifikasi itu ialah Automania di Cempaka Putih, Jakarta Tengah. Khabarnya, bengkel itu juga boleh menaik taraf sistem lampu varian G dan V menjadi varian Q.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AUTOMANIA Official Instagram (@klikautomania)

Pemilik bengkel Automania, Hendra Budiman berkata, pihaknya cuma menawarkan pakej naik taraf lampu utama DRL LED dan lampu kabus.

Semalam, kami pasang DRL LED dan lampu kabus jenis Q untuk varian V. Hanya itu naik taraf dibuat. Sebabnya, komponen sukar nak dapat."

Hendra berkata, lampu DRL LED dan lampu kabus dipasang secara plug and play (PnP) kerana komponen tersebut ialah produk tulen Toyota, dengan proses pemasangan tidak mengambil masa lama.

Tak ambil masa lama nak pasang DRL LED dan lampu kabus sebab semua barang itu original, jadi cuma perlu plug and play. Hanya komponen elektrik mengambil masa. Tempoh pemasangan kira-kira dua jam."

Selain itu, bengkel Hendra juga menawarkan aksesori plat sil pintu untuk pemandu dan penumpang supaya tidak tergelincir ketika keluar dan masuk MPV itu.

HARGA

  • Toyota LED DRL varian Q: Rp4.5 juta (RM1,270)
  • Lampu kabus: Rp2 juta (RM565)
  • Sil pintu: Rp500,000 (RM140)

BACA >>> Bocor Imej Frem Badan Toyota Kijang Innova Zenix, Ada Bumbung Suria!
BACA >>> Toyota Innova Zenix (2023) Debut di Malaysia Tahun Depan?
BACA >>> Toyota Bakal Hasilkan Enjin Hibrid Bawah 1800cc, Mahu Lawan Honda?
BACA >>> Foto Acah Toyota Kijang Innova Serba Baharu Didedahkan

SUMBER: Kompas

Related

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Automania, Hendra Budiman, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Toyota Indonesia, Toyota Kijang Innova Zenix (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my