• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Triumph Lanjut Kontrak Bekal Enjin Moto2 hingga 2024

Triumph Lanjut Kontrak Bekal Enjin Moto2 hingga 2024

August 29, 2021 By Wahid Leave a Comment

797
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Motorcycles memperbaharui kontrak dengan Dorna untuk membekalkan enjin jentera Moto2 hingga 2024 yang manak perjanjian tiga tahun sedia ada sepatutnya berakhir hujung musim ini.

Kelas Moto2 mengambil alih kelas 250cc GP pada 2010 yang menyaksikan enjin 2-lejang jentera 250cc ditukar kepada 4-lejang 600cc.

BACA >>> Triumph Street Triple RS (2020) Kini di Malaysia, Harga RM67.9k!

mv agusta moto2FI
hafizh-syahrin-moto2-aspar-team-2020-bg

Namun, perbezaan paling besar adalah semua pelumba kini menggunakan  enjin sama, manakala semua pasukan Moto2 pula menghasilkan frem sahaja.

Honda pernah mendapat kontrak sebagai pembekal enjin dan pembuat frem seperti Kalex, Moriwaki, Suter, dan sebagainya. Maknanya, pengilang lain seperti KTM, MV Agusta dan sebagainya hanya menghasilkan frem, tetapi menggunakan enjin Honda. Tayar digunakan pula dibekalkan Dunlop.

Triumph kemudian mengambil alih sebagai pembekal enjin eksklusif bermula 2019. Enjin dipilih ialah 3-silinder sebaris 765cc, sama seperti digunakan naked bike Street Triple RS.

Enjin itu perlu dimodifikasi dan disesuaikan untuk tujuan perlumbaan. Enjin itu juga masih mengekalkan banyak komponen asal dengan menghasilkan kuasa maksimum 138 hp mengikut ketetapan Dorna yang mengehadkan kuasa enjin di bawah 140hp. Tetapi perbezaan paling besar berbanding enjin terdahulu adalah tambahan tork.

Pelumba Moto2 hari ini mampu mengeksploitasi tork jentera untuk memecut pantas apabila keluar selekoh. Pecutan kuat itu pula mampu menghasilkan kelajuan maksimum lebih tinggi yang membolehkan mereka merapatkan jurang sesama pesaing.

Justeru, jentera Moto2 kini buat julung kali mampu memecut hingga 290kmj dengan kelajuan maksimum mencapai 300kmj di litar Philip Island, Australia. Selain itu, ada 14 pemenang berbeza dengan 34 rekod kelajuan dan lap baharu. dicapai

Ini jelas pencapaian mengagumkan kerana enjin tersebut bukan enjin khas perlumbaan, tetapi trenkuasa untuk motosikal jalanan.

BACA >>> Triumph Dedah Kuasa Kuda Dihasilkan Enjin Jentera Lumba Moto2 - 138hp!
BACA >>> Petronas SRT Pilih Adam Norrodin Ganti Dixon untuk Aksi Moto2 di Britain

Artikel Berkaitan

797
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dorna, Enjin Moto2, Enjin Triumph, Moto2, MotoGP, Triumph, Triumph Motorcycles, Triumph Street Triple RS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my