• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bekas Bos Teknikal MotoGP Suzuki Sertai HRC, Rins Luah Rasa Gembira

Bekas Bos Teknikal MotoGP Suzuki Sertai HRC, Rins Luah Rasa Gembira

January 26, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

PELUMBA baharu pasukan LCR Honda, Alex Rins cukup gembira selepas menerima khabar bahawa Ken Kawauchi akan ke HRC dari Suzuki untuk tahun 2023. Kawauchi bersetuju untuk menggalas tugas selaku Pengurus Teknikal baharu pasukan factory.

Rins dan Kawauchi ada hubungan kerja rapat sepanjang enam musim dalam kelas premier yang menyaksikan Suzuki mencatat lima kemenangan MotoGP termasuk kemenangan perlumbaan terakhir musim 2022 di GP Valencia, November lalu.

BACA >>> Akur Bayar Denda kepada Dorna, Suzuki Sah Keluar MotoGP, EWC!
BACA >>> Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini

Kawauchi memainkan tugas penting memastikan jentera Suzuki GSX-RR menjadi pakej paling kompetitif di grid MotoGP sejak empat musim lalu.

Hasilnya, Suzuki sempat menikmati tujuh kemenangan dalam kelas premier dan muncul juara dunia pada 2020 (Joan Mir) walaupun jenama itu kurang pembiayaan berbanding pesaing senegara.

Bos Repsol Honda, Alberto Puig mengesahkan pigaknya sudah memeterai perjanjian pada minggu lalu dan menyaksikan rombakan besar di Jabatan Teknikal Honda.

Kawauchi menggantikan mantan pengarah teknikal Honda, Takeo Yokoyama. Malah Kawauchi juga dilihat memakai seragam  HRC ketika menghadiri ujian perlumbaan persendirian di Litar Jerez.

Yokoyama pula diberi tugas baharu di ibu pejabat di Tokyo selepas memikul tugas selaku Pengurus Teknikal selama lima musim.

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

Rins meluahkan rasa gembira di Twitter dengan menyatakan:

Aku cukup happy dengar berita ni! Ken mainkan tugas penting untuk kejayaan kami masa kat Suzuki, dia bikin motor dan buatkannya cukup sengit hingga lap terakhir. Memang berita baik dia join kami untuk cabaran terbaharu!"

Very happy to see this! 🤩 Ken was a key part of our success in Suzuki, he developed the bike and made it competitive until its very last lap so it is great news to have him to work in our new challenge! 💪 #WelcomeKen @HondaRacingGLB https://t.co/ryrr3KbpiD

— Alex Rins (@Rins42) January 24, 2023

BACA >>> Mir, Rins Bincang dengan HRC Minta Peluang Sertai Honda Musim Depan?
BACA >>> Marquez Beri Bayangan Mir Sertai Repsol Honda Musim Depan
BACA >>> Rins Sah Sertai LCR Honda Musim Depan!
BACA >>> Mir Puas Hati Suzuki GSX-RR Kini Lebih Laju
BACA >>> Tempahan Suzuki Raider GP Special Edition (2023) Dibuka, Pembeli Dapat Sijil Khas!
BACA >>> Triumph Belum Bersedia Ganti Suzuki dalam MotoGP, Mahu Fokus Moto2

SUMBER: MotoGP | Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alberto Puig, Alex Rins, Honda HRC MotoGP, Ken Kawauchi, LCR Honda, Takeo Yokoyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my