• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Triumph Belum Bersedia Ganti Suzuki dalam MotoGP, Mahu Fokus Moto2

Triumph Belum Bersedia Ganti Suzuki dalam MotoGP, Mahu Fokus Moto2

December 30, 2022 By Sharil Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN BMW dan Kawasaki, Triumph Motocycles juga disebut sebagai pengganti Suzuki untuk saingan Kejuaraan Dunia MotoGP atas penglibatan pengeluar itu dalam Moto2 sejak 2019 hingga 2024.

Bagaimanapun, penyertaan Triumph dalam Moto2 hanya sebagai pembekal enjin eksklusif perlumbaan berkenaan.

BACA >>> Triumph Tiger Scrambler 1200 XE Ditunggang Craig dalam James Bond Dilelong RM713k!
BACA >>> Sportbike Elektrik Triumph TE-1 Siap Diuji, Sama Hebat Seperti Speed Triple 1200!

Susulan penyertaan Triumph dalan Kejuaraan Dunia Supersport baru-baru ini selain perlumbaan Motorcross dan Enduro pada 2024, ramai peminat permotoran mahu melihat pengeluar dari Britain itu untuk menyertai MotoGP.

Namun, Ketua Pegawai Produk Triumph Motorcycles, Steve Sargent menjelaskan pengeluar itu masih tiada perancangan untuk menyertai MotoGP sebagai pencabar menggantikan Suzuki pada musim depan.

Dalam temu bual eksklusif antara Steve dan portal Crash.net, beliau memberikan bayangan masih belum tiba masa untuk pengeluar itu menyertai MotoGP dalam masa terdekat.

Menurutnya, MotoGP berada dalam kelasn tersendiri dan sangat berbeza berbanding Moto2 dari segi pembelanjaan.

Dari segi bajet, sangat berbeza kerana bukan hanya bajet berlumba saja, tetapi juga melibatkan jumlah perbelanjaan besar dan usaha berterusan dari segi R&D (penyelidikan dan pembangunan) belakang tabir,” katanya.

Beliau menyatakan, fokus Triumph kini hanya tertumpu kepada Moto2, Supersport dan menyertai Motorcross dan Enduro.

Penyertaan Triumph dalam Moto2 juga meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Triumph dan kelasakan enjin jenama itu yang menjadi taruhan Sargent untuk meningkatkan jualan motosikal.

Terdahulu, Moto2 menggunakan enjin Honda CBR600s sejak 2011 hingga 2018 sebelum digantikan enjin 3-silinder 765cc yang dibekalkan Triumph hingga kini.

BACA >>> Motosikal Enjin Kecil Triumph-Bajaj 350cc Masuk Malaysia?
BACA >>> Fast Bikes Hentikan Jualan Motosikal Triumph 14 Januari 2023

Artikel Berkaitan

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Enduro, Moto2, MotoGP, motorcross, Steve Sargent, Triumph, Triumph Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my